apa
kau ingat semua benda senang di dunia ini?
susah
kawan…
lebih
– lebih lagi pekerjaan yang memerlukan tenaga yang kuat sekaligus otak yang
sihat…
senyum…
mana
ada benda senang kawan?
jadi,
bila kau terasa bila aku menulis tentang “aku bersuami kan mamat offshore” kau
kata---bosan lah perkahwinan jarah jauh, jarang berjumpa---kau tak rindu suami
kau ke---senang hidup kau bukan, kahwin tapi macam tak kahwin je---ada lagi
kerja lain gaji tinggi dan senang, kenapa suami kau tak pilih kerja tue jer –
susah payah berpanas berhujan di lautan sana kenapa?...kau tiba – tiba mahu
sentap dan melatah, ada aku kisah? aku menutup pengenalan diri kau dengan
bersahaja, tidak aku dedah kan
kau siapa kepada umum…alasan aku mudah, aku masih punya rasa kasihan pada kau
walaupun kau mengeluarkan pernyataan yang semua orang baca pun rasa menyampah…macam
sampah…
kau : kenapa kau bercerita pasal
pekerjaan suami kau di blog?
aku : aku cuma berkongsi kisah pekerjaan
suami aku yang aku rasakan lain dari yang lain…kenapa?
kau : aku rasa kau sengaja nak perli aku
sebab nya suami aku hanya pemandu lori…
aku : adakah? selama ni aku tak pernah
tahu pun yang suami kau pemandu lori…kau bukan kenalan rapat aku, aku tak
pernah ambil kisah pasal orang lain termasuk kau…
kau : tapi aku terasa…
aku : (tercengang seketika) maaf kawan,
menulis adalah terapi buat aku…aku cuma mahu berkongsi kepada sesiapa yang
ingin tahu sahaja…kalau kau tidak suka dengah penulisan aku, sila abaikan blog
aku…senang bukan?
kau : tapi aku suka baca setiap dari
penulisan kau, terasa dekat di hati aku…tapi entry kau pasal pekerjaan suami
kau buatkan aku terasa…
aku : aku minta maaf sekali lagi untuk
kau, walau pun aku tak tahu apa salah aku…aku tiada niat untuk nak sakit kan
hati sesiapa dengan setiap penulisan aku…aku menulis cuma untuk mengisi masa
terluang aku…lagi satu, suami aku suka aku menulis…bila dia balik kedarat nanti
dia akan baca setiap tulisan aku…dia suka aku menulis dan bercerita, ini secara
tidak langsung aku menulis untuk menghiburkan hati suami aku…
kau : adakah aku salah?
aku : aku tak tahu, kau fikirlah sendiri
kau : (tiada lagi balasan text selepas
itu)
ketawa…
buat
Kopi (panggilan manja aku untuk suami aku dalam setiap penulisan aku)…

ini antara pesanan Kopi buat
aku
tidak ada jalan pintas…
alangkah telur pun ambil
masa menetas…
jangan nampakkan sangat
yang kita tidak cerdas…
bila ditembak berdas-das..
jangan kata itu kesukaan
bila berbicara…
nanti itu akan mengundang
celaka…
bukan setakat pada masa
hadapan negara…
lebih – lebih lagi pada
anak harapan bangsa…
jangan musnahkan impian
lain manusia…
dengan sikap kita yang akan
mengundang orang rasa kecewa…
aku
: dalam proses akhir menulis untuk sesuatu…masih lagi membawa satira reality sebuah
kehidupan yang meralitkan diri serta mematangkan pemikiran dalam menongkah
sebuah arus cabaran…hidup ini sesuatu yang indah, lebih membahagiakan bila
sudah punya Kopi yang amat memahami…
No comments:
Post a Comment