menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, March 27, 2012

tidak semua sama maknanya...

tidak semua aper yang kita mahukan akan tercapai…
kita berkenalan sejak kecil…membesar bersama – sama, pergi sekolah bersama – sama dan seterusnya berkejaran disekolah sewaktu rehat…apabila hujan, saling berebut tempat berteduh ditempat letak basikal dilaman sekolah…masing – masing menunggu ketibaan pemilik kekal untuk datang menjemput…tolak menolak, tarik menarik sudah menjadi permainan dikala bosan…usia meningkat, jarak semakin jauh dan entah kesilapan aper entah, persahabatan itu sudah tiada nilai langsung…tiada lagi tegur sapa, yang ader cumlah sekadar tahu siapa dier…mane segala kenangan bersama???...

itu jadi bekas…
bekas kawan…

tidak semua aper yang kita mahukan akan tercapai…
kita bercinta bagai nak gila, separuh dengan manusia yang buatkan kita teruja, tetapi akhirnya kita berpisah dengan dier…kita tinggal kan dier, atau deir tinggal kan kitadengan sebab yang entah kukuh, entah tidak…yang kita tahu, secara tiba – tiba, dalam ikatan yang sekadar saya cintakan awak, awak juga cintakan saya, musnah begitu sahaja…manusia yang kita sayang itu, sudah jadi orang asing pada kita…

itu jadi bekas…
bekas kekasih…

tidak semua aper yang kita mahukan akan tercapai…
kita habiskan wang berpuluh ribu…jemputan beribu orang, sanak saudara, keluarga terdekat, jauh datang mendoakan yang terbaik bila kita menjalinkan ikatan yang sah dengan manusia yang kita cinta…tidak kira samaada diaturkan oleh keluarga, berkenalan di alam maya, perkenalan oleh kawan, hatta terkawin tanpa perasaan, kita menerima takdir dan ketentuan dengan gembira (hendaknya)…gunungan hadiah menimbun di dalam kamarbelum habis di buka, kita sudah bergegas ke mahkamah…kebahagiaanyang kita impikan mungkin musnah…percintaan yang mungkin sekejab, mungkin lama, atau baru sahaja mahu disemai selepas nikah tidak dapat diselamatkan…amarah menguasai, lafaz yang memutuskan ikatan sah terkeluar…yang halal jadi haram kembali…

itu jadi bekas…
bekas pasangan…
tidak kira suami atau isteri…

tidak ader sesiapa di atas dunia ini yang suka ditinggalkan…meninggalkan mungkin ader, tetapi ditinggalkan dengan kesakitan, aku percaya kebanyakan daripada kita enggan melalui kesakitan yang bukan kepalang tersebut…kadangkala kita kena melepaskan manusia yang hadir dlam hidup kita…semua manusia yang hadir dalam hidup kita memang memberikan makna yang berbeza, tetapi kita harus tahu bukan setiap daripada mereka akan kekal sehingga ke penghujungnya…

kalau kita ader dengar orang yang menyatakan bahawa mereka telah melupakan segala bekas - bekas (tidak kira bekas kawan, kekasih atau pasangan hidup mereka – kecuali bekas makanan saya rasa) – sebenarnya sedikit sebanyak saya merasakan itu adalah satu ebntuk penafian yang sangat ketara penipuannya…yer, kita boleh kata manusia datang dan pergi dalam hidup kita…itu mungkin betul…tapi hakikatnya, manusia itu tidak pernah pergi dari hidup kita…cuma peranan dan watak mereka sahaja yang berubah didalamnya...kalau sebelum ini dier mungkin kekasih yang kita tidak sanggup kehilangan, saat ini dier mungkin hanya seorang teman yang kita enggan dengar namanya langsung…
kadangkala kita akan merasa pelik bagaimana itu semua boleh berlaku…orang yang rapat, terlampau rapat dengan kita, hatta berkongsi katil, bantal dan juga tempat mandi boleh berubah dalam sekelip mata…manusia yang sangat memahami kita (ter, kita rasa begitu) – boleh berubah tanpa dapat kita duga, kesakitan yang dier bawa dalam perubahan itu boleh membawa kepada bencana (dan mungkin juga berita gembira)…daripada serapat - rapat manusia, mereka jadi orang yang sangat asing bagi kita…

siapa mereka???...
siapa dier???...
bekas kita...
bekas awak semua...
bekas mereka…

“ saya berundur bukan kerana kalah…tetapi kerana ingin mengatur langkah “

No comments:

Post a Comment