menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, August 8, 2012

permulaan pertama...

yer, langkah pertama dalam setiap perhubungan adalah mungkin perkenalan…macam kita membaca buku bahagian yang kita nampak dulu adalak pengenalan walaupun dier percaya sesetengah daripada kita suka melangkaui bahagian tersebut…entah kenapa walaupun harus diakui itu bahagian yang dier paling suka baca sebab ia akan menerangkan keseluruhan aper yang bakal berlaku dalam jalan cerita seterusnya…

aper yang selalu diperkatakan, langkah pertama yang diatur dengan baik – insyaallah, akan membawa kepada kesudahan yang baik…itu yang dinyatakan oleh seorang pensyarah dier semasa dier mengajar accounting/perakaunan dulu…secara asasnya – langkah pertama selalu melibatkan mereka yang lebih banyak pengalaman serta pengamalan…percayalah, dua benda ini berkaitan memandangkan daya penglihatan sesetengah orang adalah boleh dikaburi oleh perasaan…

fikiran yang dikuasai oleh perasaan memungkinkan kita melupakan aper yang terhidang dihadapan mata…sesetengah orang mungkin masih lagi dapat menggunakan logik akal – tetapi sesetengahnya masih lagi suka menggunakan kata hati yang acapkali menyeleweng bila dihijab oleh perasaan yang tebal entah berapa inci…hakikatnya, manusia mudah untuk menerima perkara yang mereka suka berbanding dengan aper yang mereka benci…setuju???...

itu yang membawa kita kepada perkenalan…saling kenal mengenal antara satu sama lain…mungkin selama ini hanya kenal gambar ataupun hanya berhubung melalui telefon gengam, tetapi apabila bertemu, mungkin aper yang dilihat selama ini agak menyimpang daripada realiti…tidak mustahil untuk dua orang yang tidak pernah bertemu untuk menjalin perasaan hati…sebab itu ader pendapat yang mengatakan bahawa – hati manusia itu aneh…kita tidak akan dapat mengagak aper yang seketul darah merah boleh bawa kita…yer, seketul darah yang berharga…

persoalannya – aper kah langkah pertama disusuli dengan langkah seterusnya ataupun dibiarkan sahaja tergantung tanpa tindakan yang sewajarnya???...pastinya usaha dan doa tekun mohon semuanya berjalan dengan lancar tanpa ader masalah supaya kebahagiaan itu mendekati dan kegembiraan itu menjadi hak milik setiap insane yang hadir dalam sesi pertemuan…bukan kah hati yang bertaut kerana allah itu lebih baik berbanding dengan perkenalan sia sia yang tidak membawa kemana mana???...
“ usia perkenalan bukan suatu jaminan kita mengenali seseorang “

4 comments:

  1. fantasi xsllunya seiring ngan rialiti., well., bgntung pd luck msing2 la., tul x., ada masa kita patut tau bila kita kna foword lbih jauh atau just stop it in the middle.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, u r really really true :)nape amyza tk penah terpikir sblm nie...ader masa kita kena teruskan n ader masa jugak kita patut berhenti dekat ctu...gud idea :)

      Delete