benda
yang paling mana – mana perempuan (biasa) benci dengar adalah berat badan tiba –
tiba meningkat tanpa disedari…tambahan pulan, dengan diumumkan dalam satu bilik
yang dihuni dengan aanya manusia lain, syukur juga lantai diperbuat daripada
simen…kalau daripada tanah, barangkali sudah digali dan disembuyikan muka…
hehehe…

benda
begini adalah benda bukan rutin buat aku…bahkan kali pertama berhadapan dengan
kesukaran untuk menolak dan saling berbolak balik dengan pendirian sendiri…aku
amhu penuhi keinginan mengurangkan berat badan mendadak sebelum menemui
pengamal perubatan pada pertemuan akan datang, tapi dalam masa yang sama aku
perlu fikirkan khasiat yang bagus untuk badan…ditambah lagi dengan kekangan
masa, godaan juadah tak kira masa --- hidup tanpa nasi aku yang berjalan baik
dahulu, malangnya aku tak boleh laksanakan ketika ini…
tunggu…
aku
perlu dapatkan penimbang peribadi…
jadi,
naik turun pasaran saham (hikhikhik) berat badan boleh diperhati…
amyzanazlan
: enaknya lihat orang mencicip minuman adiaktif kegemaran aku…sekarang aku
hanya mampu perhati dan hidu aromanya sahaja…dapat bau dari cawan orang sebelah
pun sudah bikin aku gembira…
No comments:
Post a Comment