menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, July 16, 2012

konfilasi serabut...

kita selalu risau aper kah semua benda akan jadi seperti yang kita mahukan…kita fikir dengan mendalam tapi dalam masa yang samakita tenggelam dengan pemikiran yang merungsingkan…mungkin sahaja banyak terikat dengan masa silam yang masih enggan meniggalkan kita seperti gam…bila menoleh kebelakang dan berpaling ke hadapan, mungkin sahaja kenangan itu masih lagi kelihatan kejam…
 
kita cuba mulakan hidup baru…memilih jalan lebih selamat dalam semua benda yang mahu dilakukan…satu persatu disusun supaya tiada kesakitan yang bakal muncul lagi…tiada istilah kepada kesengsaraan…bagi sesetengah manusia, tahap dan kadar kesabaran mereka batasannya terlampau rendah…tetapi, bagi yang tinggi pula, jangan cuba diuji sejauh mana mereka boleh pergi dalam membuat keputusan yang bias menjadikan orang lain terpana…
kadangkala aper yang diluahkan mungkin tidak selari dengan kata hati, dengan kehendak diri ataupun kemahuan peribadi…keadaan persekitaran, suasana yang dialami – bahkan menjadikan manusia larut dalam perasaan mereka sendiri dan acapkali membunuh manusia lain disekeliling mereka…tersilap atau terlepas cakap sekali dua mungkin boleh dimaafkan serta dilupakan begitu sahaja – tapi, ader kah manusia akan lupa aper yang berlaku serta meninggalkan kesan (kalau tidak banyak, pasti sedikit) dalam hidup mereka???...
“ mungkin, setiap daripada kita wajar belajar untuk berikan manusia yang ader disekeliling sedikit peluang dalam membuat aper mereka mahukan…mana tahu, ader seseorang sedang menyukai anda dalam diam bukan “

kejam tanpa sesalan...

pandang kiri kanan…
pandang atas bawah…
pandang depan belakang…
pandang pada pandangan stigma…

pusing…
tiada aper lagi yang tinggal, hanya pening dan dendam…
berkelentang bunyi jatuh dacing…
otak tajam beri tumpuan kira denting…

dier kira sudah penat menunggu…
manusia yang langsung tidak layak ditunggu…
walaupun jiwa dier masih mahu…
malangnya otak dier menolak manusia itu sebagai yang satu…
memberontak seperti dulu…
kenangan silam hanya bawa pilu…
siulan…
mungkin dier dipandang rendah dan kasihan…
tapi dier masih punya kekuatan…
bukan kah dier jugak insan???...

manusia akan jadi kejam tanpa kira jantina…bila manusia mulakan kesakitan mendalam hingga menyebabkan manusia lain hilang pertimbangan dan mula memikirkan dendam, jangan terkejut bila satu hari nanti, dier akan datang kembali dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih atas segala kesakitan yang pernah manusia itu berikan…

kamu boleh bunuh dier…
tapi jangan lupa satu benda…
dier boleh bunuh kamu semula…
sebab itu secebis karma…
“kalau manusia kata lelaki kejam masa bercinta, perempuan pun ader juga yang sama begitu…jangan tuding jari pada jantina“

Wednesday, July 11, 2012

gigit bibir, seperti tiada aper yang berlaku...mungkin kah...

habis menonton wayang semalam, seorang rakan yang agak lama tidak berjumpa, bertanyakan kepada dier akan satu perkara…satu isu yang dier kirasering berlaku dalam mana mana perhubungan, lebih lebih lagi jika ader sesetnagh manusia sukar untuk membezakan batasan antara gurauan ataupun benda itu boleh menyebabkan orang terasa…ahhh, benda begini kadangkala berlaku tanpa kita sedar dan tiba tiba sudah terjebak dalam situasi begini…benar bukan???...

kadangkala kita terperangkap dengan perkara sebegini…tidak kira kawan baik, ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, atau sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup kita sebagai manusia – kita terjebak dalam situasi yang kita sendiritidak mahu…dari hubungan yang baik, secara tiba tiba menjadi kurang selesa atas perbuatan mereka (yang malangnya, tanpa mereka sedari)…jadi, aper yang perlu dibuat sekurang kurang nya???...

gigit bibir (metafora) dan senyum macam biasa
itu yang dierbiasa lakukan…teruskan hidup macam biasa dan berpura pura bagaikan tiada aper yang berlaku…dier percaya, ini lenih baik untuk diri sendiri dan juga hubungan dengan manusia keliling walaupun dier sendiri menyedari (kalau dier) – perasaan yang dier rasakan pada orang itu akan terus terpancar di wajah…yer, klu dier kurang gemar, wajah dier akan terus tunjuk…wajah adalah cerminan perasaan dier…tapi kadangkala, wajah boleh menipu kan???...

abaikan manusia begitu
dier percaya, hanya manusia yang berani mampu lakukan ini…kalau dier, dier lebih rela simpan seorang dirisebab dier tidak mahu timbulkan masalah (mungkin) walaupun terdapat kebarangkalian masalah akan selesai kalau berterus terang (dan juga terpusing menjadi lebih buruk kalau tidak dilakukan dengan baik)…luahkan aper yang tidak puas hati supaya segala yang keruh menjadi jernih…tapi, the ais keruh itu sedap bukan???...ehhhhh…
“ pilihan di tangan masing masing…dier akan gigit bibir dier, senyum dan buat macam tiada benda berlaku…walaupun mungkin hati kita akan mendongkol sakit, tapi dier percaya bahawa itu lebih baik…itulah – mungkin begitu lebih baik “

Tuesday, July 10, 2012

maaf maaf maaf...

bagi sesetengah manusia, ader terlampau banyak perkara yang mahu mereka katakana dalam usaha untuk meminta maaf…memohon kemaafan daripada manusia sebenarnya sangat sukar – sebab manusia, seperti yang kita ketahui hati yang sangat pelbagai…dan uniknya, manusia itu tidak pernah sama antara satu sama lain walaupun mereka mungkin dilahirkan daripada rahim yang sama…

maaf…
seorang kekasih yang tidak dapat menyediakan diri pada pasangannya…mungkin ader kesilapan mana mana di dalam perhubungan yang menyebabkan aper yang dirancangkan tidak terlaksana…dier percaya dalam mana mana perhubungan sekalipun, kedua dua pihak mesti memberikan kerjasama…kalau hanya satu pihak berusaha, dan sati pihak lagi merosakkan usaha tersebut (sudahlah tak berusaha memperbaiki) – memang tak akan pergi kemana…

maaf…
dari seorang hamba kepada penciptaNya…moga kita bukan manusia sombong yang tidak pernah mengangkat tangan, memohon keampunan atas segala kesilapan yang kita lakukan…bohonglah jika kita manusia yang suci dari segala kesilapan…sedikit sebanyak – kecil atau besar, pasti kita akan terbuat kan???...

maaf…
seorang rakan kepada rakan yang lain…ahhhhh, dalam bergurau kita tak terlepas dalam membuatkan kawan kawan terasa dengan aper yang kita perkatakan…mungkin ader yang terguris dan kita tidak pernah tahu, dan aper salahnya minta maaf bukan???...
maaf…
seorang anak mungkin akan kata begitu pada ibu bapa yang membesarkan jika ader kesilapan yang dilakukan…maaf tentang banyak benda – bukankah manusia yang paling rapat dengan kita itulah yang banyak kita lakukan kesalahan???...

Maaf Puan Mulia…
Maaf Ketua Keluarga Hebat…

“ anakmu ini hanya mampu jadi seorang tenaga pengajar intitusi tinggi dan tidak Gabenor Bank Negara seperti yang anakmu cita cita kan dahulu “

Sunday, July 8, 2012

buat ku disana...

sering harungi sendiri kekurangan diri
hanya Tuhan mengerti
tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
umpama tiada rahsia

kau sinar hati ini
biarpun hanya sesaat di sisi
pelita kala hati berduka
kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

masih kau hadir jua menepis gelora
tatkala aku merasa kecewa
duniaku berubah kelam tak bermakna
namun semangatmu ada di jiwa

haraoan kau beri cintamu bersemi
air mataku tak bias menitis
kau nafas akhirku
kau yang di hati

usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
senyumlah usah meratapi
kala ada masa kita ditakdir yang Esa
cukuplah buatku di sana

kau sinar hati ini
biarpun hanya sesaat disisi
pelita kala hati berduka
kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

aku bagai bintang menghiasi alam maya
meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
detik percintaan persis satu anugerah
aku pinta hanya bercinta

masih kau hadir jua menepis gelora
tatkala aku merasa kecewa
duniaku berubah kelam tak bermakna
namu semnagatku ada dijiwa

harapan kau beri cintamu bersemi
air mataku tak bias menitis
kau nafas akhirku
kau yang di hati