dalam hidup ini, terlampau banyak benda yang perlu kita buat keputusan…dari se-enteng (semudah) kita mahu bangun tidur selepas jam penggeran telefon gengam berbunyi sehinggalah bagaimana kita mahu keadaan tempat tidur kita sewaktu merebahkan diri bila malam hari tiba…itu baru keputusan-keputusan kecil yang kita buat untuk kepuasaan kecil peribadi…belum lagi kita buat keputusan besar yang kemungkinannya merubah seluruh benda dalam hidup kita suatu hari nanti…sebagai contohnya, pekerjaan, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain…dan itu, cuma sebahagian…

dalam membuat keputusan, pasti nya akan disertakan dengan keberanian…dan keberanian itu datang dengan keyakinan…ader kah kita mampu buat keputusan yang mampu mengubah landskap kehidupan kita dan yakin di hujung nanti pasti kejayaan akan menjelma???...sudah tentunya dengan doa, usaha, tawakal – penyerahan serta keyakinan kita yang tinggi, memungkinkan segalanya…tetapi ader kah kita bersedia jika ia bukan ditakdirkan untuk kita???...
dan saya, keliru dengan keputusan saya buat masa ini…
ader kah benar dengan keputusan yang telah lama dipendamkan…
bagaimana mahu mengatur langkah, mengatur baris kata supaya tiada siapa yang terluka…
sudah berkali cubaan dibuat untuk menyuarakan keputusan ini, tapi gagal...
tidak sanggup rasanya...
cukup kuatkah saya dengan keputusan ini…
wajar kah keputusan itu dibuat tanpa perbincangan empat mata…
pasrah???...
redha???...
pasrah itu menyerah…
redha itu ikhlas…
sekurang-kurangnya…
“ kita dilahirkan untuk jadi diri kita, bukan menjadi seorang yang sempurna…kita ader kerana kita jadi diri kita, bukan kita mahu hidup di bawah bayangan orang lain selamanya…dan hari ini saya mahu mengatur hidup saya bebas dari masalah dan kesakitan…saya mahu hidup demi diri saya, demi senyuman saya dan bukan lagi tentang orang yang tidak menghargai kewujudan saya “
No comments:
Post a Comment