menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, March 17, 2014

mengapa perlu bersedih - hidup ini terlalu indah walaupun sementara...

ada ketikanya hidup kita akan dirundung dengan masalah, satu persatu tanpa kita minta...adakah senyuman kebahagiaan akan direnggut bersama-sama sehingga kita tidak mampu untuk kenal, apa yang kita mahukan dalam kehidupan hari ini dan seterusnya?

anehnya, ada yang mahu berhenti sahaja...
tidak mahu melihat ke belakang, mempelajari sesuatu agar kekuatan melangkah kehadapan bukan satu igauan ngeri, bahkan satu impian yang cantik murni...mengapa enggan membiarkan hati dan perasaan lebih terbuka memulakan sesuatu yang baru dan tinggalkan yang lama sebagai suatu bentuk pengajaran...
 
dan aku sejujurnya melihat apakah yang aku mahukan dalam hidup yang sementara ini...adakah mahu terus berduka dan mengingati kisah silam yang entah apa rasa dan perisa...ada yang manis tentunya, dan yang pahit serta tawar juga penuh berwarna...tapi tidak ada suatu pun yang menghalang aku daripada terus hidup dengan ceria dan memilih untuk mencari apa itu bahagia...

diam...
tunduk membisu dan teruskan pembacaan satu persatu...anak yang keletah bercakap, kuat ketawa dan senang senyum ketap gigi tanpa meluahkan bicara sudah semakin senak pemikirannya...mahu menjadi yang terbaik memang susah dan sukar perjalanannya...tapi anak itu tahu, dengan menulikan telinga dengan segala tohmahan dunia, dia pasti mampu mengatasi segala...usikan nakal, telahan gila dan cacian cerca sudah lama dia hadam walaupun tekaknya luka...lidah kelu tetapi jari gemuknya masih mahu menuntaskan bicara...beku dan sayu...

duduk berbual dengan seorang rakan sekerja sepanjang petang semakin membuka mata tentang perjalanan hidup sekarang...ketawa riang dengan melemparkan segala kekusutan ke dalam naluri paling dalam sebenarnya lebih banyak menjadikan diri mampu berdiri hari ini...setakat telahan manusia yang langsung tidak menyelami apakah makna yang terselindung disebalik aksara beku yang dipaparkan buat dunia, sekali lagi, lantangnya tulisan dan bicara sarkastik hanya mampu diterjemahkan bila dia punya sengihan yang menafsirkan celakanya dunia...

senyum sinis...
istilah sombong, bangga diri dan bongkak pernah dilemparkan sehingga manusia beku ini termangu...tidur malam sudah jadi tidak menentu apabila memikirkan betapa manusia yang tidak mengenali dan menyelami kiasan hidup sewenangnya melahirkan rasa hati bagaikan menghembuskan nafas di muka sendiri...ah! untuk apa meninggi diri sedangkan hidup ini ternyata hanya sementara dan diri beku ini bukan sesiapa di dunia...tiada yang mengenali bahkan terperuk sahaja membaca satu demi satu benda kaku yang dilayangkan menggunakan teknologi...indah manusia menjadikan kehidupan inisuatu tempat yang membuang taman permainan dari senarai tempat kegemaran...

harapan...
kadangkala ianya kosong dan perlu diisi dengan berhemah agar apa yang dikeluarkan tidak pernah akan membebankan...kesakitan juga dapat dihindarkan...bahkan, diri pasti akan penuh dengan senyuman...walalupun ramai yang akan mencebik dan menolak sebuah impian, siapalh mereka untuk menafikan hak kita dalam kehidupan? bahkan kita seorang insan...binatang juga punya hak, apatah lagi kita yang bukan haiwan...ah, menyelam dan berenang sambil ketawa riang dalam lamunan...

setiap daripada manusia yang melalui kekecewaan dan mainan perasaan pastilah pernah terlintas mahu memutarkan masa dan kembali kepada saat mereka memulakan sesuatu yang indah tetapi berakhir dengan kisah celaka yang lebih mengundang air mata dan kata – kata kesat semata...mungkin tidak diluahkan kepada si pembaut onar, tetapi dalam imaginasi liar dan marah, bayangan pembunuhan tanpa ditangkap menjadi wayang hamper setiap malam apabila cinta yang dipertahankan musnah di tangan manusia lain ataupun si dia yang dipuja sepenuh jiwa...

satu demi satu babak yang dibayangkan muncul di kaca mata...
bagaimana segalanya dilakukan dengan terperinci, disusun bagaikan mengarahkan sebuah filem seram berdurasi satu setengah jam...sempurna tanpa satu cacat cela dengan watak utamanya hanya berdua dan pengakhiran yang nyata, pengkhianat akan mati ditangan pencerita walaupun entah berapa kali jalan cerita berubah...pastinya, mati itu adalah tujuanwalaupun hakikatnya bangun dan menangis mengenangkan betapa celakanya manusia yang mengkhianati sesuatu yang indah dan dirai...

tetapi, itu kalau kita dipihak yang merasai kegagalan yang amat sangat...
kita disebelah tembok yang menahan kesakitan bagaikan ditembak...
kita dibahagian yang menadah diri dengan tikaman bertubi kenyataan kejam...
itu kalau kita disitu...
tetapi bagaimana di pihak yang mungkin merasa kesal akan perbuatan mereka?

dan itu antara penyebab mengapa aku memilih untuk terus kekal gembira...untuk terus ukir wajah ceria...kerana aku tahu akan berhak memilih yang terbaik dalam hidup aku sendiri...cukup sudah memberikan terlampau banyak untuk orang lainsehingga diri sendiri tidak mengenal erti gembira yang sebenar...

doa kuat – kuat agar esok membawa bahagia...
bisik pada telinga moga mentari kekal bercahaya...

nota kaki :
-          cuma gambar ini sahaja yang ada buat masa ini...
-           tahukah kamu bahawa sesuatu bernda itu boleh disangkal mudah oleh minda tetapi kedegilan hati terhadap sesuatu perkara ibarat mencungkil kotoran degil sicelah sisip kaca makmal...

amyzanazlan : ketawa riang aku mahu kamu rengut...ini bukan padang ragut yang penuh dengan haiwan berjanggut, ini bukan ladang ternakan yang penuh dengan rumput...ini sebuah hati yang sedang mereput...

Saturday, March 8, 2014

menanti kamu MH370...

langit sudah bertukar kelabu...
kesedihan melanda terpahat dikalbu...
seluruh dunia menanti beritamu...
muncullah nati seperti selalu...

andai tercalar tinggal kan lah petanda...
andai terguris tunjukkan lah dimana...
andai ada tunjukkan lah rupa...
tidak nanti kami tertanya...

sudah tertulis janji bersemi...
lautan biru bertukar merah...
Ya Allah Ya Tuhan kami...
kepadaMu kami berserah...

amyzanazlan : sayang kamu semua...

Monday, February 17, 2014

selamat hari jadi kopi - saya belajar buat Kopi sedap setiap hari...

setiap hari belajar untuk buat Kopi sedap…proses yang diambil mungkin lebih lambat daripada orang lain…tiada mesin khas – tiada kelas khas untuk itu semua…tapi belajar dengan bersungguh – sungguh demi memastikan Kopi yang bakal dinikmati nanti adalah Kopi yang terbaik…mungkin bukan untuk orang lain, tapi memadailah untuk orang yang tersayang…Kopi bukanlah minuman rasmi bagi sesetengah orang – bahkan boleh menyebal sakit kepala barangkali, tapi bagi manusia lain, Kopi adalah penerus kelangsungan hari mereka…

Kopi O sedap rasanya…suka minum yang jenis dikisar khas dan bukan yang sudah tersedia…barangkali sebab nikmatnya berbeza…barangkali juga menghirup setiap titisan yang ke rongga memberikan kesegaran sempurna – nikmat yang hanya penggemar sahaja yang kenal rasa…jadi, Kopi O dan segala tulisan serta kepingan gambar yang bersusun memberikan kelainan pada peminum lain…
Frappucino mungkin sejuk…tapi tidak beku seperti ais ketul yang tidak diusik…sedikit demi sedikit Frappucino mula diletakkan bersama minuman panas macam Kopi O…Americano mungkin sesuai untuk Kopi O – sebab yang pastinya Kopi O tidak mahu label espresso…dia tidak pekat begitu – bahkan kepahitan dan kemanisannya seimbang…espresso mungkin lebih pahit tapi dalam sedap dan manisnya Frappucino – dia tetap mahu ditembak sedikit espresso…mahu lebih dekat perasaan pada Kopi O…

“mesin espresso tue nampak bagus”
“awak teringin juga ker?”

“awak kan suka Kopi?”
“memanglah suka…saya memang nak belajar buat Kopi”

“jadi nak beli mesin tue?”
“sedang fikir lagi…harganya sangat berbaloi”

“dah tue nak ker?”
“memang lah nak…awak nak ker?”

“saya takdelah gila sangat Kopi..tapi ada tempat nak letak”
“saya takde tempat nak letak…bukan ada rumah sendiri”

“jadi, kita fokus cari mana nak letak mesin tu dulu ya?”
“maksud awak, rumah?”

Kopi O diletakkan di atas meja…
ditunggu tangga hingga jam dua…
dari panas meruap hingga sejuk kebas rasa…
kelibatnya muncul dan Frappucino tarik nafas lega…
Kopi O direngguk ke tekak dan titisan akhir dicicip bahagia…

kadangkala pahit…
kadangkala manis…
kadangkala panas…
kadangkala sejuk…

seimbang lebih baik…
 buat Kopi terhebat

jatuh bangun…
senyuman dia tidak tergugat sedikit pun…

susah payah…
dia belum jumpa sebab untuk goyah…

dia mungkin lemah…
bukan buat segalanya kerana Allah…
dalam pemikiran dia hanya untuk suami Kopi tersayang…
oleh itu, dia tidak akan mengalah…

yang dia kejar dalam dunia ini ada dua…
satu bahagia…
dua redha Kopi…
itu sahaja…

terima kasih atas segala kurnia Maha Pencipta…
dia masih hidup dalam sebuah nyawa…
hitung pendeknya sebuah nyawa…
sebelum hari perhitungan tiba…

buat Kopi yang disayangi…
terima kasih atas penerimaan dan pemberian limpahan budi…

buat Kopi yang sentiasa di sisi…
walaupun buruknya Frappucino, terima kasih masih menemani…

buat Kopi peneman setia sampai mati…
doa Kopi lebih daripada cukup untuk Frappucino berani…

buat Kopi yang mengirim pesanan dari pagi…
Kopi antara penyebab perjuangan Frappucino tidak akan terhenti…

buat Kopi tercinta…
pastikan tahun depan kita tidak berdua lagi…

hehehe…

SELAMAT HARI JADI KOPI KU TERSAYANG
- suami terbaik buat saya

DARIPADA FRAPPUCINO
- isteri abg, sentiasa disisi until jannah

Monday, February 10, 2014

diam - jangan meracuni pawana hati lara seorang wanita muda...

senyap dan sunyi menyelubungi semester yang indah berseri
aku hirup wangian yang indah menanti setiap kunjungan cinta yang hadir dalam diri
dalam hati
sendiri

aku manusia yang tahu erti sepi
aku manusia yang faham erti sendiri
jangan kamu kocak dengan ketenangan yang aku dirikan dengan peluh yang memercik di dahi
jangan buat begini
pilu hati 
berdiri
tegak, jangan senget ke kanan atau ke kiri
biarkan takhta hati disirami air sejuk yang membeku pawana hati
hati mahu senyum lagi
bibir mahu dikucup sekali
dengan si pemanis hati yang gemar dicumbui
bayi

aku mungkin lemah dalam erti kata dicuri dari rusuk kiri
tapi pernahkah hati itu kamu dasari?
pernahkah kamu memungkinkan satu pengembaraan dan mencari?
pergolakan, persengketaan ditolak ke tepi
biar ia mati
 
masih sedang pegang bayi
menggendong bayi
wajah suci
hati murni
bayi

bukan bayi tuan punya diri
tidak, tolong jangan salah erti
maaf, aku mahu undur diri

kalian masih punya dua hari
sebelum tarikh pertandingan tamat seperti yang telah dijanji
pelukan, ciuman kasih sayang buat mereka yang di sana
setia pada kasih, ikatan hati

amyzanazlan : eh, adakah kalian perasan bahawa penulisan aku kali ini diakhiri dengan huruf i sahaja? hati aku tertawa dengan kebetulan yang mungkin naïf ini…
  


setia - tiada tara...

akhirnya aper yang diharapkan musnah begitu sahaja…ada harga bagi kesetian rupanya…dan harga yang perlu dibayar juga tinggi…bukan calang – calang orang mampu membeli dan bukan mudah rupanya mahu dirampas pergi bila harga jualan melambung tinggi…ya, kesetiaan itu tidak ternilai…sama duduknya dengan kepercayaan dan boleh ditambah dengan manisan kasih sayang… celakanya manusia yang mengkhianati kepercayaan, bayarannya penuh darah apabila sekeping hati dipecah, dihiris berdarah dan cedera ditinggalkan tanpa belas kasihan manusia jahanam sedemikian rupa…

kadangkala, kita tidak boleh menyalahkan manusia lain apabila mereka mengecewakan kita…bahkan, kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana terlalu mengharapkan pada mereka…salah kita sendiri juga menyandarkan harapan, impian bergunung tinggi pada mereka, sedangkan mereka hanya manusia biasa…nah, salah siapa apabila kita menggantungkan kesetiaan, menyemaikan kasih sayang dan akhirnya mereka berlalu pergi begitu sahaja tanpa ada istilah penghargaan? kesetiaan yang kita berikan ibarat secebis sampah yang tiada nilai (tapi orang sekarang lupa, sampah pun ada nilai sebab kita boleh kitar semula)...
 
bila minum kopi kadangkala kita mabuk sendiri…
tenggelam dalam aroma dan nikmat kopi…
sehingga apa yang terluah tidak disedari…
mungkin bahagia bila kita lihat kembali…
tetapi kesannya membunuh diam hati…
benda yang kita sangka hanya jenaka manusiawi…
rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri…
hidup, tapi separuh mati…
menahan tangisan dan air mata di pipi…
dan engkau termangu sepi…

dalam mengekalkan kesetiaan sebenarnya kita terlupa suatu perkara…kita tidak boleh mempersoalkan pilihan seseorang tanpa mendengar alasan mereka…dan malangnya, perkara yang kita sering dengar apabila berlaku kecurangan, adalah tiada kefahaman antara satu sama lain…tidak begitu aneh kalau pasangan yang baru bercinta setahun dua boleh berpisah, tetapi jujurnya aku rasa ada yang tidak berapa sedap apabila pasangan yang sudah berkahwin empat puluh tahun boleh bercerai dengan alasan tiada kesefahaman…nah, apa yang berlaku dalam empat puluh tahun tersebut sebenarnya? setia? terpaksa…hanya mereka yang ada jawapannya…

ya…
kita memang perlu setia dalam hubungan…tidak kira dalam persahabatan, percintaan ataupun perkahwinan…kesetiaan yang bertunjangkan nilai kepercayaan itu memang penting tetapi, jangan sampai orang menjadikan kita sebagai satu bentuk pilihan terakhir…pastikan mereka tahu bahawa kita adalah pilihan terbaik yang mereka akan kesal jika terlepas…
hanya kerana mata dia tidak mengalirkan airmata
jangan kau sangka hatinya tidak menangis
hanya kerana dia cukup kuat untuk berdiri dengan kuat dan tabah
jangan kau sangka dia anggap semuanya baik belaka

amyzanazlan : jangan biarkan kehidupan mengubah matlamat hidup kita…kerana dengan matlamat sebenarnya mampu megubah kehidupan yang kita lalui (amyza nazlan, 10 Februari 2014)