kadangkala si gadis sendiri tidak mengerti, dier dikhianati oleh manusia yang menghampiri dier atas nama cinta…sejauh mane dier mahukan cinta yang baik baik sahaja dan belajar untuk setia pada manusia yang dier suka, dan menyukai dier kembali – lelaki yang hadir semua nya sama…menyayangi dier dan akhir nya meninggalkan dier tanpa sebab munasabah yang dier sendiri tidak ketahui…kali pertama melalui kesakitan itu, dier menyimpul mungkin dier seorang yang tidak bergaya…maka, dier, syukurlah punyai otak yang boleh dikatakan bijak – menggunakan teknologi maklumat dan wacana ilmu – untuk memperbaiki diri serta penampilan kendiri…daripada seorang yang boleh dikatakan kurang ambil tahu mengenai fesyen terkini, dier jadi gadis yang boleh dikatakan sedap dipandang mata…
dengan si jejaka, gadis tidak tahu aper salah dier…dikhianati, dipermainkan tapi deir masih mampu bersabar dan telan derita…dier lihat berbanding dengan perempuan lain yang dipilih oleh jejaka untuk mengantikan dier, kebanyakkan nya dier menang berbanding mereka…sekurang kurang nya dier todak pernah meminta aper aper daripada jejaka, aper yang dier mahu, dier gunakan duit nya sendiri, hasil titik peluh dier bekerja dan memyimpan untuk diri sendiri…perempuan lain yang muncul, mengikis jejaka dan jejaka gembira dengan benda begitu…si gadis terfikir – ader kah kerana dier terlampau berdikari, maka jejaka tidak suka begitu, begini???...entah, gadis sudah mahu berhenti, daripada terus mengingati…
tetapi, merana nya badan…
rupanya hati dier masih mampu ditawan…
rupanya pemikiran dier masih mampu dijinakkan…
jejaka datang membawa perkhabaran…
keluarganya mahu merisik dan menjalankan majlis pertunangan…
dan si gadis tetap jadi pilihan…
perempuan lain hanya persinggahan…
gadis senyap tanpa jawapan…
dan entah bagaimana, mereka boleh kembali bersama sekali lagi…untuk kali ke berapa, dier berikan si jejaka itu peluang bagi menebus dosa silam yang buat pertama kali – dier dengar sebuah kemaafan paling tulus diminta dengan nama Allah serta ibu yang melahirkan sebagai cagaran…si gadis diam kerana dier tahu, hatinya tidak berada dalam keadaan stabil seperti dahulu kala…kesakitan sudah mula menjalar masuk – kesihatan dier yang dulu dier abaikan bila dier terpaksa bersihkan segala cela yang si jejaka tinggalkan mula menuntut hak kembali…si gadis senyapkan sahaja diri – dier mahu lihat sejauh mana keadaan jejaka setelah peluang diberi…
satu minggu…
dua minggu…
tiga minggu…
satu purnama…
dua purnama…
si jejaka menghilangkan diri kembali…senyap sunyi tanpa khabar berita…pesanan ringkas dihantar cuma sekali sekala, dier hanya akan balas dan megatakan segalanya baik sahaja dan dier perlukan masa untuk diri sendiri atas urusan kerja…si gadis sudah enggan mahu sibuk seperti dahulu kala…bila perlu sahaja dier akan tanya sebab si gadis tahu, si jejaka hanya akan cari dier bila dier perlukan sesuatu dalam hidupnya…bila sepi, dier akan datang mencari…bila si gadis sibuk, si jejaka pusing mencari…biarkan hati berbunga riang dan kemudian dengan kejam biarkan dier mereput mati kembali…
si gadis sudah mangli…
dier sudah nekad mahu berhenti…
segala rasa yang hanya tinggal mati…
“ hidup boleh jadi lebih menggembirakan dan kurang mengecewakan apabila kita menyedari bahawa aper yang kita miliki saat ini adalah sesuatu yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa – benda yang kita pernah mahu tetapi tidak dapat memiliki mungkin hanya akan bawa bencana yang kita tidak akan dapat jangka “
“ aper pun yang terjadi, pemilik kekal mutlak juga yang paling sempurna…terima aper jua keadaan…tapi jauh di sudut hati, dier tahu pemilik mutlak iaitu keluarga dier mahu dier bahagia…dier mencari bahagia walaupun ternyata dier pertaruhkan hati serta jiwa…kadangkala dier rasa diri dier begitu bodoh – dier sengaja menempah bala bencana “
No comments:
Post a Comment