menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, January 9, 2012

kadangkala perasaan itu sukar digambarkan...

saya tahu manusia sukar lihat saya - manusia yang tidak punya aper-aper di atas dunia, apatah lagi sedikit paras rupa menjadi taruhan manusia lain memilih untuk memulakan persahabatan, tapi disebabkansudah pandai menerima hakikat sejak sekian lama, saya mahu buat endah tidak endah sahaja...walaupun harus diakui, hati sedikit tercalar dan saya hanya layak memendam rasa...betapa sukar mahu memujuk hati, menerima bulat-bulat aper sahaja orang kata, meminta maaf atas kesalahan yang bukan saya punya dan berpura gembira supaya orang di sekeliling tidak nampak saya terluka dengan sikap mereka...kalau lah hati ini boleh dikeluarkan dan ianya ibarat cermin ataupun kaca, pasti nya boleh dilihat kesan retak, kesan pecah, kesan ditampal dan tidak termasuk calar balar akibat bertahan dengan keadaan sekeliling...

banyak benda yang secara jujurnya sangat melibatkan hati dan perasaan...cume perlu cantumkan kepingan hati, jeruk perasaan dengan harapan mahu bertahan, tapi pada satu peringkat ianya mahu dilepaskan walaupun diri sendiri tahu, ia bukan sahaja bakal melukakan orang lain, tetapi diri sendiri juga...kalau diberi pilihan, ianya mungkin tidak sanggup melukakan hati manusia lain disekeliling, tapi penderitaan yang ditanggung menyebabkan tekad itu bulat, mahu melepaskan diri dari kesengsaraan...persoalannya, berapa ramai yang berani untuk keluar daripada itu semua???...sanggup menutup mata dan jiwa demi kelangsungan hidup sendiri???...

manusia boleh ketawa, silakan...
manusia boleh menghina, mulakan...
manusia boleh membuat aper sahaja, relakan...

kadangkala, memilih untuk menanggung sendiri penderitaan yang dialami bukanlah untuk menyatakan yang diri sendiri sekuat mana, tetapi cuma tidak mahu orang lain terpalit dalam kisah duka diri sendiri...hati sering berdoa, semoga diri mampu menghadapi segalanya dengan tabah, tidak kira bagaimana pengakhiran sebuah ceritera – pujuk diri agar mampu untuk memulakan segalanya semula walaupun payah...

dan, aper yang perlu dilakukan???...mulakan semuanya semula bila diri terhenti di suatu persimpangan, tersesat, diri akan kembali berfikir bagaimana mahu mengatasinya...walaupun ianya akan mengambil sedikit masa, membuang sedikit tenaga, tetapi tumpuan mahu mencari tempat yang sepatutnya, tidak menghalang diri untuk meneruskan perjalanan walau dipenuhi dengan dugaan serta cabaran...

perasaan boleh dikelaskan kepada beberapa cerapan...ader perasaan sedih, perasaan suka dan kadangkala diri sendiri tidak pasti aperkah perasaan itu...dalam mengambarkan perasaan suka, melalukan perkara bodoh yang mampu mengguris hati manusian yang pada orang lain bahawa diri sedang diulit perasaan bahagia sendirian ataupun menyakinkan diri bahawa biarlah segalanya berjalan dengan rahsia supaya tiada siapa yang mampu mengacau kesempurnaan kehidupan yang didambakan...

aneh...
manusia itu unik...
manusia itu pelik...
tetapi hanya manusia yang memahami manusia secara seluruhnya...

kasih sayang dan cinta itu kadangkala macam menunggu di stesen kereta api...kadangkala kereta api akan sampai, tp bukan ke destinasi seperti yang dimahukan...kadangkala, kereta api terlepas walaupun telah lama menunggu...kadangkala tersalah membeli tiket...menunggu terlalu lama, tetapi kereta api tidak juga kunjung tiba mengikut jadual...bila terlalu lama menunggu, mula putus asa tetapi akhirnya kereta api tiba...
ader kah diri manusia yang akan terus menunggu???...
ataupu manusia yang enggan menahan lagi perasaan dan terus berdiri meluahkan hati yang terbuku???...
saya suka awak...
saya cinta awak...
saya tidak perlu berjuta alas an untuk mencintai awak...
kehadiran awak dalam hidup saya sudah memadamkan segala alasan yang saya boleh cipta demi cinta awak...
mungkin kadangkala saya bersikap sambil lewa, dingin ibarat musim salju tetapi awak tetap manusia yang saya tunggu setiap hari dan bukan nya secara rawak...
awak manusia yang saya ingati bukan setakat dalam pemikiran tetapi dalam setiap doa yang saya panjatkan pada Maha Esa...
awak mungkin ketawa bila menyedari semua ini, tetapi ini lah kenyataan nya...

senyum lah demi kebahagiaan...
berkorbanlah demi kesempurnaan...
hidup kita, kita yang tentukan...
“menunggu sepanjang hari bukanlah satu kebodohan kerana disitulah aper dimahukan sedang diuji...kadangkala orang yang  disayangi itu suka menguji...kejab dier muncul, kejab dier menghilangkan diri...bila diri ini terasa diperlukan, dier hilang bersembunyi...bila diri ini konon nya tidak mahu ambil kisah, dier memunculkan diri...senyumlah, kerana senyuman yang muncul di wajah akan sentiasa kekal sepanjang hari”
 

No comments:

Post a Comment