menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, March 28, 2012

keinginan untuk terus kekal dalam atma...

hidup dier hidup yang aneh…hidup yang terlampau banyak cerita, yang kalau disampaikan, ader yang mnjeluak, ader yang  mungkin muntah tapi dier memilih untuk terus bercerita…dengan cara dier, dengan cara yang orang mungkin tidak akan biasa, dengan gaya yang dier jinakkan sendiri ikut suka hati dan rasa…manusia macam dier tidak pandai untuk buat orang terluka dengan sengaja, bahkan dier rela mati sendirian dari lihat manusia lain mengalirkan air mata – kerana dier…dan kalau dier sendiri pun yang menangis dalam atma, biar dier sahaja yang tahu dan kekal rahsia…

manusia beku macam dier, hidup dalam dunia yang dier cipta…dier benci saat dier perlu berperang dengan perasaan dan menoleh kembali lihat peran – peran yang dier tinggalkan demi sebuah senyuman…mungkin sedikit sinis bagi perasaan dan hati sendiri, tapi mampu aper kah kudrat dier yang terbatas ini???...dier tidak mampu bunuh semua benda, dan dier tidak mampu mengembirakan semua manusia…yang dier pasti, dier layak untuk gembira dan bekerjalah dier demi mencari bahagia…dier nampak satu benda dalam hidup, dengan bekerja dier mampu beli kegembiraan walau pun itu tidak akan kekal lama…bunyi macam musnah sudah hidupnya, tapi dengan kegembiraan yang sedikit dier mampu berikan kegembiraan lebih besar untuk manusia lain, mengapa tidak korbankan sedikit diri demi lihat senyuman yang dier tidak mampu cipta???...
 
dan itu dier, dan manusia mencari siapa dier…
kekal mengapa siap dier dalam diri setiap manusia…
ader kah dier lebih manusia dari manusia lain???...
ader kah dier lebih manusia dari manusia itu???...

dari dier, manusia sorotkan sedikit sudut cerita kepada diri ini…
diri ini dan awak yang kabur sedikit jalan ceeritanya…
entah…

disebabkan sejak kebelakangan ini, awak bunuh saya, saya suka buat hal sendiri demi untuk menghiburkan hati…saya tonton semua filem terkini di sebuah kotak berkaca yang dipanggil lappy…dan sememang nya yer, filem itu lebih mudah difahami berbanding awak…dan jika memahami filem yang dikatakan kompleks bagi sesetengah orang yang dangkal itu mudah bagi saya, awak itu aper agaknya???...mengapa buat saya terhimpit di sebalik gaya bahasa yang bikin saya gila ataupun sarkastik, sinikal yang menusuk hingga ke jiwa???...salah aper kah saya hingga awak hukum saya sebegitu rupa???...

dalam diam, awak sebenarnya sedang merancang pembunuhan terbesar…awak mungkin sangka (dan tahu sebenarnya) ia kasih sayang sepanjang hayat bagi saya, tapi ader kah awak tahu aper yang sedang saya pertaruhkan untuk lihat kebahagiaan menjadi milik saya???...ader kah saya peduli dengan kesihatan saya sendiri???...ader kah saya tamak dan pentingkan diri sendiri bila datang soal cinta, jiwa dan aper lagi yang berkaitan dengan hati???...saya dahulukan awak sebab saya tahu, saya milik awak…tapi ader satu saat sejak kebelakangan ini, saya mahu jadi ilham yang sanggup menyerahkan dirinya sendiri kepada Shein ( watak Aaron Aziz  dalam telemovie Nora Elina yang saya gilai ) tapi itu lebih kepada saya juga ader tahap keterbatasan diri…

saya penat dan saya perlukan rehat untuk diri sendiri…tidak perlu saya berguling diatas ranjang atau sofa yang selesa, dengar suara awak atau berbual dengan awak ( walau pun mungkin sekadar menaip dan pandanng lapisan kaca nipis ) itu sudah buat saya lebih gembira dari tidur yang entah  saya bangun atau tidak keesokan hatinya…

sesiapa yang penah jumpa saya atau pun duduk menghabiskan masa bersama akan tahu bahawa tiada tapisan dalam aper yang saya suarakan, walau pun ader sesekali menjaga hati manusia itu perlu...saya lontarkan sahaja dengan lantang walau pun di kemudian hari ader saja bala yang mendatang…tapi di sebalik itu semua, saya masih sedar yang saya manusia…manusia beku yang senyuman sahaja candu saya untuk terus menari…bunyi sangat duniawi bukan???...

manusia gila macam saya yang gemar jumpa manusia normal lain – bercampur dalam masyarakat mereka, cuba membaham segala budaya sebagai satu pembelajaran mahal yang tidak boleh dibayar dengan mata wang dunia, saya rasa saya lebih manusia setiap kali saya bercakap waalau pun sekadar sepatah dua dengan manusia – manusia yang membawa langkah saya lebih luas meninggalkan sarang emas bersulamkan perak dan bertunjangkan gangsa…yer, dangkal mungkin, tapi itu lah saya, dan saya benci dengan topeng yang sesetengah manusia tetap mahu pakai walau pun pada hakikatnya, kita sama – sama cela, kita sama – sama rasa tapi awak tetap mahu pinjam sayap mulia…aneh…jelek…pelik…saya tidak boleh berpatah balik dari tarik ketawa yang terhambur atau senyum sinis hujung bibir hina…

saya manusia yang memilih untuk terus hidup…
terus hidup dengan cara saya yang sederhana…
kekal dalam runag biru yang saya suka…
yang saya boleh menguap dengan selesa…
tanpa kamu perlu hukum saya dan teruskan seksa…

“ satu benda yang saya percaya dalam dunia ini…jika saya rasa saya boleh buat sesuatu, saya mahu terus percaya dengan diri sendiri kerana sehingga ke penghujungnya, yang tinggal hanyalah saya dan diri saya sendiri…bukan sorakan, tepukan yang mungkin hanya memakan diri “
  

Tuesday, March 27, 2012

tidak semua sama maknanya...

tidak semua aper yang kita mahukan akan tercapai…
kita berkenalan sejak kecil…membesar bersama – sama, pergi sekolah bersama – sama dan seterusnya berkejaran disekolah sewaktu rehat…apabila hujan, saling berebut tempat berteduh ditempat letak basikal dilaman sekolah…masing – masing menunggu ketibaan pemilik kekal untuk datang menjemput…tolak menolak, tarik menarik sudah menjadi permainan dikala bosan…usia meningkat, jarak semakin jauh dan entah kesilapan aper entah, persahabatan itu sudah tiada nilai langsung…tiada lagi tegur sapa, yang ader cumlah sekadar tahu siapa dier…mane segala kenangan bersama???...

itu jadi bekas…
bekas kawan…

tidak semua aper yang kita mahukan akan tercapai…
kita bercinta bagai nak gila, separuh dengan manusia yang buatkan kita teruja, tetapi akhirnya kita berpisah dengan dier…kita tinggal kan dier, atau deir tinggal kan kitadengan sebab yang entah kukuh, entah tidak…yang kita tahu, secara tiba – tiba, dalam ikatan yang sekadar saya cintakan awak, awak juga cintakan saya, musnah begitu sahaja…manusia yang kita sayang itu, sudah jadi orang asing pada kita…

itu jadi bekas…
bekas kekasih…

tidak semua aper yang kita mahukan akan tercapai…
kita habiskan wang berpuluh ribu…jemputan beribu orang, sanak saudara, keluarga terdekat, jauh datang mendoakan yang terbaik bila kita menjalinkan ikatan yang sah dengan manusia yang kita cinta…tidak kira samaada diaturkan oleh keluarga, berkenalan di alam maya, perkenalan oleh kawan, hatta terkawin tanpa perasaan, kita menerima takdir dan ketentuan dengan gembira (hendaknya)…gunungan hadiah menimbun di dalam kamarbelum habis di buka, kita sudah bergegas ke mahkamah…kebahagiaanyang kita impikan mungkin musnah…percintaan yang mungkin sekejab, mungkin lama, atau baru sahaja mahu disemai selepas nikah tidak dapat diselamatkan…amarah menguasai, lafaz yang memutuskan ikatan sah terkeluar…yang halal jadi haram kembali…

itu jadi bekas…
bekas pasangan…
tidak kira suami atau isteri…

tidak ader sesiapa di atas dunia ini yang suka ditinggalkan…meninggalkan mungkin ader, tetapi ditinggalkan dengan kesakitan, aku percaya kebanyakan daripada kita enggan melalui kesakitan yang bukan kepalang tersebut…kadangkala kita kena melepaskan manusia yang hadir dlam hidup kita…semua manusia yang hadir dalam hidup kita memang memberikan makna yang berbeza, tetapi kita harus tahu bukan setiap daripada mereka akan kekal sehingga ke penghujungnya…

kalau kita ader dengar orang yang menyatakan bahawa mereka telah melupakan segala bekas - bekas (tidak kira bekas kawan, kekasih atau pasangan hidup mereka – kecuali bekas makanan saya rasa) – sebenarnya sedikit sebanyak saya merasakan itu adalah satu ebntuk penafian yang sangat ketara penipuannya…yer, kita boleh kata manusia datang dan pergi dalam hidup kita…itu mungkin betul…tapi hakikatnya, manusia itu tidak pernah pergi dari hidup kita…cuma peranan dan watak mereka sahaja yang berubah didalamnya...kalau sebelum ini dier mungkin kekasih yang kita tidak sanggup kehilangan, saat ini dier mungkin hanya seorang teman yang kita enggan dengar namanya langsung…
kadangkala kita akan merasa pelik bagaimana itu semua boleh berlaku…orang yang rapat, terlampau rapat dengan kita, hatta berkongsi katil, bantal dan juga tempat mandi boleh berubah dalam sekelip mata…manusia yang sangat memahami kita (ter, kita rasa begitu) – boleh berubah tanpa dapat kita duga, kesakitan yang dier bawa dalam perubahan itu boleh membawa kepada bencana (dan mungkin juga berita gembira)…daripada serapat - rapat manusia, mereka jadi orang yang sangat asing bagi kita…

siapa mereka???...
siapa dier???...
bekas kita...
bekas awak semua...
bekas mereka…

“ saya berundur bukan kerana kalah…tetapi kerana ingin mengatur langkah “

Monday, March 26, 2012

setiap pengakhiran pasti akan ada satu lagi permulaan...

ader orang bila gagal dalam hubungan, terus sahaja merasakan itu adalah pengakhiran hidup bagi mereka…percintaan yagn gagal dipertahankan, perkahwinan yang tidak mampu diteruskan, persahabatan ynag tiada lagi jalan penyelesaian, maka mereka anggap segalanya sudah berakhir…sudah tidak mampu diselamatkan…
pernah atau tidak kita terfikir, di sebalik kita menumpukan kepada kegagalan, benda yang konon nya buruk itu, mengapa tidak kita mahu melihat akan kebaikan yang tersembunyi???...yer, dari kita terlampau focus pada benda yang buruk, bukan kah lebih baik kita bersyukur atas segala kebaikan dan nikmat yang kita perolehi???...jangan pernah biarkan manusia yang buat sesuatu yang sangat sedikit untuk kita (dalam perkara sebegini – mungkin mengecewakan, menyakiti dan sebagainya) – mengawal dengan sewenangnya hati, perasaan dan emosi kita…perlukah???...

satu benda yang kita sering terlupa…kita sebenarnya lebih kuat, lebih bijak, lebih tabah dan lebih segalanya apabila kita pernah melalui banyak benda dalam hidup…kita mungkin disakiti, dikhianati, debenci, dibohongi, tetapi kita masih hidup bukan???…

kenapa kita masih hidup???...
sebab kita kuat untuk hadapi segalanya…

dan mengapa hanya memikirkan suatu pengakhiran???...
bukankah disetiap pengakhiran, pastinya akan ader satu lagi permulaan???...
mulakan hidup yang baru…
yang lebih baik dan penuh impian…

“ tidak kira betapa sukar nya sesuatu benda itu, pastinya akan ader sesuatu yang baik pada penghujungnya…sekurang kurang saya fikir begitu “

Sunday, March 18, 2012

berhenti berharap...

ader benda yang kita nak, tapi kita tak dapat…
ader benda yang akita nak, tapi kita dapat…

ader benda yang kita nak, kita dapat tapi lambat…
ader benda yang kita nak, kita tak dapat walaupun lambat....

dan bila terjadinya perkara sebegini, kita akan berhenti merengek…
kita akan berhenti menangis daripada tetap mahukan benda tersebut…
benda yang kita nak, kita tak dapat, dan kita belajar untuk cari benda lain, benda baru…

bukan semua benda kita dapat…
benda yang kita nak, kita dapat…
benda yang kita nak, kita tak dapat…
perkara biasa kan???...

kita berhenti berharap dalam sesetengah perkara…
ader benda yang kita nampak jadi milik kita, tapi kita tahu yang kita tidak akan dapat…
jadi, tiada benda yang kita harapkan lagi…

sama macam kita sukakan seseorang…
kita suka dier, kita nak dier, tapi tidak semestinya kita dapat dier…kita mungkin hanya akan dapat suka dier, tapi akhirnya, dier akan jadi hak orang lain…berusaha kuat macam mana pun, kita nak berada disamping dier, dier tidak berusaha, semuanya akan jadi tidak berguna…jadi, tak semua benda boleh jadi macam yang kita mahukan…kita mungkin berusaha lebih, tapi jika sebelah pihak tidak berusaha, segalanya akan sia-sia juga…buat aper membazir masa???...angkat kaki mungkin pilihan yang terbaik…

kadangkala orang terpaksa pura pura faham, sebab dier malas mahu bertelagah…dier angguk, senyum sahaja disebabkan dier malas mahu banyak bising…ulang benda yang sama, yang serupa boleh manjadikan sesuatu perhubungan itu membosankan…nanti dikatakan mahu mengawal semua benda walaupun hakikatnya, dier cuma mahu hubungan itu berjaya…bukan setelah dier berusaha, segalanya akan terkubur begitu sahaja tanpa tanda…
“ awak akan menyesal suatu hari nanti sebab mangabaikan manusia yang terlampau menyayangi awak…awak layan dier sambil lewa sebab awak tahu dier bodoh dan hanya akan sayang awak seorang sahaja???...awak belum kenal lagi hati dier sepenuhnya “

Wednesday, March 14, 2012

jika itu takdirnya...


kamu bukan milik dier…
dier bukan milik kamu...

kamu mingkin cintakan dier…
dier mungkin cintakan kamu…

kamu kata kamu perlukan dier…
dier kata dier pelukan kamu…

dier mungkin oksigen pada kamu…
kamu mungkin oksigen pada dier…

kalau itu oksigen kepada sesame sendiri, ia penting untuk hidupan…
kalau itu karbok dioksida, ia akan dihembus buang keluar…

masih satu keperluan…
masih satu kewajipan…

kamu sayang dier…
dier mungkin sayang kamu…

kamu cinta dier…
dier mungkin cinta kamu…

selama ini kamu sahaja yang yakin kan diri bahawa dier segalanya buat kamu, tetapi mungkin dier tidak mempunyai perasaan yang serupa…kamu tanam perasaan dengan harapan dier mampu buat perkara yang sama pada kamu…tetapi harapan kamu kekal harapan…kamu pernah beritahu dier aper yang kamu sukadan tidak suka, tetapi malangnya dier masih buat ikut suka dier…

kamu malas mahu ulang banyak kali…
kamu tak nak dier anggap kamu pentingkan diri sendiri…
tapi kamu sudah penat tahan perasaan makan hati…
kamu susun semula perjalanan hidup aper yang kamu mahu dalam menuju mati…
dan kamu tak nampak keperluan dier di sisi…

kamu berhasrat mahu berhenti…
berpisahlah kamu kini…
dengan dier yang tidah mahu berhenti…

dan malangnya, dier masih tidak memahami…
mengapa kamu melangkah pergi…
“ kadangkala kita perlu jadi adiwira bagi diri sendiri, kerana orang yang kita tidak boleh hidup tanpa mereka, mereka boleh hidup tanpa kita…lebih baik kita hargai kebolehan sendiri tanpa bersandarkan kepada manusia lain “

“ bila kita berseorangan, kerana kita tidak pernah bersendiri…tuhan ader dekat dengan kita lebih dekat dengan nadi dileher kita…bila kita dicurangi cinta sesame insan, akan ader insan lain yang lebih baik disediakan tuhan untuk kita “