menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, March 17, 2013

pengecut...


kenapa mesti jadi pengecut dan penakut jika betul aper yang kamu mahukan dalam hidup…aper perlunya kamu cari gaduh, timbulkan masalah dengan orang lain sedangkan kamu baru hidup baik baik dalam kelompok kamu?

hidup ini cantik…susah manapun hidup seseorang itu, masih ader benda yang buatkan mereka masih kental dan tabah untuk meneruskan kehidupan kecuali mereka sudah berputus asa dan cabut nyawa sendiri…tapi, kenapa kamu perlu tunjuk kuat dan gagah dengan menindas orang lain? menghina mereka sehingga mereka jatuh…buat mereka berjauh hati dan tinggal terpuruk sendiri, sepi enggan bangkit kembali…
aderkah itu kemenangan yang kamu cari? dengan pandang rendah orang lain dan cerca mereka? kamu mungkin hebat atas dunia…kamu mungkin hebat dengan penyokong serta pendukung kamu atas dunia…dengan terbahak, kamu kental sebarkan cerita buruk, tabur fitnah dengan rasa bangga seperti kamu adalah mangsa…

kamu lupa satu benda…setiap daripada kita akan dihitung nanti di sana…skecil mana pun suatu perkara, tidak akan terlepas daripada hisap Maha Pencipta…kamu boleh lakukan aper sahaja dan mereka diam merelakan segala…

itu bukan tanda kamu kuat, gagah perkasa tetapi tanda mereka sudah enggan mahu campur urusan dunia…kamu boleh teruskan dansa…mereka mahu hidup dalam dunia indah dan menikmati manisnya senyuman gembira…

“ senyuman awak manis…alangkah indahnya kalau senyuman awak yang saya pandang setiap pagi dan malam? hari saya pastinya akan baik baik sahaja “

setiap dari kita punya impian, harapan dalam kehidupan…kalau tidak tinggi melangit, yang rendah pun menarik juga…itulah, kita semua memang tinggal dalam impian dan harapan…jiwa itu masih belum tercemar…selamatkan dier, moga senyuman dier tidak akan mati lagi begitu sahaja…ader kah kamu sudah bersedia untuk hadapi aper sahaja?

amyza : kamu tahu aper yang menjadikan hidup ini payah? ia apabila kamu bunuh perasaan berbaik sangka dengan manusia lain di sekeliling kamu…( amyza, 18 Mac 2013)

Sunday, December 2, 2012

separuh mati...

kebisuan barangkali membunuh manusia…
tetapi bingit juga bahaya…

tidak pernah ader satu pun boleh bikin telagah…
barangkali punya hati hati dalam melangkah…
untuk aper bertelingkah…
jika semuanya didapati dengan bersusah payah…

dalam kesenyapan…
selalunya muncul ujian…
hadapi dengan perlahan…
kerana barangkali akan ader keputusan…
sama ader kecundang tanggung kekalahan…
ataupun menjulang kemenangan…

berdiri antara dua pihak…
semuanya bagaikan saling terhentak…
menunggu masa untuk retak…
walaupun kaki mahu menolak…
tetapi akal enggan menolak…
masih mahu pikul beban berat bagai balak…
semata enggan mahu disorak…
itu boleh bikin rosak otak…

seringkali jiwa disinggahi rasa pilu…
entah kenapa boleh tiba tiba sayu…
buan mengenangkan masa lalu…
kadangkala perasaan rasa nyilu…
tahan rasa sebu…

ketab bibir dan teruskan membisu...
walaupun hatinya bagaikan dipalu…
dier tetap kekal kan senyuman seperti selalu…
biarkan jiwa menggunung rasa malu…
sebab dier percaya pada yang satu…

Frappu : saya rindu awak separuh mati…
Kopi : jangan…nanti dua kali rindu dah mati…

“ ader kah kamu betul betul boleh melangkah jauh tanpa sedikit pun menoleh ke belakang??? kadangkala curi lihat itu perlu supaya kita ingat bagaimana kita berada di tahap sekarang (ceritadunia-amyza, 2 Disember 2012) “
 

Tuesday, November 20, 2012

hari yang gelap...

tidur pun tidak lena...entrh berapa kali terjaga, berpusing pusing, guling guling atas ranjang hijau sambil perhatikan dinding biru...aper yang dier risaukan pun dier kurang pasti...satu demi satu keperluan dier senaraikan dalam kepala...mungkin senarai yang dier jengah semalam buat dier jadi separuh gila...mungkin juga – walaupun bukan senarai dier...tumpang tengok senarai orang pun boleh jadi seriau...merepek sungguh perangai...

banyak benda ganggu kepala...semalam bukanlah hari yang terlampau baik – walaupun dier rasa menjelang petang suasana bertambah gembira...rasa disebabkan suntikan kafein dalam badan – membuatkan aper yang dihadapi sejak pagi beransur hilang dengan sendirinya...tak tahu mengapa, satu demi satu dugaan muncul...manusia yang tak dikenali muncul dengan tidak diketahui niat...tapi maaflah, dier tidak dapat melunaskan permintaan kalian (kecuali seorang terlepas tapi dier terpaksa potong kembali)...sebab, kalau niat kalian baik, sewajarnya kalian hulur dulu salam perkenalan – dan bukan muncul secara diam...aneh barangkali buat dier...

(tekan kepala nak bagi tune)

Perut sakit bila mengenangkan ader kah aper yang dilalui semua ini adalah mainan atau mimpi...tapi bagai aper yang dinyatakan oleh seseorang, ini semua adalah magis...magis yang sendiri tidak akan sangka tetapi melaluinya dengan senyuman sahaja...mungkin betul, langkah yang tepat adalah bukan bersendirian sahaja...pastinya ader lagi tangan yang membantu, kaki yang melangkah bersama...seorang diri mungkin baik, tetapi dengan bantuan sekali sekala, aper yang dimahukan mungkin menjadi lebih jelas daripada sendirian tanpa mahu difikirkan sebab dan akibat...

(perut sakit, tangan sejuk)

pernahkan kamu jumpa seseorang yang duduk meraikan majlis seorang diri???menghabiskan masa minum sendirian tanpa sedar bahawa dirinya buka lagi seperti dahulunya???

banyak benda yang kadangkala kita lupa
luap bahawa tak semua orang sama dengan kita
lupa bahawa aper yang kita suka, tak semestinya orang suka 

yer
manusia itu lupa
ego hingga kepala batu
bila ditegur, melenting panas tak tentu
ahhh, bencinya perkara sebegitu
 
rabak jiwa
buang masa
penuh cela
 
“ sudah tiba waktu melangkah jauh “

Monday, November 19, 2012

yang dikongsi kerana minat tanpa paksa...

tuntutan kerja tidak sama...
bidang pekerjaan juga berbeza...
yang seorang boleh duduk diam buat kerja...
yang seorang lagi memekak marah bila ader tidak kena...
tetapi kedua dua tidak terlepas dari tekanan jiwa...

manusia diciptakan sama...
tetapi setiap manusia ader keunikan mereka...
seorang tinggi sedikit, kulit gelap dan kecil badannya...
seorang lagi rendah, putih dan berbadan tegap...
tapi siapa tahu jika hati boleh bertaut cinta???

kadangkala mahu saja dikirim cerita...
buat mulut manusia yang suka mengata...
yang lebih gemar mencela...
perbezaan itu menjadikan manusia kenal Pencipta...
bukan sesuka hati membanding beza...
dengan merasakan diri mereka lebih bagus daripada sesiapa...
aper kelayakan yang kamu ader???
serupa...
dalam banyak perbezaan, ader benda yang sama...
yang dikongsi kerana minat tanpa paksa...
satu aroma...

terima kasih...
atas nikmat ketagih...
dua manusia boleh duduk tersengeh...
nikmati kopi yang terhidang dengan gigih...
 
“ senyuman yang terukir bukan petanda yang sama dengan jiwa yang melalui...pernahkah kamu terfikir manusia yang paling kuat senyuman adalah manusia yang sedang tanggung paling banyak derita??? “

Sunday, November 18, 2012

kesempurnaan - itu kan fizikal kurniaan Tuhan...

awak…
manusia memang aneh…
selalu ambil berat benda remeh…
walaupun diri sendiri sememeh…

awak...
dier seorang yang tinggi…
tapi awak tolak dier pergi…
sebab awak kata kalau tinggi, susah nanti…
bila ditanya kenapa awak buat begini…
awak kata sukar mencari seluar bila tinggi…
apatah lagi baju hinggalah ke peralatan rumah terkini…
dier awak tinggal kan sepi…

awak…
dier seorang yang cerah…
menarik kulitnya, putih merah…
macam kumpulan Korea yang awak berbunuh marah…
siapa yang lihat dier pasti menoleh, ghairah…
tapi awak tolak dier mentah mentah…
dier hairan dengan sikap awak yang buatkan hatinya musnah…
dier tanya awak kenapa sambil tahan lelah…
awak kata terlampau putih seperti berpenyakit parah…
macam Pontianak Twilight awak menyampah…
awak benci Edward Cullen tapi lepaskan pada dier, sampah!!!

awak…
dier seorang yang kurus…
awak kata dier amcam orang tak terurus…
bagaimana orang suka makan boleh jadi lurus…
tegak tanpa potongan badan, terlampau halus…
tergamam dier dengan kenyataan awak yang terturus…
tusuk ke dalam jiwa dier yang mendengar, hati bagaikan direbus…

awak…
si dier yang kurus, cerah dan tinggi berlalu pergi…
tinggalkan awak supaya awak cari pengganti…
bahkan dier bina hidup yang lebih bahagia tanpa awak di sisi…
dier pandang awak dari jauh semoga awak gembira nanti…

awak…
perjalanan hidup awak teruskan…
satu demi satu manusia jadi persinggahan…
awak teruskan permainan…
untuk memulkan satu perhubungan…
dan akhirnya awak terhenti, jumpa seorang teman…

awak…
dier seorang yang gelap kulitnya…
hitam berlengas mungkin sesuai menggambarkan rupa…
tapi orang lain pandang dier cantik bergaya…
pada awak kulit dier hitam macam Afrika…
tapi awak lupa satu perkara…
ader Afriak yang putih kulit, mulus rupa…
awak benci dengan dier kerana dier hitam muka…
awak kata nanti rosak keturunan, baka keluarga…

awak…
dier seorang yang rendah badan…
pendek, bantut adalah sesuatu yang orang permainkan…
padahal saiznya adalah normal bagi Asia punya ukuran…
tapi awka tetap tolak dier bagaikan sebuah permainan…
bila dier Tanya dengan airmata berlinangan…
aper yang dier terima adalah sakitnya jawapan…
awak kata ini untuk kebaikan keturunan…
pendek sangat tak baik untuk kesihatan…
awak, dier terpempan…

awak…
dier seorang yang gemuk…
dier selalu dihina dengan perkataan yang teruk…
tapi dier tidak pernah mengamuk…
walaupun hatinya bagaikan dijeruk…
awak tolak dier dengan jerit dier bagaikan beruk…
dier tertanya mengapa awak bertindak begitu buruk…
awak kata tubuh gemuk, hanya akan bikin peluh busuk…
walaupun kenyataannya dier tidak begitu – hatinya tercucuk…
jiwa dier kosong bagaikan ditebuk…
dengan sikap awak yang serupa tenuk…

awak…
si dier yang gemuk, pendek dan gelap pergi…
dier berjalan menjauhkan diri…
hati dier patah untuk bersama lagi…
kata hinaan awak buat dier rendah hati…
dier bertekad enggan mahu kembali…

awak..
sebelum dier bergerak pergi, dier tinggalkan awak satu pertanyaan…
aper kah awak adalah Tuhan???
awak hina setiap fizikal yang dikurnia, penuh kesempurnaan…
aper kah awak sempurna hingga tiada celaan…
kalaulah awak ingat aper yang tajam dalam pemikiran…

awak…
dalam banyak benda yang awak nilaikan…
kenapa awak tidak amhu manusia yang bijak akal fikiran???
bukankah itu lebih bagus dalam merancang keturunan…
ataupu fizikal itu lebih penting dari aspek keagamaan???
hidup awak, awak tentukan…
“ terlampau runsing…
kepala pening…
selamat datang ke kawasan asing…
putarkan gasing “