menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Thursday, August 2, 2012

hebat nya wanita itu...

lagu itu berkumandang kuat malam tadi…kurang seminit dier mngundang panggilan itu…mendengarkan suara seorang wanita yang dier kagumi dan hormati dalam diam walaupun hanya ader beberapa kali sahaja pertemuan – akan tetapi setiap pertemuan yang dirancang dan tidak dirangcang itu terasa sangat bermakna…menyambut panggilan ituhampir sahaja buat dier rapuh dengan keputusan yang dier buat…tapi seperti yang diingatkan oleh sahabat-baik-pijak-kepala-sampai-mati, dier perlu tegas dengan aper yang dier mahu…

alhamdullilah, dier rasa dier sudah menggunakan ayat paling baik dengan tidak melukakan hati sesiapa dan wanita tersebut menerimanya…bahkan, dengan siri pertanyaan yang panjang dan tidak berhenti serta jawapan dier menerangkan aper yang berlaku – wanita itu tidak lupa menyelitkan nasihat supaya dier terus tabah meneruskan hidup…soalan wanita itu yang mungkin sedikit lirih dier dengar :

“ myza baik tak nie??? “
tentu dier baik baik sahaja…kalau dier kurang baik dari segi emosi dan mental serta fizikal, mungkin dier sudah lama rapuh dengan segala yang melanda…bahkan dier sebenarnya lebih risau akan keadaan wanita hebat berkenaan…tahu banyak yang sudah wanita itu tanggung dan episode yang menyentuh hatinya buat masa ini – tidak perlu sebenarnya dier hadapi itu saat ini di ssaat bulan mulia…entah, dier hanya dapat berdoa supaya aper yangwanita itu hadapi di kurang kan bebanannya…

ader sesuatu yang paling dier setuju dengan wanita hebat itu semalam…sesuatu yang sudah lama dier sematkan dalam hati dalam mengajar diri supaya terus tabah hadapi aper sahaja walaupun hakikatnya dier perlu korbankan kehendak diri dan banyak benda lagi…

kita boleh kenal ramai orang…tapi kita tak boleh kawal jodoh…mungkin kita kuat berusaha tapi kita dipertemukan dengan orang yang tidak pernah mahu hargai…cari kebahagiaan myza sendiri…itu penting buat masa ini…sudah cukup myza derita selama ini
tapi macam yang dier cakap dengan wanita tersebut – dier tidak anggap itu derita…itu cubaan, ujian yang dier dengan wanita hebat itu terima – situasi yang sama cuma peranan kami berbeza…wanita itu bahkan punya peranan yang lebih penting dan wanita itu pastinya terluka lebih banyak daripada dier yang bukan sesiapa dalam sebuah bulatan yang kita panggil keluarga…dier hanya orang luar yang mungkin terselit di dalam sebuah cerita…

aper pun, dier jujur sayang wanita hebat itu…
amat…

maafkan myza…myza buat keputusan begini lepas saya fikirkan banyak perkara…myza memilih untuk pilih dan cari kenahagiaan diri sendiri dan dengan aper yang berlaku – seperti myza ingatkan pada anak gadis itu, kamu tetap di kedudukan yang sama, tidak berubah sama sekali

orang mungkin sering lihat senyuman di muka manusia lain…di mukanya sentiasa terukir senyuman dan manusia di sekeliling meluahkan rasa cemburu dan sakit hati mengapa senyuman tidak pernah padam pada wajahnya…tetapi, dier mungkin senyum bukan kerana hidupnya sempurna…bahkan mungkin senyuman itu sebagai satu symbol dier kuat mahu hadapi aper sahaja…senyuman itu untuk dier terus tabah berjalan atas dunia tanpa perlu hadam tekanan yang tidak pernah padam…

“ jika seseorang mahu bersama dengan kamu, tiada aper yang mampu membuatkan mereka menjauhkan diri…mereka akan melakukan aper sahaja asalkan mereka dapat bersama kamu…malangnya, sesetengah manusia lebih selesa memilih untuk mengabaikan sahaja dan berharap agar hubungan kekal nilai yang sama tanpa usaha “

2 comments: