kenapa
aku seperti mewujudkan dinding antara diri aku dengan manusia lain…peramah,
senang didekati tetapi sukar untuk difahami…bila Kopi menyatakan demikian, aku
menyedari sesuatu…Kopi, seperti juga bantal busuk, dapat melihat jauh ke dalam
diri aku yang berusaha keras mengasingkan diri daripada disakiti lagi…
sakit…
lali
dibawah pengaruh lambakan pil berwarna biru lagi..
biarlah…
senyum…
dinding
tidak kelihatan…
aku
mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira
walaupun hakikatnya aku sendiri yang cedera…disebabkan pernah tercedera dengan
teruk suatu ketika dahulu, aku mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa
yang aku lalui…walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling aku tersenyum
gembira, aku akan tersukan juga…ah, bukankah aku perlu senyum supaya semuanya
sentiasa baik? hakikatnya, kesakitan itu semakin lama, semakin memakan diri dan
ternyata, aku yang tanggung sendiri…
senyum…
sakit
sendiri…
ubat
sendiri…
sembuh
sendiri…
itu
prinsip diri…
Kopi : kenapa awak
bina dinding antara awak dengan orang lain?
Frappucino : dinding?
Kopi : ya, awak
bina dinding dari didekati orang lain…sebab awak selalu terluka?
Frappucino : mungkin…entah,
hati saya macam kaca…
Kopi : maksudnya?
Frappucino : hati saya
macam kaca…penuh calar balar, penuh parut hodoh menahan sakit dan sengsara…saya
bertahan dan saya takut, kalau satu hari nanti kaca ini pecah, saya akan
lukakan diri sendiri dan orang sekeliling saya…kalau saya sendiri tidak
mengapa, tapi bagaimana dengan orang lain?
Kopi : faham…

blog
ini tempat aku mencurah rahsia hati…
blog
ini tempat aku simpan kemas coretan buat mereka yang mengerti…
blog
ini bukan sekadar tempat aku bermain seni…
blog
ini lebih kepada perwakilan diri…
Kopi,
paling dekat dengan aku…Kopi adalah pencentus idea aku dalam segala segi…
tidak
memilih warna kulit…
sesiapa
yang kenal aku di alam reality dan juga maya, tahu aku tidak pernah memilih
kawan…bahkan orang sering bertanya kepada aku, bagaimana aku boleh kenal dengan
mereka – mereka yang mungkin sungguh asing daripada aku…aku seorang yang mudah…orang
buat baik dengan aku, aku juga buat baik dengan orang…orang buat jahat dengan
aku, balasannya aku akan fikirkan mengikut keadaan…mudah kan?
dan
aku perlu tahu sesuatu…
tidaklah
penting mungkin bagi kamu…
tapi
penting untuk aku…
kalau
aku sudah menyukai seseorang itu (sebagai contoh : lesung pipi yang ada di pipi
kiri dan kanan Kopi), aku memang suka sepenuh hati…aku tidak kita apa yang
terjadi pada diri…
senyum…
itu
sebagai contoh terdekat aku…
keluarga
kekuatan diri…
begitu
juga halnya dengan keluarga…
itu
antara penyebab kenapa aku perlu kuat…
walaupun
kekuatan aku sering diuji dengan perbalahan kecil dan ujian berskala sederhana
daripada keluarga, aku mengerti tanpa mereka, aku mungkin sampah yang tiada
nilai di dunia…
air
mata tumpah…
setiap
malam aku tewas…
aku
kalah…
kemarahan
aku membuak seiring dengan kesakitan aku…
pertahanan
diri aku dicerobohi dengan kata – kata yang memakan diri...
aku
sedar yang aku bukan baik…
aku
manusia jahat…
orang
lain semua malaikat dan aku salah…
tidak…

anak
ini anak bius yang tidak pernah berjaya…
aku
kan si tuba
yang tidak pernah memberikan apa – apa…
siap
aku mahu dibandingkan dengan mereka yang lebih baik dan mulia?
aku
bukan ada nilai signifikan ataupun bermakna…
aku
manusia penuh cela…
kisah
aku dijaja…
dari
mulut ke mulut barangkali sedangkan Kopi tidak punya masa di darat untuk di
dekat oleh semua makhluk manusia…
bila
berjumpa, semua mata serong memandang aku yang terpinga – pinga…
ah,
nasib baik masih ada yang bocorkan rahsia…
baru
aku tahu nilai aku pada mereka…
senyum…
kesat
air mata…
kenapa
aku terlampau mengikut hati?
biarlah
orang lain mahu benci…
aku
patut mati sendiri…
aku
tidak pernah kata aku baik…
aku
tidak pernah mendabik dada kononnya aku telah berjaya…
bahkan
aku bukan apa – apa…
aku
tiada nilai dimata semua…
tapi salahkah aku amhu
sedikit bahagia?
salah!
walaupun kau dilamar
pekerjaan dahulu berbanding mereka, aku tetap ada cela…
kau pemalas, kau penuh cacat
disetiap aspek pada pancaindera mereka…
senyum, duka…
pahitkan?
aku telan sahaja…
senyum…
kuatkan diri…
girangkan hati…
kau tahu kan ?
aku senyum bukan kerana
semuanya baik…
tapi aku percaya semuanya
akan baik kalau aku senyum…
cukuplah…
aku sudah lali dengan jarum
halus penuh sakit dan benci…
:: menangis sambil ketawa itu bagus
walaupun tahu hati bengkak menahan rasa hati ::
:: sejuk ::
:: perlukan tidur selepas mengambil
banyak ubat secara berlebihan, tapi mata tidak mahu mengikut kehendak tubuh…susah
untuk dimengerti bukan ::
amyzanazlan :
kadangkala aku tahu aku perlu mengalah…tahan segala marah…sebab mengalahnya aku
buka beerti aku kalah…tapi lebih kepada kemenangan mutlak suatu hari nanti…buat
masa ini, biarlah mereka semua bergendang dan menari…aku kurung jiwa dalam satu
almari (selasa, 18/2/04)
:: pesan Kopi tercinta pada
Frappucino tersayang ::
“ jangan sedih kalau ada yang
tak faham kita, kita hidup bukan untuk mendapat redha manusia…tapi kita hidup
untuk tunaikan perintah allah “
“ tak semua rindu boleh
diluah…
tak semua cemburu perlu
diberitahu…
tak semua sayang harus
ditunjuk…
ada perkara, lebih baik
menjadi rahsia “
No comments:
Post a Comment