menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, March 11, 2012

kepercayaan ini...

ader orang pernah kata, kepercayaan itu seperti pemadam…semakin lama, semakin banyak kita gunakan, ia akan habis akhirnya…yer, kalau pemadam itu digunakan untuk menghapuskan rasa sakit hati, rasa dikhianati dan segala rasa yang tidak enak untuk dikongsi…jadi, pemadam itu akan habis dan terhakis…yang tinggal hanyalah debu kotor yang berserakan disebabkan, kesalahan itu dipadamkan (mungkin), tetapi kesan yang ditinggalkan masih ader…sebersih mana sekalipun, habuknya masih ader, masih kekal sehinggalah angin membawa ia pergi…mungkin begitu agaknya…  

manusia mungkin juga begitu…kita berikan kepercayaan, mereka khianati sesuka hati bagaikan aper yang diberikan adalah suatu yang tidak berharga…padahal, harga kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh ditafsir dengan nilai mata wang…berapa banyak yang dibayar untuk dapatkan kepercayaan orang???...yang berkepalakan serigala lapar mungkinkan membaham dengan deras tanpa mengira perasaan, tetapi yang masih berhati mulia, pastinya mereka memandang hina perbuatan tersebut…
kalau kamu, kamu pilih wang atau nilai mulia???...
kasih sayang atau dihina???...

nilai kepercayaan itu secara jujurnya sangat penting bagi saya, dan bagi manusia lain secara umumnya…siapa diantara kita yang sanggup ditikam dan ditipu begitu sahaja, sedangkan pertaruhan kita bukan sedikit dan bukan tidak bermakna…hati yang disakiti, masa yang dihabiskan serta pengorbanan yang pastinya tidak mahu dianggap sia sia…pengorbanan itu pastinya akan tutup mata sahaja, sebab benda yang dilepaskan, pastinya tidak akan kembali balik pada kitaa, dan kalau kembali sekalipun, pastinya keadaannya sudah tidak sama seperti kali pertama kita meletakkan kepercayaan…

kadangkala saya percaya orang akan buat macam kita mahukan sebab kita buat aper yang mereka mahukan…seperti contohnya, sentiasa hantar pesanan ringkas pada kekasih…kita sahajalah yang memulakan dulu, hantar pesanan, kicauan di Twitter dan sebagainya…aper yang dibuat mungkin dibalas ataupun tidak…kita percaya, dier akan buat benda yang sama…maka, pada suatu hari, kita tidak buat perkara rutin itu…kita biarkan senyap tanpa aper aper pesanan dengan harapan dier akan cari kita, dier akan rindukan seperti kita rindukan dier…tapi malangnya, aper yang kita harapkan tidak berlaku…kita percaya dier akan buat sesuatu seperti yang kita selalu buat untuk dier, tapi dier tidak lakukan…ape yang kita rasa???...
 
kecewa???...
sedih???...
merana???...
bodoh???...

aper yang kita percaya, tidak sama dengan orang lain, walaupun tidur sebantal sekalipun…kalaupun percaya benda yang sama, pastinya keyakinan itu berbeza…percaya itu datang sekali dengan yakin…

kalau kamu percaya, maksudnya kamu yakin…
dan kalau kamu yakin, maksudnya kamu percaya…
pening ker???...

kadangkala kamu rasa kamu boleh menangisi hubungan kamu yang bersusah payah dibina, sebab kamu rasa ianya istimewa, tapi hakikatnya, ia bukannya bermakna aper aper…pada dier, kamu bukan sesiapa…hanya kamu yang percaya segalanya akan baik baik sahaja, tetapi benda nyata yang kamu enggan lihat ader kah dier memandang kamu, seperti kamu melihat dier…

“ benda yang paling berharga yang kamu tidak sedar adalah bila bekas pasangan kamu memandang kamu yang tersenyum, itu adalah saat di mana mereka sedang bercampur baur rasa…kecewa sama ader kamu sudah mampu hidup tanpa dier dan mahukan kamu kembali, ataupun gembira kamu sudah bukan dier punya “
 

No comments:

Post a Comment