senyap dan sunyi menyelubungi semester yang indah
berseri
aku hirup wangian yang indah menanti setiap kunjungan
cinta yang hadir dalam diri
dalam hati
sendiri
aku manusia yang tahu erti sepi
aku manusia yang faham erti sendiri
jangan kamu kocak dengan ketenangan yang aku dirikan
dengan peluh yang memercik di dahi
jangan buat begini
pilu hati
berdiri
tegak, jangan senget ke kanan atau ke kiri
biarkan takhta hati disirami air sejuk yang membeku
pawana hati
hati mahu senyum lagi
bibir mahu dikucup sekali
dengan si pemanis hati yang gemar dicumbui
bayi
aku mungkin lemah dalam erti kata dicuri dari rusuk
kiri
tapi pernahkah hati itu kamu dasari?
pernahkah kamu memungkinkan satu pengembaraan dan
mencari?
pergolakan, persengketaan ditolak ke tepi
biar ia mati
masih sedang pegang bayi
menggendong bayi
wajah suci
hati murni
bayi
bukan bayi tuan punya diri
tidak, tolong jangan salah erti
maaf, aku mahu undur diri
kalian masih punya dua hari
sebelum tarikh pertandingan tamat seperti yang telah
dijanji
pelukan, ciuman kasih sayang buat mereka yang di sana
setia pada kasih, ikatan hati
amyzanazlan : eh, adakah
kalian perasan bahawa penulisan aku kali ini diakhiri dengan huruf i sahaja? hati
aku tertawa dengan kebetulan yang mungkin naïf ini…
No comments:
Post a Comment