menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, March 28, 2012

keinginan untuk terus kekal dalam atma...

hidup dier hidup yang aneh…hidup yang terlampau banyak cerita, yang kalau disampaikan, ader yang mnjeluak, ader yang  mungkin muntah tapi dier memilih untuk terus bercerita…dengan cara dier, dengan cara yang orang mungkin tidak akan biasa, dengan gaya yang dier jinakkan sendiri ikut suka hati dan rasa…manusia macam dier tidak pandai untuk buat orang terluka dengan sengaja, bahkan dier rela mati sendirian dari lihat manusia lain mengalirkan air mata – kerana dier…dan kalau dier sendiri pun yang menangis dalam atma, biar dier sahaja yang tahu dan kekal rahsia…

manusia beku macam dier, hidup dalam dunia yang dier cipta…dier benci saat dier perlu berperang dengan perasaan dan menoleh kembali lihat peran – peran yang dier tinggalkan demi sebuah senyuman…mungkin sedikit sinis bagi perasaan dan hati sendiri, tapi mampu aper kah kudrat dier yang terbatas ini???...dier tidak mampu bunuh semua benda, dan dier tidak mampu mengembirakan semua manusia…yang dier pasti, dier layak untuk gembira dan bekerjalah dier demi mencari bahagia…dier nampak satu benda dalam hidup, dengan bekerja dier mampu beli kegembiraan walau pun itu tidak akan kekal lama…bunyi macam musnah sudah hidupnya, tapi dengan kegembiraan yang sedikit dier mampu berikan kegembiraan lebih besar untuk manusia lain, mengapa tidak korbankan sedikit diri demi lihat senyuman yang dier tidak mampu cipta???...
 
dan itu dier, dan manusia mencari siapa dier…
kekal mengapa siap dier dalam diri setiap manusia…
ader kah dier lebih manusia dari manusia lain???...
ader kah dier lebih manusia dari manusia itu???...

dari dier, manusia sorotkan sedikit sudut cerita kepada diri ini…
diri ini dan awak yang kabur sedikit jalan ceeritanya…
entah…

disebabkan sejak kebelakangan ini, awak bunuh saya, saya suka buat hal sendiri demi untuk menghiburkan hati…saya tonton semua filem terkini di sebuah kotak berkaca yang dipanggil lappy…dan sememang nya yer, filem itu lebih mudah difahami berbanding awak…dan jika memahami filem yang dikatakan kompleks bagi sesetengah orang yang dangkal itu mudah bagi saya, awak itu aper agaknya???...mengapa buat saya terhimpit di sebalik gaya bahasa yang bikin saya gila ataupun sarkastik, sinikal yang menusuk hingga ke jiwa???...salah aper kah saya hingga awak hukum saya sebegitu rupa???...

dalam diam, awak sebenarnya sedang merancang pembunuhan terbesar…awak mungkin sangka (dan tahu sebenarnya) ia kasih sayang sepanjang hayat bagi saya, tapi ader kah awak tahu aper yang sedang saya pertaruhkan untuk lihat kebahagiaan menjadi milik saya???...ader kah saya peduli dengan kesihatan saya sendiri???...ader kah saya tamak dan pentingkan diri sendiri bila datang soal cinta, jiwa dan aper lagi yang berkaitan dengan hati???...saya dahulukan awak sebab saya tahu, saya milik awak…tapi ader satu saat sejak kebelakangan ini, saya mahu jadi ilham yang sanggup menyerahkan dirinya sendiri kepada Shein ( watak Aaron Aziz  dalam telemovie Nora Elina yang saya gilai ) tapi itu lebih kepada saya juga ader tahap keterbatasan diri…

saya penat dan saya perlukan rehat untuk diri sendiri…tidak perlu saya berguling diatas ranjang atau sofa yang selesa, dengar suara awak atau berbual dengan awak ( walau pun mungkin sekadar menaip dan pandanng lapisan kaca nipis ) itu sudah buat saya lebih gembira dari tidur yang entah  saya bangun atau tidak keesokan hatinya…

sesiapa yang penah jumpa saya atau pun duduk menghabiskan masa bersama akan tahu bahawa tiada tapisan dalam aper yang saya suarakan, walau pun ader sesekali menjaga hati manusia itu perlu...saya lontarkan sahaja dengan lantang walau pun di kemudian hari ader saja bala yang mendatang…tapi di sebalik itu semua, saya masih sedar yang saya manusia…manusia beku yang senyuman sahaja candu saya untuk terus menari…bunyi sangat duniawi bukan???...

manusia gila macam saya yang gemar jumpa manusia normal lain – bercampur dalam masyarakat mereka, cuba membaham segala budaya sebagai satu pembelajaran mahal yang tidak boleh dibayar dengan mata wang dunia, saya rasa saya lebih manusia setiap kali saya bercakap waalau pun sekadar sepatah dua dengan manusia – manusia yang membawa langkah saya lebih luas meninggalkan sarang emas bersulamkan perak dan bertunjangkan gangsa…yer, dangkal mungkin, tapi itu lah saya, dan saya benci dengan topeng yang sesetengah manusia tetap mahu pakai walau pun pada hakikatnya, kita sama – sama cela, kita sama – sama rasa tapi awak tetap mahu pinjam sayap mulia…aneh…jelek…pelik…saya tidak boleh berpatah balik dari tarik ketawa yang terhambur atau senyum sinis hujung bibir hina…

saya manusia yang memilih untuk terus hidup…
terus hidup dengan cara saya yang sederhana…
kekal dalam runag biru yang saya suka…
yang saya boleh menguap dengan selesa…
tanpa kamu perlu hukum saya dan teruskan seksa…

“ satu benda yang saya percaya dalam dunia ini…jika saya rasa saya boleh buat sesuatu, saya mahu terus percaya dengan diri sendiri kerana sehingga ke penghujungnya, yang tinggal hanyalah saya dan diri saya sendiri…bukan sorakan, tepukan yang mungkin hanya memakan diri “
  

No comments:

Post a Comment