menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, April 16, 2012

tanpa suara...

senyap…
pernahkan kamu dengar bahawa dengan kesenyapan seseorang itu, ader manusia lain yang boleh mati dan berputus asa dalam hidup mereka???...

senyap…
pernahkan kamu tahu seseorang yang dikasihi, dicintai senyap begitu sahaja, manusia yang mencintai dan menunggu boleh menghabiskan nyawa sendiri tanpa dier sedar bahawa dier akan lenyap???...

senyap…
pernahkan kamu mengerti bahawa kesenyapan kamu membunuh manusia disekeliling yang kamu tinggalkan dalam diam – hanya kerana kamu sahaja tahu kenapa kamu berbuat demikian…

senyap…
pernahkan kamu tahu dengan sikap degil dan membatu diri kamu menyebabkan ader manusia yang sudah putus asa dan putus harapan dengan kamu yang membiarkan dier perlu hidup sendiri menanggung derita merindui dan dibiarkan begitu sahaja dalam kesenyapan ibarat munculnya kayap…

senyap…
pernahkah kamu berhenti dan buka mulut untuk menegur manusia yang kamu sayangi lebih dari sepuluh perkataan, padahal dier menunggu kamu ibarat burung kecil yang tidak sabar meninggalkan sarang selepas kuat sayap???...

senyap…
pernahkah kamu cari dier yang semakin lama semakin hilang rasa, hilang kawalan diri akibat kesenyapan kamu yang mencengkam diri manusia biasa – menularkan kesakitan dalam jiwa ibarat pohon yang tumbuh merayap???...

senyap…
pernahkah kamu tahu bahawa kesenyapan kamu telah membunuh manusia yang kamu sayangi???...

senyap…
dier sudah lenyap…
dier sudah ranap…

senyap…
tahniah, kamu sudah jadi pembunuh seperti yang kamu harap…
“ jadi manusia yang setia bukan nya sukar, bahkan ianya sangat mudah…jika kamu sebenarnya sangat mencintai seseorang, kamu tidak akan buat aper aper yang merosakkan hubungan tersebut dan juga tidak akan menyakiti serta melukai seseorang yang kamu cintai itu “

No comments:

Post a Comment