menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, April 18, 2012

ukir bentuk hati dalam marga...

cuaca mendung…
dingin menyelubungi pagi ini yang hampir ke pukul sepuluh…
sejuk mencengkam walaupun tidaklah seperti dingin salju…
pandang langit, hanya ader percikkan kelabu…
senyum tanpa rasa pilu…
beku…

menjalani kehidupan sendirian bukanlah satu dugaan, bahkan ia adalah satu cabaran sama ader kamu mampu untuk bertahan dan melawan perbagai jenis ujian yang mendatang…bukan sesuatu yangtidak menyenangkan, bahkan ia sebenarnya memberikan kelebihan apabila aper yang kita fikirkan menjadi lebih matang dan penuh keyakinan…diri ini juga masih lagi sendirian walaupun hakikitnya diri ini harfiahnya sudah berteman…
senyum…

jadi, apabila kamu merenung dan menangia pada diri ini, kesakitan hidup sendirian setelah sekian lama berteman, diri ini cuma mahu kamu tahu teman, yang didi ini pernah melalui saat begitu…saat keseorangan dan peluk dinding dingin bukanlah benda asing bagi diri ini…ahhhhhh, sekarang ini mungkin lebih baik kerana diri ini gemat peluk mainan berbulu, patung patung beruang beku…

senyumlah…
ukirkan secangkir senyuman di bibir manis itu…
hidup tidak selamanya indah, tetapi bila ujian melanda, diri ini dengan pasti tahu bahawa kita perlu tabah…bahkan, dengan senyuman itu, kekuatan mampu dikumpul dan tenaga mampu disimpan semula…kalau mahu menangis selaipun, ketahuilah, air mata yang mengalir itu akan jadi kekuatan suatu hari nanti…lepaskan segalanya dan bangkit semula…

senyum…
diri ini faham betapa sakitnya…
diri ini mengerti kepiluan hati yang kamu rasa…
diri ini menyedari kekliruan dan kekecewaan yang melanda…
cuma diri ini mahu kamu kuat dan ceria semula…
senyumlah, ukir lagi bahagia…
darah merah tidak sempurna…
tanpa system aliran rangsang tenaga…
ukir bentuk hati dalam marga…

hati ini sendiri ibarat sekeping kaca…
pernah dicalar, jatuh terhempas hingga hampir pecah segala…
tapi diri ini percaya suatu perkara…
kalau diri ini tidak paksa diri untuk kuat, siapa yang akan menjaga diri ini untuk terus senyum suka???...
kalaulah sekeping kaca ini dirosakkan lagi, diri ini tahu akan luka…
bukan diri ini seorang, tetapi orang disekeliling diri ini juga…
maka, tabahkan hati dan terus usaha…

teman, diri ini mahu kamu tahu suatu benda…
hidup ini belum tiba saat penghujungnya…
sampai Allah cabut nyawa…
kamua kan jumpa alasan untuk senyum semula…
teruskan berjalan atas dunia yang fana…
sebab kamu dan diri ini tahu, di hujungnya bakal punya laluan bahagia…
mungkin bukan hari ini, esok atau lusa…
tapi nanti suatu masa…
senyum ya???...

“ tidak semua perkara memerlukan alasan sebenarnya…manusia mancari alasan hanya kerana mahu perkara yang dilakukan punya asas dan suatu sandaran semata mata…perlukah kamu mencari alasan untuk terus bernafas dan bernyawa saat ini??? “

“ melalui saat yang menggembirakan dan sukar dalam hidup menjadikan diri ini lebih kenal siap diri ini hari ini…gelak ketawa, cemuhan, makian dan kata nista sudah diri ini tidak ambil peduli…senyum…diri ini masih ader mereka yang mengasihi dengan sejujur dan sepenuh hati “
 

jodoh itu rahsia Allah...

kamu sering bicara tentang cinta…
tentang jodoh manusia…

kadangkala kamu ketawa bila orang persoalkan..
dengan orang yang mereka cinta, mereka mahu kebahagiaan…
kan itu yang semua manusia dambakan???...

kadangkala ader orang yang terlupa…
jodoh itu rahsia Maha Berkuasa…
Dia boleh beri dan tarik bila Dia suka…
tapi Dier tidak lah kejam begitu rupa…
bukankah kita setuju yang setiap berlaku ader hikmahnya???...
kadangkala, jodoh itu sesuatu yang tidak dijangka…
saat kamu tersalah masuk pintu tandas berlainan jantina…
jeritan gatal yang nyaring buat kamu kelam kabut terhantuk kepala…
mungkin saat itu sudah tertulis cerita…
lebih dari sekadar dua manusia…
yang bertemu kelibat di tandas cuma…

bukankah kita semua setuju yang jodoh itu tidak dijangka???...
mungkin bukan dengan dier yang kita gila…
mungkin bukan dengan dier yang kita cinta…
tapi dengan manusia yang kita tidak pernah sangka…
“ kadangkala hidup ini kelakar…kita selalu berada bersama dengan seseorang tanpa menjangkakan bahawa kita akan jatuh hati dengannya, dan kita sendiri tidak menyedari bila cinta itu mula tumbuh di dalam jiwa “

“ tiada siapa pernah penat untuk mencintai dan dicintai, tetapi ader sesetengah manusia, kebanyakan dari kita yang penat untuk terus menunggu dengan mendengarkan penipuan, kata minta maaf yang berpanjangan dan terus dikhianati “
 

Tuesday, April 17, 2012

tersingkapnya makna disebalik kesetiaan...

kadangkala si gadis sendiri tidak mengerti, dier dikhianati oleh manusia yang menghampiri dier atas nama cinta…sejauh mane dier mahukan cinta yang baik baik sahaja dan belajar untuk setia pada manusia yang dier suka, dan menyukai dier kembali – lelaki yang hadir semua nya sama…menyayangi dier dan akhir nya meninggalkan dier tanpa sebab munasabah yang dier sendiri tidak ketahui…kali pertama melalui kesakitan itu, dier menyimpul mungkin dier seorang yang tidak bergaya…maka, dier, syukurlah punyai otak yang boleh dikatakan bijak – menggunakan teknologi maklumat dan wacana ilmu – untuk memperbaiki diri serta penampilan kendiri…daripada seorang yang boleh dikatakan kurang ambil tahu mengenai fesyen terkini, dier jadi gadis yang boleh dikatakan sedap dipandang mata…
dengan si jejaka, gadis tidak tahu aper salah dier…dikhianati, dipermainkan tapi deir masih mampu bersabar dan telan derita…dier lihat berbanding dengan perempuan lain yang dipilih oleh jejaka untuk mengantikan dier, kebanyakkan nya dier menang berbanding mereka…sekurang kurang nya dier todak pernah meminta aper aper daripada jejaka, aper yang dier mahu, dier gunakan duit nya sendiri, hasil titik peluh dier bekerja dan memyimpan untuk diri sendiri…perempuan lain yang muncul, mengikis jejaka dan jejaka gembira dengan benda begitu…si gadis terfikir – ader kah kerana dier terlampau berdikari, maka jejaka tidak suka begitu, begini???...entah, gadis sudah mahu berhenti, daripada terus mengingati…

tetapi, merana nya badan…
rupanya hati dier masih mampu ditawan…
rupanya pemikiran dier masih mampu dijinakkan…
jejaka datang membawa perkhabaran…
keluarganya mahu merisik dan menjalankan majlis pertunangan…
dan si gadis tetap jadi pilihan…
perempuan lain hanya persinggahan…
gadis senyap tanpa jawapan…
kosong bagaikan tiada aper lagi yang tertinggal…

dan entah bagaimana, mereka boleh kembali bersama sekali lagi…untuk kali ke berapa, dier berikan si jejaka itu peluang bagi menebus dosa silam yang buat pertama kali – dier dengar sebuah kemaafan paling tulus diminta dengan nama Allah serta ibu yang melahirkan sebagai cagaran…si gadis diam kerana dier tahu, hatinya tidak berada dalam keadaan stabil seperti dahulu kala…kesakitan sudah mula menjalar masuk – kesihatan dier yang dulu dier abaikan bila dier terpaksa bersihkan segala cela yang si jejaka tinggalkan mula menuntut hak kembali…si gadis senyapkan sahaja diri – dier mahu lihat sejauh mana keadaan jejaka setelah peluang diberi…
 
satu minggu…
dua minggu…
tiga minggu…

satu purnama…
dua purnama…

si jejaka menghilangkan diri kembali…senyap sunyi tanpa khabar berita…pesanan ringkas dihantar cuma sekali sekala, dier hanya akan balas dan megatakan segalanya baik sahaja dan dier perlukan masa untuk diri sendiri atas urusan kerja…si gadis sudah enggan mahu sibuk seperti dahulu kala…bila perlu sahaja dier akan tanya sebab si gadis tahu, si jejaka hanya akan cari dier bila dier perlukan sesuatu dalam hidupnya…bila sepi, dier akan datang mencari…bila si gadis sibuk, si jejaka pusing mencari…biarkan hati berbunga riang dan kemudian dengan kejam biarkan dier mereput mati kembali…

si gadis sudah mangli…
dier sudah nekad mahu berhenti…
segala rasa yang hanya tinggal mati…
“ hidup boleh jadi lebih menggembirakan dan kurang mengecewakan apabila kita menyedari bahawa aper yang kita miliki saat ini adalah sesuatu yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa – benda yang kita pernah mahu tetapi tidak dapat memiliki mungkin hanya akan bawa bencana yang kita tidak akan dapat jangka “

“ aper pun yang terjadi, pemilik kekal mutlak juga yang paling sempurna…terima aper jua keadaan…tapi jauh di sudut hati, dier tahu pemilik mutlak iaitu keluarga dier mahu dier bahagia…dier mencari bahagia walaupun ternyata dier pertaruhkan hati serta jiwa…kadangkala dier rasa diri dier begitu bodoh – dier sengaja menempah bala bencana “

pintu hati...

manusia yang suka hilang…
bila dier suka, dier datang…
bila dier benci, dier menghilang…
bila dier sunyi, dier akan kata sayang…
bila dier rasa sendiri, dier akan kata rindu bukan kepalang…

satu pihak lagi…
rasa malang
rasa malu buka kepalang…
manusia yang buat dier rasa kehilangan baying…
yang merenjat dier jadi manusia penyayang…

dier…

bila pihak satu lagi sudah berhenti makan hati…
bila pihak satu lagi sudah pasung bibir tidak pernah berbunyi…
bila pihak satu lagi sudah serahkan segalanya dalam belas Ilahi…
dier datang seperti tiada aper yang terjadi…

satu pihak lagi…

kenapa dier kembali???...
kenapa dier cederakan hati???...
kenapa dier tidak pernah gagal mendebarkan jantung berfungsi???...
kenapa dier masih mampu membekukan diri???...
kenapa dier masih gagal ditangisi???...

dier…
entah aper sebab dier…

satu pihak lagi…
entah kenapa dier kekal berdiri…

“ kepada diri sendiri yang amat disayangi, jika kamu mengharapkan terlalu banyak, kamu akan kecewa terlampau besar juga apabila benda yang dimahukan tidak tercapai…sekurang kurang nya, manusia yang terlalu sayangkan diri sendiri “

Monday, April 16, 2012

tanpa suara...

senyap…
pernahkan kamu dengar bahawa dengan kesenyapan seseorang itu, ader manusia lain yang boleh mati dan berputus asa dalam hidup mereka???...

senyap…
pernahkan kamu tahu seseorang yang dikasihi, dicintai senyap begitu sahaja, manusia yang mencintai dan menunggu boleh menghabiskan nyawa sendiri tanpa dier sedar bahawa dier akan lenyap???...

senyap…
pernahkan kamu mengerti bahawa kesenyapan kamu membunuh manusia disekeliling yang kamu tinggalkan dalam diam – hanya kerana kamu sahaja tahu kenapa kamu berbuat demikian…

senyap…
pernahkan kamu tahu dengan sikap degil dan membatu diri kamu menyebabkan ader manusia yang sudah putus asa dan putus harapan dengan kamu yang membiarkan dier perlu hidup sendiri menanggung derita merindui dan dibiarkan begitu sahaja dalam kesenyapan ibarat munculnya kayap…

senyap…
pernahkah kamu berhenti dan buka mulut untuk menegur manusia yang kamu sayangi lebih dari sepuluh perkataan, padahal dier menunggu kamu ibarat burung kecil yang tidak sabar meninggalkan sarang selepas kuat sayap???...

senyap…
pernahkah kamu cari dier yang semakin lama semakin hilang rasa, hilang kawalan diri akibat kesenyapan kamu yang mencengkam diri manusia biasa – menularkan kesakitan dalam jiwa ibarat pohon yang tumbuh merayap???...

senyap…
pernahkah kamu tahu bahawa kesenyapan kamu telah membunuh manusia yang kamu sayangi???...

senyap…
dier sudah lenyap…
dier sudah ranap…

senyap…
tahniah, kamu sudah jadi pembunuh seperti yang kamu harap…
“ jadi manusia yang setia bukan nya sukar, bahkan ianya sangat mudah…jika kamu sebenarnya sangat mencintai seseorang, kamu tidak akan buat aper aper yang merosakkan hubungan tersebut dan juga tidak akan menyakiti serta melukai seseorang yang kamu cintai itu “