menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, May 7, 2012

aroma rasa, secangkir kopi...

datang dan pergi…
macam serbuk kopi…
sekejab penuh balang tinggi…
sekejab sudah hampir ke dasar tidak berisi…

tidak semua kopi hitam…
kehidupan juga tidak sentiasa kelam…
mungkin gelap ketika malam…
sedikit sebanyak kita mungkin rasa seram…
menanti siang tiba dengan sedikit geram…

kopi ader pelbagai jenis…
manusia juga datang dengan pakej sadis…
walaupun senyuman bahagia dan ayat manis…
terselindung aneh peristiwa tragis…
perasaan bagaikan najis…

seperti menghadap secangkir kopi…
aroma indah masuk ker hidung dan senyum berseri…
sekajab sahaja, dan ia tidak akan kembali…
macam bahagia yang muncul sesekali…
seperti derita yang akan kekal di sisi…
pemusnah senyuman yang diikat separuh mati…

bila minum kopi kadangkala kita mabuk sendiri…
tenggelam dalam aroma dan nikmat kopi…
sehingga aper yang terluah tidak disedari…
mungkin bahagia bila kita lihat kembali…
tapi kesannya membunuh dalam hati…
benda yang kita sangka hanya jenaka manusia…
rupanya mampu menjadikan manusia mayat bernyawa…
hidup, tapi separuh mati…
menahan tangisan dan air mata di pipi…
dan kau termangu sepi…

nikmat datang dan pergi…
kadangkala ia kekal lama di sisi…
kadangkala ia tidak mahu singgah lama dan sunyi…
kita sahaja yang kenal jalan hidup dan jalan mati…
“ jangan biarkan manusia menjadikan kita sebagai satu pilihan di mana mereka boleh cari kita bila perlu dan tinggalkan bila mereka rasa tidak mahu…tapi, biarkan mereka tahu bahawa kita adalah pilihan tepat yang mereka tidak mahu hilang selamanya “
 

No comments:

Post a Comment