madu
itu sepatutnya rasa manis…
bukannya
hamis…
ataupun
mendera perasaan menjadi sadis…
hati
sakit seperti digilis…
madu
itu sepatutnya dikaitkan dengan betapa cantiknya sebuah perkahwinan…ya,
kebahagiaan dan kegembiraan yang dirasai antara dua manusia yang berkongsi
rasa, dan lebih daripada itu sebenarnya, mencambahkan kesenangan manusia…itu
sepatutnya yang diperkatakan tentang madu, kemanisan dalam berumahtangga…

bukan
akhi yang sesuai untuk bicarakan sesuatu seperti ini.
masih
banyak lagi khilaf dan entah apa lagi…
tapi,
kalau setakat kau menjalinkan hubungan tanpa sah seperti hanya bercinta (dan
mungkin juga bertunang), aku tidak pasti mana penggunaan madu dibenarkan dalam
hubungan sedemikian rupa…adakah dengan kehadiran orang lain dalam hidup kau dan
dia, kau anggap itu latihan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan? menerima
kewujudan manusia lain kononnya dengan hati terbuka, tapi hati kau bertempik
menyatakan jalang tanpa henti…
itu
bukan madu…
itu
hempedu…
kau
cuba menyatakan semuanya baik dengan harapan kebaikan kau akan dibalas dengan
kebaikan juga pada akhirnya…tapi kau tidak menyedari, kau sedang buka ruang
kelemahan untuk dimasuki oleh manusia yang sanggup buat apa sahaja asalkan
keinginan dia dipenuhi walaupun kau akan dia sakiti…ya, manusia sedemikian
rupa, tiada rasa malu walaupun perlu berjalan tanpa seurat benang atas muka
bumi – jika dengan melakukan sedemikian, segala hajatnya akan termakbul…dan
berhentilah jadi sedikit bebal dengan percaya manusia akan baik sahaja kalau
kau baik dengan mereka…tidak salah kurang percaya dengan orang lain…
bukankah
berhati – hati itu bagus?
Puan
Mulia pernah beritahu aku satu benda buat aku terfikir suatu benda, katanya
segala benda atas dunia ini tidak diperolehi dengan mudah…maaf kalau aku silap,
tapi begini bunyinya :
"bila kita buat baik dan dibalas baik, itu perkara
biasa"
"bila kita buat buruk tetapi dibalas buruk, itu perkara
biasa"
"bila kita buat baik, tetapi dibalas buruk, itu juga
perkara biasa"
"tetapi, bila kita buat buruk, tetapi dibalas dengan
benda baik, itu perkara luar biasa"
jadi,
aku sendiri tidak pasti, bila kau buat pilihan untuk lihat sahaja manusia lain
mahu memcemarkan hubungan yang kau bina setengah mati, apakah yang sedang
bermain dalam fikiran kau…terlalu lembut atau sudah terlampau penat barangkali?
amyzanazlan : hidup ini bagaikan sebuah buku…tidak perlu kita
melangkau ke muka surat
terakhir untuk melihat pengakhiran sebuah perjalanan…lebih baik kita penuhi
setiap satu halaman dengan benda yang baik dan bermanfaat. (amyza nazlan, 9 Februari
2014)
No comments:
Post a Comment