menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, March 10, 2012

pasangan dalam erti kata kekasih gelap...

susah payah bercinta, habiskan masa dengan orang lain…kamu kahwin dengan orang lain…itu nasib lah kamu bercinta dengan orang lain, tapi kahwin dengan orang lain…buatnya kamu kahwin dengan orang lain, tapi bercinta dengan orang lain, lagi parah kan bunyinya???...minta dijauhkan dengan semua tue…

kalau kamu dapat tangkap aper yang saya beritahulah…kalau tak, sama juga seperti mencurah air ke daun keladi…dan begitulah bila ader pertemuan yang menyakitkan antara awak dengan dier…tidaklah menyakitkan bagi kalian berdua, tapi menyakitkan orang ramai disekeliling yang suka menjaja cerita…terus ditebak dan dihebah kononnya kamu adalah pasangan yang dier sembunyikan dari pengetahuan umum selama ini, walaupun hakikatnya kamu dan dier punya pasangan istimewa masing masing yang jauh di mata…hanya benang takdir menentukan kamu dan dier bertemu pada satu tempat, dan berkongsi cerita…
 
lebihnya???...
tiada…

dan begitu juga dengan siapa yang kamu sedang sukai sekarang…entah dier akan jadi milik kamu, entah dier akan curang…kamu sendiri tidak tahu bagaimana, dan macam mana dengan masa hadapan…tidak bolehkan kamu berikan keyakinan kepada dier dengan sebenarnya???...tapi, bagaimana kalau dier menyeleweng juga diakhir nanti???...tidakkan pengorbanan itu akan jadi sia sia???...

sebenarnya, di situ kata kuncinya kesetiaan…
kalau kamu setia, tetap menunggu dier dan dier berlaku curang dibelakang kamu, ketahuilah, bukan kamu yang salah, tetapi dier yang tidak menghargai kasih sayang yang dier sudah ader…naluri manusia memang tidak pernah puas, tetapi manusia memang ganas dalam menunjukkan mereka tidak culas…dan begitulah, bila kejadian sedemikian tetap juga terjadi, aper yang kamu perlu buat adalah tersenyum sendiri dan tidak perlu mengalirkan air mata…manusia sedemikian terlalu bijak mengocak bahagia yang dier sendiri pernah berusaha untuk dapatkan, tetapi merosakkan dengan gunakan tangan sendiri…hebat bukan???...
hebat..
tahniah…

pasangan itu mungkin manusia yang kamu sayangi sepenuh jiwa…yang kamu hargai sepenuhnya, walaupun dier mungkin tidak lakukan begitu rupa pada kamu…

alasan dier mungkin mudah…
dier ader cara tersendiri untuk menunjukkan dier kisah…
walaupun hakikatnya, ia semata tipu helah…
kamu telan sahaja walaupun mengah…
kamu hadam sahaja walaupun lelah…
kamu sudah malas mahu bertelagah…
bila tipu muslihat dier semakin indah…
kamu senyum sahaja dan minta dier dijauhkan dari tulah…

cantik...
dier mungkin pasangan paling cantik untuk manusia lain, tapi dier kurang cantik untuk bergandingan dengan kamu…bukan dier tidak menarik, bukan kamu kurang daya penarik, cuma bila dipasangkan berdua, kalian berdua nampak sedikit carik dan tiada istilah pelik…mungkin juga jelik???...

entah…
dier pasangan kan???...
kalaulah dier dan kamu ader hubungan…
nah, dier mohon manusia sekeliling berhenti berangan…
dier sudah benci pasang angan…
pergi mati sana impian…
dier cuma hidup untuk masa hadapan…

“ kadangkala kita mahu semua benda kekal seperti dahulunya, tapi kita kekal dalam angan dan impian...manusia berubah dan manusia tidak akan kenal lama di satu tempat, walaupun kita pertaruhkan hati sendiri sebagai galang ganti “

No comments:

Post a Comment