sebelum
tidur semalam, dengan rasa sakit sedikit di lidah dan sakit dalam hati
(huru-hara manusia ini) – saya buka satu persatu gambar dan pembacaan saya
waktu zaman masih belajar…kebetulan, saya terbaca tentang penerbitan buku yang
pernah saya terbitkan satu ketika di waktu bulan begini, sekitar tiga tahun
lepas…penerbitan buku accounting untuk pelajar semester baru…terasa amat
bermakna kerana impian saya untuk menerbitkan sebuah buku tercapai juga
akhirnya…sedang itu juga, saya bertungkus lumus dengan projek master…menggila
demi aper yang dipanggil segulung ijazah kedua tertinggi atau lebih dikenali
dengan master…

nama
dier aisha…dan saya rasa, nama itu sesuai dengan orang nya…penyabar…mungkin
sebab saya cakap banyak, suka memekak kuat kuat ketika menghafal formula dan
terima kasih pada kerjaya yang saya pilih, saya memang sesuaidengan kerja
bercakap…tapi kini, ahhhhhh (tidak mengapa kerana bukan itu yang saya mahu
cerita kan sekarang)…kadangkala segan sebab bising dengan banyak cakap dan saya
kelauar bilik – pergi bising di bilik sebelah (seorang kakak dari yunan dan
seorang kakak dari terengganu – dan kedua kedua mereka sudah berkahwin)…aisha
lebih mesra dipanggil dengan nama penuh – aisha…mengajar saya banyak benda
dalam diam…dalam diam dier, dier buat kan saya jadi manusia lain bila dalam
bilik dan bila saya dibilik bilik kuliah…dan dengan dier, saya mula kenal jiwa
yang saya buna gsayu ketika dahulu…
aisha
teliti, dan saya suka tengok dier bekerja dalam bilik…tekun…ader orang kata,
kita kena sebilik dengan orang yang sama kursus dengan kita – jadi kita punya
daya saing akan lebih tinggi dan sikap berlumba itu akan dalam keadaan maksima…tapi
saya sebilik dengan dier yang lain kursus, saya lebih tekun saya rasa, walaupun
saya agak suka bercakap…aisha orang nya bijak – jadi saya mahu jadi standing juga,
walaupun ukuran penilaian kami berbeza…
kini
sudah beberapa tahun berlalu – sejak saya jumpa aisha…terima kasih pada
teknologi sebab kami masih lagi dapat berhubung…saya masih lagi dapat baca
tulisan dier, saya masih lagi dapat menerjah gambar dier, berdoa agak ader
pertemuan dengan dier sebab acap kali saya turun ke ibu negara, saya tidak
berkesempatan untuk bertemunya…dalam banyak banyak benda yang saya rindu dengan
aisha, saya rasa, saya rindu duduk makan dengan dier…sebab banding dengan saya,
dier makan dengan sopan dan memang terserlah sifat kewanitaan nya…dan saya agak
kurang sedikit, bukan sebab gelojoh…tapi kasar mungkin dan kalut bagai kata
kawan kawan yang kenal dengan saya...saya manja sebenar nya, tapi manja itu
mahal dan tidak semua mampu untuk dapat kan kemanjaan saya…agak kelakar mungkin
dengan kenyataan ini…
malam
tadi saya mimpi dier…saya harap bila saya berkesempatan nanti, saya jumpe dier…sebelum
sel sel badan saya mengkhianati saya seperti sebelum ini, saya harap akan ader
pertemuan…dan saya, bila saya mimpi bertemu dengan kawan lama, saya tahu aper
makna nya itu…
saya
sudah terlalu rindu…
“ kadangkala saya rasa saya
bukan kawan yang baik…sebab saya tidak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan kawan kawan saya yang hebat…tapi saya bersyukur, sekurang kurang
nya, mereka hadir dalam hidup saya – memberi saya sebab lebih kuat untuk terus
jadi manusia “