menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, April 18, 2012

ukir bentuk hati dalam marga...

cuaca mendung…
dingin menyelubungi pagi ini yang hampir ke pukul sepuluh…
sejuk mencengkam walaupun tidaklah seperti dingin salju…
pandang langit, hanya ader percikkan kelabu…
senyum tanpa rasa pilu…
beku…

menjalani kehidupan sendirian bukanlah satu dugaan, bahkan ia adalah satu cabaran sama ader kamu mampu untuk bertahan dan melawan perbagai jenis ujian yang mendatang…bukan sesuatu yangtidak menyenangkan, bahkan ia sebenarnya memberikan kelebihan apabila aper yang kita fikirkan menjadi lebih matang dan penuh keyakinan…diri ini juga masih lagi sendirian walaupun hakikitnya diri ini harfiahnya sudah berteman…
senyum…

jadi, apabila kamu merenung dan menangia pada diri ini, kesakitan hidup sendirian setelah sekian lama berteman, diri ini cuma mahu kamu tahu teman, yang didi ini pernah melalui saat begitu…saat keseorangan dan peluk dinding dingin bukanlah benda asing bagi diri ini…ahhhhhh, sekarang ini mungkin lebih baik kerana diri ini gemat peluk mainan berbulu, patung patung beruang beku…

senyumlah…
ukirkan secangkir senyuman di bibir manis itu…
hidup tidak selamanya indah, tetapi bila ujian melanda, diri ini dengan pasti tahu bahawa kita perlu tabah…bahkan, dengan senyuman itu, kekuatan mampu dikumpul dan tenaga mampu disimpan semula…kalau mahu menangis selaipun, ketahuilah, air mata yang mengalir itu akan jadi kekuatan suatu hari nanti…lepaskan segalanya dan bangkit semula…

senyum…
diri ini faham betapa sakitnya…
diri ini mengerti kepiluan hati yang kamu rasa…
diri ini menyedari kekliruan dan kekecewaan yang melanda…
cuma diri ini mahu kamu kuat dan ceria semula…
senyumlah, ukir lagi bahagia…
darah merah tidak sempurna…
tanpa system aliran rangsang tenaga…
ukir bentuk hati dalam marga…

hati ini sendiri ibarat sekeping kaca…
pernah dicalar, jatuh terhempas hingga hampir pecah segala…
tapi diri ini percaya suatu perkara…
kalau diri ini tidak paksa diri untuk kuat, siapa yang akan menjaga diri ini untuk terus senyum suka???...
kalaulah sekeping kaca ini dirosakkan lagi, diri ini tahu akan luka…
bukan diri ini seorang, tetapi orang disekeliling diri ini juga…
maka, tabahkan hati dan terus usaha…

teman, diri ini mahu kamu tahu suatu benda…
hidup ini belum tiba saat penghujungnya…
sampai Allah cabut nyawa…
kamua kan jumpa alasan untuk senyum semula…
teruskan berjalan atas dunia yang fana…
sebab kamu dan diri ini tahu, di hujungnya bakal punya laluan bahagia…
mungkin bukan hari ini, esok atau lusa…
tapi nanti suatu masa…
senyum ya???...

“ tidak semua perkara memerlukan alasan sebenarnya…manusia mancari alasan hanya kerana mahu perkara yang dilakukan punya asas dan suatu sandaran semata mata…perlukah kamu mencari alasan untuk terus bernafas dan bernyawa saat ini??? “

“ melalui saat yang menggembirakan dan sukar dalam hidup menjadikan diri ini lebih kenal siap diri ini hari ini…gelak ketawa, cemuhan, makian dan kata nista sudah diri ini tidak ambil peduli…senyum…diri ini masih ader mereka yang mengasihi dengan sejujur dan sepenuh hati “
 

No comments:

Post a Comment