menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, July 8, 2012

mak tidak akan menangis lagi...

dier tak boleh…
tak kisah lah emak siapa…
emak dier…
bakal mak mertua…
emak kamu…
atau emak mereka…

bila mak menangis sebab dier, memang rasa nak bunuh diri masa itu juga…
bertul…
walaupun bunuh diri itu dosa…
dier tahu…

kamu tahu???...
dier pernah menonton video seorang ibu melahirkan anak sekali sahaja…
itupun dier curi curi masuk ker kuliah budak Sains Hayat disebabkan dier budak Accounting yang asyik tengok pergerakan angka hanya di atas kertas, walaupun ternyata berguna…
sekali sahaja dier menonton video itu sambil menekup muka…

sejak itu, perempuan mengandung dan melahirkan adalah manusia yang dier tabik sepenuh jiwa…
perempuan yang sarat membawa perut didalamnya ader manusia mendapat senyuman dan usapan dier…
sebab aper ???...
sebab dier mengerti sakitnya seorang ibu walaupun hanya menonton video itu…
takutnya dier kalau tiba saat dier (mustahil buat masa ini)…
ader kah dier akan kuat seperti ibu melahirkan dier dan adik satu persatu ???...
entah…

tapi kamu…
kamu buat mak kamu menangis…
kamu buat dier sedih, luluh hatinya, sayu…
dier menjadi pendengar hati seorang ibu…
kamu tahu ???...
empangan air mata yang dier tahan, hampir tumpah…

dier biarkan sang ibu melunaskan bicara…
biarlah dier hapuskan derita…
sebab dier sentiasa mahu seorang ibu bahagia…

seorang emak gembira…
walaupun bukan nya emak dier…
itu bukan satu masalah nyata…
sebab seorang ibu, banyak jasanya…

tidak…
dier tidak bolh lihat seorang mak, ibu menangis…
mendengar tangisan itu sudah cukup pilu…
apatah lagi melihatkan air jernih itu jatuh ker pipi…
tidak berkat hidup kamu tahu…
dier…
dier belum lagi menjadi seorang ibu…
kendengaran menjadi seorang ibu buat masa terdekat ini…
tapi, dier masih seorang perempuan…
seorang wanita…
sekurang kurangnya dier masih punya naluri itu…
mungkin…

“ mendengar suara dan perkenalan yang sungguh dier keliru tapi nyaman dengan suara seorang ibu “

dier mungkin bukan anak yang baik…
dier ternyata bukan puteri yang teguh dalam pagar besi milik istana…
tetapi dier masih mahu menjadi seorang anak yang berguna
sekurang kurangnya tiada titisan air mata…
dari seorang bonda…

kalau air mata mak sebab kejayaan kita, tidak mengapa…
kalau air mata ibu sebab gembira biarkanlah…
tapi ini disebabkan duka???...
sebab hatinya lara???...
ampun!!!...
dier jadi anak derhaka…

kamu…
dier mohon…
jangan buat mak menangis lagi…
sementara masih punya masa…
punya nyawa…
“ ternyata, kekuatan yang dier hirup daripada manusia yang memegang status seorang emak adalah sungguh istimewa…emak, dier berjanji emak tidak akan menangis lagi…kerana dier akan menjauh pergi…dier sayang mak “

“ perkataan “ dier “ saya gantikan dengan diri saya sendiri “

No comments:

Post a Comment