ada ketikanya hidup kita akan dirundung
dengan masalah, satu persatu tanpa kita minta...adakah senyuman kebahagiaan
akan direnggut bersama-sama sehingga kita tidak mampu untuk kenal, apa yang
kita mahukan dalam kehidupan hari ini dan seterusnya?
anehnya, ada yang mahu berhenti
sahaja...
tidak mahu melihat ke belakang,
mempelajari sesuatu agar kekuatan melangkah kehadapan bukan satu igauan ngeri,
bahkan satu impian yang cantik murni...mengapa enggan membiarkan hati dan
perasaan lebih terbuka memulakan sesuatu yang baru dan tinggalkan yang lama
sebagai suatu bentuk pengajaran...
dan aku sejujurnya melihat apakah yang
aku mahukan dalam hidup yang sementara ini...adakah mahu terus berduka dan
mengingati kisah silam yang entah apa rasa dan perisa...ada yang manis tentunya,
dan yang pahit serta tawar juga penuh berwarna...tapi tidak ada suatu pun yang
menghalang aku daripada terus hidup dengan ceria dan memilih untuk mencari apa
itu bahagia...
diam...
tunduk membisu dan teruskan pembacaan
satu persatu...anak yang keletah bercakap, kuat ketawa dan senang senyum ketap
gigi tanpa meluahkan bicara sudah semakin senak pemikirannya...mahu menjadi
yang terbaik memang susah dan sukar perjalanannya...tapi anak itu tahu, dengan
menulikan telinga dengan segala tohmahan dunia, dia pasti mampu mengatasi segala...usikan
nakal, telahan gila dan cacian cerca sudah lama dia hadam walaupun tekaknya
luka...lidah kelu tetapi jari gemuknya masih mahu menuntaskan bicara...beku dan
sayu...
duduk berbual dengan seorang rakan
sekerja sepanjang petang semakin membuka mata tentang perjalanan hidup
sekarang...ketawa riang dengan melemparkan segala kekusutan ke dalam naluri
paling dalam sebenarnya lebih banyak menjadikan diri mampu berdiri hari
ini...setakat telahan manusia yang langsung tidak menyelami apakah makna yang
terselindung disebalik aksara beku yang dipaparkan buat dunia, sekali lagi,
lantangnya tulisan dan bicara sarkastik hanya mampu diterjemahkan bila dia
punya sengihan yang menafsirkan celakanya dunia...
senyum sinis...
istilah sombong, bangga diri dan bongkak
pernah dilemparkan sehingga manusia beku ini termangu...tidur malam sudah jadi
tidak menentu apabila memikirkan betapa manusia yang tidak mengenali dan
menyelami kiasan hidup sewenangnya melahirkan rasa hati bagaikan menghembuskan
nafas di muka sendiri...ah! untuk apa meninggi diri sedangkan hidup ini
ternyata hanya sementara dan diri beku ini bukan sesiapa di dunia...tiada yang
mengenali bahkan terperuk sahaja membaca satu demi satu benda kaku yang
dilayangkan menggunakan teknologi...indah manusia menjadikan kehidupan inisuatu
tempat yang membuang taman permainan dari senarai tempat kegemaran...
harapan...
kadangkala ianya kosong dan perlu diisi dengan berhemah agar apa yang dikeluarkan tidak pernah akan membebankan...kesakitan juga dapat dihindarkan...bahkan, diri pasti akan penuh dengan senyuman...walalupun ramai yang akan mencebik dan menolak sebuah impian, siapalh mereka untuk menafikan hak kita dalam kehidupan? bahkan kita seorang insan...binatang juga punya hak, apatah lagi kita yang bukan haiwan...ah, menyelam dan berenang sambil ketawa riang dalam lamunan...
kadangkala ianya kosong dan perlu diisi dengan berhemah agar apa yang dikeluarkan tidak pernah akan membebankan...kesakitan juga dapat dihindarkan...bahkan, diri pasti akan penuh dengan senyuman...walalupun ramai yang akan mencebik dan menolak sebuah impian, siapalh mereka untuk menafikan hak kita dalam kehidupan? bahkan kita seorang insan...binatang juga punya hak, apatah lagi kita yang bukan haiwan...ah, menyelam dan berenang sambil ketawa riang dalam lamunan...

satu demi satu babak yang dibayangkan
muncul di kaca mata...
bagaimana segalanya dilakukan dengan
terperinci, disusun bagaikan mengarahkan sebuah filem seram berdurasi satu
setengah jam...sempurna tanpa satu cacat cela dengan watak utamanya hanya berdua
dan pengakhiran yang nyata, pengkhianat akan mati ditangan pencerita walaupun
entah berapa kali jalan cerita berubah...pastinya, mati itu adalah
tujuanwalaupun hakikatnya bangun dan menangis mengenangkan betapa celakanya
manusia yang mengkhianati sesuatu yang indah dan dirai...
tetapi, itu kalau kita dipihak yang
merasai kegagalan yang amat sangat...
kita disebelah tembok yang menahan
kesakitan bagaikan ditembak...
kita dibahagian yang menadah diri dengan
tikaman bertubi kenyataan kejam...
itu kalau kita disitu...
tetapi bagaimana di pihak yang mungkin
merasa kesal akan perbuatan mereka?
dan itu antara penyebab mengapa aku
memilih untuk terus kekal gembira...untuk terus ukir wajah ceria...kerana aku
tahu akan berhak memilih yang terbaik dalam hidup aku sendiri...cukup sudah
memberikan terlampau banyak untuk orang lainsehingga diri sendiri tidak
mengenal erti gembira yang sebenar...
doa kuat – kuat agar esok membawa
bahagia...
bisik pada telinga moga mentari kekal
bercahaya...
nota kaki :
-
cuma
gambar ini sahaja yang ada buat masa ini...
-
tahukah kamu bahawa sesuatu bernda itu boleh
disangkal mudah oleh minda tetapi kedegilan hati terhadap sesuatu perkara
ibarat mencungkil kotoran degil sicelah sisip kaca makmal...
amyzanazlan : ketawa riang aku mahu kamu
rengut...ini bukan padang ragut yang penuh dengan haiwan berjanggut, ini bukan ladang
ternakan yang penuh dengan rumput...ini sebuah hati yang sedang mereput...
No comments:
Post a Comment