menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, May 6, 2012

pujuklah hati, itu yang terbaik buat kamu...

kamu masih punya Tuhan…
kamu masih punya keluarga yang memerlukan…
kamu masih punya kawan kawan…
kamu masih punya pendirian…
kamu masih punya harapan…
kamu masih punya kehidupan…
kamu masih punya tenaga tersimpan…

itu yang kita biasa sebagai jawapan…
itu yang kita biasa terima bagi menjawwab persoalan…
itu yang biasa kita dengar bila hambur tangisan…
itu yang kita biasa hadam sebagai bahan pujukan…
itu yang biasa kita telan…

kadangkala kita menangis bukan kita mahu penyelesaian…
kadangkala kita meluahkan bukan kita mahu jawapan…
kadangkala kita berkongsi bukan kita mahu tunjuk kelemahan…
kadangkala kita mencari bukan sebab kita kesepian…
kadangkala kita bising bukan sebab kita kesunyian…
kadangkala kita diam bukan kerana dihimpit kesusahan…

kita mungkin perlukan sedikit perhatian…
untuk manusia berikan sedikit masa melayan…
kesakitan yang kita sembunyikan…
kehampaan yang kita cuba padamkan…
hanya untuk manusia dengar dan perhatikan…
dalam diam, tenggelam dalam renungan…
berkongsi rasa, maluah perasaan…
mengelakkan diri dari tertekan…
dan berhenti fikirkan kesedihan…

mungkin sebab itu kita tegar sendirian…
melayari kehidupan…
bukan sebab kita tidak memerlukan teman…
cuma kita terlampau sakit untuk mulakan hubungan…
yang setiap kali akan meyakitkan…
itu hanya kemungkinan…
“ kadangkala merindui seseorang dalam hati itu adalah tanda kita masih mengigati mereka…sana ader baik atau buruk, kita sahaja yang tahu rahsia nya “

“ kadangkala kita sepatutnya meletakkan perasaan kita di tempat pertama, agar 
kita tidak dilukai dengan teruk sehingga cedera “

No comments:

Post a Comment