akhirnya aper yang diharapkan musnah begitu sahaja…ader harga bagi kesetiaan rupanya…dan harga yang patut dibayar juga tinggi…bukan calang – calang orang mampu membeli dan bukan mudah rupanya mahu dirampas pergi bila harga jualan melambungtinggi…yer, kesetiaan itu tidak ternilai lihatnya…sama duduknya dengan kepercayaan dan boleh ditambah dengan manisan kasih sayang…betapa ruginya manusia yang mengkhianati kepercayaan, bayarannya penuh darah apabila sekeping hati dipecah, dihiris berdarah dan cedera ditinggalkan tanpa belas kasihan manusia yang tidak tahu menghargai aper itu kesetiaan yang ulungnya…

dalam mengekalkan kesetiaan sebenarnya kita terlupa suatu perkara..kita tidak boleh mempersoalkan pilihan seseorang tanpa mendengar alasan mereka…dan malangnya, perkara yang sering kita dengar apabila berlakunya kecurangan, adalah tiada kefahaman antara satu sama lain…tidak begitu aneh kalau pasangan yang baru bercinta setahun dua boleh berpisah, tetapi jujurnya saya rasa ader yang tidak berapa sedap apabila pasangan yang sudah berkahwin empat puluh tahun boleh bercerai dengan alasan tidak kesefahaman…nahhhhh, aper yang berlaku dalam empat puluh tahun tersebut sebenarnya???...setia???...terpaksa…hanya mereka yang ader jawapannya...
kita memang perlu setia dalam perhubungan…tidak kira dalam persahabatan, percintaan, pertunangan atau pun perkahwinan…kesetiaan yang bertunjangkan nilai kepercayaan itu memang penting tetapi, jangan sampai orang menjadikan kita sebagai satu bentuk pilihan terakhir…pastikan mereka tahu bahawa kita adalah pilihan terbaik yang mereka akan kesal jika terlepas…
hanya kerana mata dier tidak mengalirkan air mata
jangan disangka hatinya tidak menangis
hanya kerana dier cukup kuat untuk berdiri dengan kuat dan tabah
jangan disangka dier anggap semuanya baik belaka
“ hidup kita mungkin aneh…tiada aper yang perlu dibisingkan…jika sesuatu itu ditakdirkan menjadi milik kita, ia akan tetap menjadi milik kita…dengan manusia yang tepat, masa yang tepat dan alasan yang baik “
No comments:
Post a Comment