menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, August 13, 2012

kata kuncinya : jangan usik hak orang...

minggu terakhir Ramadhan bakal meniggalkan kita dan entah bila mahu bertemu lagi…hujung minggu bila melalui jalan jalan yang manjadi tumpuan umum yang membeli belah, rasa mahu hentak kepala dicermin kereka…sesak sehingga jalan yang sepatutnya tidak aper aper pada hati biasa, boleh buatkan terperangkap lebih setengah jam…kegilaan aper kah???...

seperti tahun tahun yang sebelumnya juga…dier pasti membeli belah raya sambil ditemani oleh satu satunya adik yang dier ader…buah hati pengarang jantung, kemana sahaja, pasti ader adik menemani…terima kasih adik kerana menjadi adik yang terbaik di dunia – sampai hujung nyawa sekalipun, tiada gantinya lagi adik yang hebat seperti ini…

sewaktu membeli belah, bila nampak keluarga lain yang mengheret anak ramai memilih pakaian dan keperluan raya – pastinya mengimbau kenangan sendiri yang melalui benda sedemikian…tapi yang bezanya, keluarga dier tidak ramai – cuma dier dan adik dahaja…dua beradik yang berbeza jantina tapi punya citarasa yang agak sama…macam semalam, ader budak kecil yang sentuh sentuh kasut sebab nak pilih agaknya, mak dier datang dan cubit tangan dier kata jangan sentuh barang orang…pemutusnya, budak itu menangis dan hentak hentak kaki di lantai…

kata kuncinya adalah : jangan sentuh barang orang…

barang orang, hak orang, kepunyaan orang : serasanya mempunyai pengertian yang hampir serupa…sejak dari kecil, kita diajar oleh ibubapa dan orang dewasa lain untuk tidak mengusik atau menyentuh barang orang lain…cuba sahaja ke rumah orang sewaktu beraya – pastinya ibubapa dalam kereta sudah mengingatkan supaya berkelakuan baik dan jangan merayau dan emncuit cuit barang sesuka hati di rumah orang lain – hatta rumah datuk/nenek sendiri kan???...konsep itu sudah diamalkan dan diterapkan sejak kecil…

malangnya, bila menginjak dewasa, sesetengah daripada kita terlupa dengan konsep tersebut dengan mengambil kira rasional kita sendiri yang kadangkala langsung tidak rasional…dihijabkan pandangan atas dasar suka suatu benda itu – tidak kira barang, hatta manusia sekalipun – kalau kita suka, kita mahu dapatkan juga…caranya : cantas laluan orang dan masuk bersaing dan malangnya bukan secara sihat…dalam erti kata lain, sailing hak orang…

banyak sebenarnya pendapat tentang perkara ini sepanjang pengamatan dier sebagai seorang yang ulat buku – seorang yang suka menulis dan seorang kawan kepada ramai sahabat ketika menuntut di pusat pengajian dulu…pengalaman diri sendiri dan pengalaman dari sahabat sahabat…

#              kekasih orang : ala, baru kekasih orang…aper yang nak kecoh sangat…bukan jadi hak milik rasmi lagi…persaingan masih terbuka – siapa yang dapat dahulu, dier yang punyalah kan???...tak payah nak fakir hak orang lain kea per…kalau hak tue maksudnya dah kahwin…nie kalau setakat bercinta, hak apernya???...mana ader hak sebagai kekasih atas dunia nie???...

untunglah kalau semua kekasih orang kamu boleh sebat buat sesuka hati kamu sebab kamu anggap dier bukan hak mutlak kekasih dier lagi…habis nanti, kalau kamu punay kekasih (setelah kamu berjaya sailang contohnya) – bolehkan orang guna alasan yang sama untuk cantas kekasih kamu pula???...bolehkan???...kata bukan hak sesiapa dan persaingan terbuka macam tender kantin pejabat – maka, semua orang ader hak nak bida kan???...konsep pembalasan balik itu ader…jangan lupa…

#              tunang orang : belum kahwin…setakat tunang boleh putus…alangkah kahwin pun boleh bercerai, inikan setakat tunangan orang…belum tahu hubungan mereka stabil…entah entah sebab lama sangat bertunang, mereka dah bosan dan terpaksa sahaja meneruskan perkahwinan sebab tak mahu ader keluarga yang malu…yer ler, dah betunang hebat dengan pelamin bagai – takkan nak putus tunang pula kan???...tapi, kalau tunang orang tue pun rela, aper salahnya menyelit dalam hubungan kan???...

main sedap jer erh???...padahal dalam agama pun dah diingatkan jangan menganggu tunangan orang…kalaupun dier itu kekasih lama kamu yang sudah berjanji sehidup semati walaupun kubur berasingan  - tunang orang tidak boleh diganggu…cuba sekejab letak diri kamu dalam situasi pasangan dier…aper perasaan kamu, bila dah bertunang – dah ikat sebelah kaki dengan pasangan dan tunang kamu kena rampas dengan orang lain???...kamu suka erh???...

#              suami/isteri orang : perkahwinan mereka tak bahagia…pasangan duduk jauh antara satu sama lain, jadi cuma temankan sahaja bila sunyi…entah macam mana, boleh tersangkut pula…padahal cma nak kawan kawan sahaja…

hakikatnya, kenapa perlu masuk dalam hubungan yang suci itu???...perkahwinan dibina atas pernikahan yang suci – ikatan dua jiwa – tidak kira mereka punya masalah ataupun tidak, kamu sebagai orang luar, tidak ader hak untuk kacau dan masuk campur (kecuali kamu berkaitan dengan undang undang contohnya)…kalau tak, jauhkan diri dari meyemak dalam urusan rumahtangga orang lain…kalau bermasalah sekalipun, itu bukan alasan untuk bercinta dengan salah seorang daripada mereka…gila ker aper???...

kalau kita ader orang yang kita sayang sepenuh hati, jaga dier baik baik…bukan abaikan dan apabila terlepas, kita mengogoi sekuat hati kerana kita tidak tahu – siapa yang bersedia untuk mengambil kepunyaan kita pada bila bila masa…kalau tidak manusia, siapa tahu yang ambil itu adalah Yang Maha Kuasa???...
“ ader orang kata, bila seseorang itu berpacaran dan menjadi hak orang lain, nilainya di mata orang lain menjadi tinggi secara tiba tiba dan terus menjadi tarikan magnet untuk semua…betulkah??? “

4 comments:

  1. Sokong sangat entry nie :)
    Nice sharing .

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang tak paham apa sebab wujudnya orang macam tu c:

    ReplyDelete
  3. mungkin sebab dier dengki kot bila tgk org len bahagia...

    ReplyDelete