menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, November 19, 2011

sayang awak ketat - ketat tau...

lembut wanita kerana senyumannya…
cekal wanita kerana beraninya…
patuh wanita kerana kesetiaannya…
sabar wanita kerana imannya…
kasih wanita kerana belaiannya…
 
…lemah wanita kerana air matanya…
ikhlas wanita kerana simpatinya…
pendam wanita kerana cemburunya…
sayang wanita kerana sikap keibuannya…
tanpa wanita lelaki menjadi lemah…
kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…
 

Tuesday, November 15, 2011

perempuan perlu bercakap tentang perasaan mereka...

 

kadangkala semuanya baik…
kadangkala semuanya biasa-biasa sahaja…
tapi entah bagaimana, sehari hari boleh dengar pasangan yang baik berpisah, sahabat baik berpatah arang ataupun keluarga bahagia berpecah belah…termangu melihat perkara sedemikian rupa bagaikan ader kah selama ini hanya satu persembahan semata-mata pada dunia…biar di mata orang lain nampak gembira, padahal dalam diam, memendam duka nestapa…

lelaki dan perempuan…
dua jantina berbeza dan mempunyai sifat berbeza…jadi, sebagai seorang perempuan saya suka untuk menulis tentang bagaimana saya melihat perempuan sebagai ciptaan yang unik…bukan saya kata lelaki tidak unik...lelaki juga unik, tetapi nanti mungkin saya layak menulis tentang perempuan buat masa ini…memandangkan secara tersiratnya, saya sedang menjawab persoalan yang diajukan pada saya…kalau kamu baca, mungkin kamu tahu yang saya menjawab pertanyaan kamu wahai sahabat sahabat di alam maya dan juga sahabat sahabat di alam realiti…

perempuan, secara asasnya mahukan perhubungan yang selamat…kebanyakan daripada nya mempunyai pemikiran tipikal bahawa perempuan biasanya yang ditunggu, yang diberikan perhatian serta diperlukan…ader suatu naluri dalam diri yang menyatakan sedemikian - bahawa, wanita perlu dijaga…jadi, mungkin disebabkan itu, wanita paling mudah untuk rasa tidak selamat dalam perhubungan… 

cinta sebagai contohnya…perempuan sentiasa mahukan keadaan yang tidak terjejas dalam melalui suatu perhubungan…kalau tidak, ianya boleh lihat perempuan itu bekerja keras untuk berpura-pura yang semuanya dalam keadaan baik dan menyembunyikan keadaan yang dier rasakan tidak selesa dan berunsur negative…

bila seorang perempuan itu merasakan bahawa dirinya tidak selamat dalam sesuatu perhubungan itu, antara yang mudah dikesan adalah dier akan mengelakkan melakukan perkara yang diperlukannya - keluar bersama, bergayut di talifon dan menyalurkan ketegangan diri melalui gila buat sesuatu perkara lain…terlalu menjaga hubungan, gila bekerja, terlampau mengambil berat, ataupun membeli belah dan sebagainya…sebagai satu laluan keluar agar dier akan melupakan tekanan rasa tidak selamat tersebut…tetapi, dalam keadaan sedemikian juga, akibat tekanan terlampau - terlalu memikirkan sesuatu - ia akan menjejaskan kesihatan dan membawa akibat yang lebih buruk…

 
 yer…
macam yang dituliskan di awal tadi…boleh di lihat sekeliling, orang yang tidak pernah bertengkar boleh berakhir di ruang mahkamah syariah dengan menuntut penceraian… pasangan yang bahagia dan tiba-tiba dengar dimadukan dengan alasan bosan ataupun bermain kayu tiga dan sebagainya…dalam kebanyakan kisah tersebut, kebanyakan perempuan biasanya menyimpan perasaan tidak selamat mereka, memendam rasa kurang senang - hanya untuk mengelakkan pertengkaran…demi untuk hidup baik-baik sahaja, dalam diam, mereka sudah jadi lali, hingga hilang rasa untuk mencintai dan dicintai…hilang nilai kasih sayang dan yang tinggal mungkin perasaan kosong semata-mata…

dan, aper jadi apabila yang negatif mengatasi yang positif???...
perasaan kurang senang melebihi rasa kasih sayang???...
cinta mati…
kasih sayang hilang…
bahagia berlalu pergi…

perlu diakui bahawa mengelakkan pertengkaran itu perkara baik tetapi apabila ia dipendam hingga tertekan sehingga meletus pada suatu masa yang kurang sempurna, ia pastinya membawa kepada perkara yang lebih buruk pada penghujungnya…mengalah juga baik, tetapi perlu ditimbal balik dengan meluahkan secara berdepan…komunikasi dua pihak untuk mengelakkan ader hati yang terluka…

jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini???...
  • perempuan perlu bercakap tentang perasaan mereka tetapi awas, jangan sampai disalah ertikan…yer, meluahkan dalam erti kata, membersihkan diri daripada perasaan kurang enak - muhasabah diri mungkin lebih tepat…
  • pasangan boleh memberikan sokongan moral  dengan mendengar serta menyedari bahawa, mungkin dengan pertengkaran itu, sebenarnya hanyalah cara si perempuan itu mahu diri dier didengari…luahan dier tidak dianggap sebagai bebelan yang menyakitkan hati…mungkin, dengan memberikan sokongan sedemikian rupa, ia akan membantu lelaki merasa lebih bebas daripada bebanan akibat terlalu memikirkan, kenapa perempuan bersikap sedemikian rupa…
  • perempuan perlu memahami bahawa dengan bersikap menyimpan dan meluah kan perasaan tidak tentu hala, boleh menyebabkan lelaki rasa dikongkong dan cepat bosan…bercakap dengan baik dapat membantu lelaki untuk lebih merasa aper yang dialami oleh perempuan sebenarnya…dan, perlu ingat bahawa, sesetengah lelaki kurang gemar perempuan beritahu aper yang perlu mereka lakukan…
ader pelbagai cara lain, mengikut situasi sebenarnya, tetapi ini sahaja yang saya mampu kongsi buat masa ini…maaf, kesibukan melanda membuatkan saya cuma mampu membalas pertanyaan dengan ayat yang kurang sempurna dan mungkin pendek sahaja…

 

“keadaan yang dijangka sudah muncul semula…tegarkah untuk berkelakuan baik dan anggap semuanya baik-baik sahaja???...entahlah…tengok keadaan dan keperluan saya rasa”

“perlu banyakkan bersabar…benda yang baik hanya akan berlaku pada keadaan yang baik dan kalangan yang baik dan betul sahaja”

 

Sunday, November 13, 2011

maaf kan saya sebab selalu degil...

pengakuan ikhlas…
perlu diakui saya memang jarang membaca blog orang lain kecuali saya adalah peminat tegar blog tersebut hingga saya sudah hafal pautan ke blog mereka…dan yer, walaupun sekarang saya sudah serasi dengan mainan dunia blog dan sering bersosial dialam maya…tetapi di alam nyata jugak saya tetap seperti dulu…ingin kan berkawan, kasih sayang, berkeluarga… 

maaf…maaf…maaf…

disebabkan ini blog ceritadunia-amyza, blog tempat saya menulis segala benda yang saya suka tanpa dipedulikan oleh sesiapa…saya rasa lebih santai dan tenang…tapi tidak semua kisah hidup saya dan kehidupan yang saya jalani sehari hari saya humban ke sini…sebab saya jugak punya privasi saya sendiri…walau pun saya tidak dikenali di dalam dunia maya dan dunia luar bukan satu masalah bagi saya…bahkan satu anugerah…

ader orang tulis macam-macam benda bila marah dan gembira…
ader orang tulis macam-macam benda bila bahagia dan berduka…
ader orang tulis macam-macam benda bila dia hilang rasa…

jadik, bila saya duduk membaca segala status di mukabuku, twitter ataupun di e-mail…saya hanya tersenyum melihat orang meluahkan aper yang mereka rasa…ciri-ciri pasangan mereka, tidak kira lelaki ataupun perempuan…masing-masing meletakkan sesuatu yang buat saya mahu menulis sesuatu...
terlampau mengambil berat hingga tahap mengongkong…
menjadi sifat perempuan, mengambil berat semua benda…setiap daripada maklumat yang dier dengari akan menjadi satu memori…keberkesanan berapa lama memori itu akan tinggal dalam sistem adalah bergantung kepada berapa pentingnya maklumat tersebut pada diri…sebagai contoh, ulang tahun setiap ahli keluarga, ulang tahun si dier, segala jenis tarikh yang pada diri bermakna, tempat tinggal kawan-kawan, dan pelbagai lagi, hatta aper yang mereka pakai sepanjang minggu termasuk minggu sebelumnya… 

itu baik… 
tapi setiap benda baik, jika terlampau banyak…boleh mengakibatkan kesan buruk… seperti juga dadah…kalau kita makan dadah sedikit, ubat batuk atau panadol sebagainya dalam kuantiti yang dibenarkan doktor, insyaALLAH, penyakit akan sembuh…tapi kalau diambil secara berlebihan hingga ketagih, memang boleh membunuh…jadi, ader kah situasi di bawah berlaku pada diri???...

yer, terlampau mengambil berat sehingga selalu tersasar daripada matlamat asal dalam soalan…silap-silap boleh menimbulkan pergaduhan disebabkan perkara yang kecil… pakaian aper yang dipakai semua mahu diketahui sehingga juga mungkin kasut jenis aper yang di pakai nya jugak di ambil berat…ehhh, lelaki suka pakai sandle atau kasut sukan yer???... mana-mana pun boleh la…awas kalian, boleh ambil berat, tapi jangan sampai mengongkong…

perkataan yang disebut tanpa berhemah…
tiada masalah kalau mahu meluahkan aper yang terbuku tidak berpuas hati dalam hati… daripada terus dipendam, hingga boleh mengakibatkan kesan buruk, beritahu pasangan dengan baik adalah perlu demi kesejahteraan hubungan dan juga kesihatan diri sendiri… sudah tentu diri tidak mahu diserang sakit jantung atau tekanan perasaan disebabkan menjeruk hati sendiri yang tiada nilai pasaran…hati yang dijeruk tidak dijual di dalam balang-balang pasar raya…ehhh…

diri juga mungkin sudah penat mahu mengalah…
pada diri, mengalah itu kalah…
dan diri tidak mahu pasrah…

ader pendekatan dan cara yang baik bagi memberitahu sesuatu yang diri kurang gemari… sebagai contohnya, diri kurang gemar si dier memakai baju bewarna hitam disebabkan dier akan kelihatan segak dan semua perempuan lain akan memandang dier…untuk mengelakkan (kononnya) perempuan lain menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu, diri bercadang menegur dier…

bukankah situasi itu lebih baik???...

kuat merajuk tidak tentu hala…
ini antara sikap yang menjadi pilihan sesetengah perempuan…
merajuk bila aper yang mereka perlukan tidak dipenuhi…ader baiknya juga merajuk sesekali sekala, sebab diri mungkin dapat melihat sama ader lelaki itu mengambil berat atau tidak…tapi, kalau sentiasa merajuk, sentap tidak tentu hala bagaikan ader sahaja yang tidak kena…diri sebenarnya sedang menempah kepada bala…bukan sahaja teman lelaki boleh sakit kepala, orang di sekeliling juga mungkin akan geleng kepala dan berlalu dari hidup kita… 

 

jadi, bagaimana hendak menghadapi situasi orang yang merajuk tidak tentu hala bagaikan cuaca yang tidak menentu ini???...baru sahaja nak bergelak ketawa, dier sudah tarik muka, hentak kaki dan pandang dinding tanpa sebarang rasa… 
  • pujuk - selagi mampu, pujuklah…cakap baik-baik, moga hati yang keras macam batu itu akan luntur ibarat dicurah dengan bahan kimia yang tajam dan berkuasa…kalau boleh, biarlah ader bau wangi selepas itu ibarat menggunakan Downy ataupun Softlan
  • biarkan dier sejuk - ader orang masa marah, masa merajuk, langsung tidak boleh disentuh…makin disentuh, makin panas hati dier…kalau ader barang di sekeliling, ader harapan segalanya berterbangan dan porak peranda macam budak baru nak 'up' (BBNU) buat vandalisme…tinggalkan dier buat sementara, buat kerja lain, lepas tu, datang pujuk semula…berapa lama mahu ditinggalkan untuk keadaan reda, adalah bergantung kepada bagaimana diri kenal pasangan sendiri…
  • pujuk diri sendiri - dah kalau dipujuk pun, tidak mahu berganjak dan keras kepala, biarlah dier pujuk hati sendiri…bagilah dier merajuk sepuas hati dier…nanti dah baik, elok semula, datang kembali mungkin rasanya…biarkan dier layan merajuk sampai dier pun bosan dengan diri sendiri…segala nya mungkin bukan…
degil…
ader banyak kedegilan manusia…malas mandi mungkin satu kedegilan juga…degil dan tidak mendengar nasihat yang baik, bolehlah bikin hati agak panas sesekali sekala…lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang penting sehingga menjejaskan kesihatan… 

 

bak kata diri sendiri, "saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan, setahun sahaja. kalau boleh saya nak hidup dengan awak lama…mungkin tak lama mana, 5 hingga 6 dekad pun dah memadai asalkan kita bersama hingga akhirnya"

5 hingga 6 dekad tue dalam 50 hingga 60 tahun kan???...

“kita mungkin bersama disebabkan kita mempunyai ikatan dan persamaan yang nyata…tetapi, disebabkan perbezaan, kita dapat melihat dunia yang lebih indah dan penuh warna”

 

Saturday, November 12, 2011

mengalah demi mempertahankan hubungan...



"cakaplah dengan saya, aper-aper sahaja"
"takpelah"

"ader  yang awak pendam nie"
"takde"

"aper salah saya?"
"awak tak salah aper-aper"

"pasal saya senyap ker? awak marah?"
"tak…saya dah biasa"

"sebab awak tunggu saya lama sangat?"
"tak lah."
"betul?"
"saya dah biasa sangat"

pernah tak dalam perhubungan yang dilalui mengalami situasi perbualan seperti itu… situasi di mana, dengan anggapan untuk mengelakkan pergaduhan, atau perselisihan pendapat…salah seorang daripada pasangan akan berundur ke belakang demi memastikan perhubungan tidak akan terjejas dengan situasi yang mungkin kecil atau remeh, tetapi membuatkan sedikit hati terguris…

saya percaya sesetengah daripada sesiapa yang mempunyai hubungan, ader kalanya perlu beralah demi memastikan segalanya baik…segalanya menjadik…mengetepikan hati sendiri, demi memastikan senyuman terus terukir…tetapi, memendam terlampau lama juga tidak baik sebenarnya…sendiri yang akan sakit, sendiri yang akan terpuruk geram…

 

jadik, aper yang penting dalam situasi sedemikian rupa, adalah dengan…

berbincang dengan pasangan…
yer, luahkan aper yang terbuku di hati dengan memberikan rasional atas tindakan yang kita lakukan…elakkan daripada marah tidak tentu hala dan mengakibatkan hubungan menjadi lebih teruk…sudah tentu tiada siapa yang enggan berada dalam situasi yang membimbangkan diri sendiri bukan…

berikan yang terbaik demi kebaikan diri dan si dier…
sudah tentu dalam aper sahaja, kita perlu memikirkan kebaikan dan juga keburukan sesuatu benda…jadi, jangan jadi tamak tidak tentu hala…tamak untuk kegembiraan sendiri hingga mengakibatkan kita mengabaikan si dier…jangan…

ruang peribadi masing-masing
kenali pasangan kita dengan memberikan ruang peribadi…percayalah, kalau lelaki main permainan hingga terleka…bukan dier mahu mengabaikan kita, cuma dier perlukan ruang untuk melepaskan tekanan…yang perempuan kalau asyik dengan kerja membeli belah, dier sebenarnya sedang berusaha menenangkan jiwa…tetapi, dalam kita memberikan ruang peribadi kepada pasangan agar mereka selesa, jangan lupa untuk dapatkan masa berkualiti bersama…

saya sayang awak…
yer awak…

 

Tuesday, November 8, 2011

siapa kata cinta itu membawa luka dan dendam di hati...

ader orang merungut cinta itu kejam…
ader orang membentak dalam diam…
ader orang memberontak dalam pekat malam…
ader orang sedang memendam…

kenapa mahu menuduh bahawa cinta itu kejam???...
kenapa mahu tahan diri dan mata dipejam???...
kenapa mahu menyatakan cinta itu membawa kepada dendam???...
bukankah diri sendiri yang memulakan dan tiba-tiba mahu memadam???...
ader seseorang yang melaungkan betapa cinta itu kejam padanya…
 
cinta itu membawa sengsara…
cinta itu bahkan hanya mengundang derita…
cinta itu buatkan diri sendiri tidak kenal erti gembira…
cinta itu hanya menjadikan diri sendiri sentiasa berduka…
cinta itu entah aper – aper…

tapi, pernahkah kamu lihat aper punca nya???...
mengapa terjadi sedemikian rupa???...
mengapa perasaan yang suci itu bertukar hingga tiada istilah bahagia???...
mengapa hidup kamu tidak lagi ceria???...
mengapa tiada lagi segaris senyuman di muka???...
pernahkah kamu bertanya???...
bukan pada orang lain, tapi ya, kamu, manusia yang menuduh begitu pada dunia…

setia…
ader orang kata mereka penunggu paling berharga…
ader orang kata mereka peneman paling bermakna…
ader orang kata mereka pasangan paling bahagia…
ader orang kata mereka manusia yang penuh cinta…

boleh sahaja…
itu hak kamu, anda…
itu hak mereka…
itu hak sesiapa…
itu hak bersuara…

bukankah setiap manusia berhak memilih hidup mereka???...
kalau kamu rasa sakit, tinggalkan sahaja…
kalau kamu rasa pedih, kenapa kononnya mahu tunjuk setia???...
kalau kamu rasa sedih, kenapa enggan mencari yang boleh bikin gembira???...
kalau kamu rasa sengsara, kenapa mahu menunggu dan biarkan diri terseksa???...
kalau kamu rasa beban, kenapa tidak mahu lari dari neraka dunia???...

aneh tahu???...
walaupun sakit, diri terus menunggu…
walaupun sengsara, diri rela dibambu…
walaupun derita, diri tetap membisu…
walaupun payah, diri tetap terima melulu...

sebab diri takut lari dan merindu…
sebab diri takut kehilangan dan dihina sebagai andartu…
sebab diri takut kehilangan dan digelar 'lelaki kertu'…
sebab diri takut untuk memulakan sesuatu yang baru…
sebab diri rela terima asalkan kamu tidak tinggal satu…
sebab diri yang mahu!!!..

yer, awak ader hak yang awak boleh laungkan dengan gempita…
yer, awak ader hak untuk beritahu aper sahaja pada dunia…
tapi, bukankah lebih baik awak pilih gembira???...
daripada mengusung ke sana ke mari derita???...
hidup kamu, yang tahu hanya kamu…
jangan bazirkan dengan sesuatu yang tidak memberi makna…
aper kah mahu terus hidup dalam derita???...
buang segala perasaan gembira???...
tenggelam dalam derita…

pilihan di tangan - silalah pilih sahaja…
hidup sendiri, sendiri yang tentukan segala…
semoga berjaya…


“jika seseorang tidak mempunyai masalah untuk meninggalkan kamu begitu sahaja tanpa peduli dan rasa bersalah, kamu juga sepatutnya tiada masalah untuk menukar segala kata kunci dan juga mangga serta selak hati, jiwa dan perasaan kamu”

“sekadar suke suke berkarya kerana saya tidak punya tapak yang kukuh untuk berkarya…itu sahaja”