menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, July 16, 2012

konfilasi serabut...

kita selalu risau aper kah semua benda akan jadi seperti yang kita mahukan…kita fikir dengan mendalam tapi dalam masa yang samakita tenggelam dengan pemikiran yang merungsingkan…mungkin sahaja banyak terikat dengan masa silam yang masih enggan meniggalkan kita seperti gam…bila menoleh kebelakang dan berpaling ke hadapan, mungkin sahaja kenangan itu masih lagi kelihatan kejam…
 
kita cuba mulakan hidup baru…memilih jalan lebih selamat dalam semua benda yang mahu dilakukan…satu persatu disusun supaya tiada kesakitan yang bakal muncul lagi…tiada istilah kepada kesengsaraan…bagi sesetengah manusia, tahap dan kadar kesabaran mereka batasannya terlampau rendah…tetapi, bagi yang tinggi pula, jangan cuba diuji sejauh mana mereka boleh pergi dalam membuat keputusan yang bias menjadikan orang lain terpana…
kadangkala aper yang diluahkan mungkin tidak selari dengan kata hati, dengan kehendak diri ataupun kemahuan peribadi…keadaan persekitaran, suasana yang dialami – bahkan menjadikan manusia larut dalam perasaan mereka sendiri dan acapkali membunuh manusia lain disekeliling mereka…tersilap atau terlepas cakap sekali dua mungkin boleh dimaafkan serta dilupakan begitu sahaja – tapi, ader kah manusia akan lupa aper yang berlaku serta meninggalkan kesan (kalau tidak banyak, pasti sedikit) dalam hidup mereka???...
“ mungkin, setiap daripada kita wajar belajar untuk berikan manusia yang ader disekeliling sedikit peluang dalam membuat aper mereka mahukan…mana tahu, ader seseorang sedang menyukai anda dalam diam bukan “

No comments:

Post a Comment