menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, June 3, 2012

susahnya mengekang air mata dari mengalir keluar...

dan mulai detik itu…
dier tahu dier kena bersedia untuk kehilangan seseorang yang amat dier sayangi…hubungan yang dulu nya berjaya dibina dengan pelbagai rintangan kini sudah menjadi semakin hambar...

hari itu kamu yang buat dier tersenyum bila dilanda masalah…
hari itu kamu yang dier intai kalau punya masa…
hari itu kamu yang hiburkan dier kalau kamu rasa dier resah…

tapi mulai detik itu, segalanya berubah…
hari yang paling bermakna dalam hubungan kita – menjadi hari terakhir kita bertemu dan bersua muka…
siapa dapat menyangka itu akan terjadi…
sekelip mata berubah dan dier tahu, dier kena lebih tabah…

kesedihan dier kamu pernah lihat…
kegembiraan dier kamu juga pernah lihat…
kelibat dier, kelibat kamu – kita pernah bertentang muka dan berjanji akan setia dengan hubungan yang dibina atas dasar cinta dan suka sama suka…
dan entah mengapa dier merasakan, diri nya terlalu kosong…
 
tiada rasa mahu menulis dan berhubungan dengan sesiapa lagi…

dan dier tidak akan lupakan aper kebaikan yang telah kamu berikan pada dier…cara kamu menegur dier, menasihati dier dengan baik hingga dier terbuka semula untuk berkawan supaya hidup dier lebih terisi dan sentiasa gembira…entah, dan sekarang hati dier kosong kembali…dan segala aper yang dier rancangkan, dier aturkan, dier buang ketepi…dier benci jadi lemah, dan dier benci dengan diri bila itu terjadi…
diam…
entahlah…
biarkan waktu terhenti…
sebab dier tidak akan menangis bila kehilangan lagi…

“ kehilangan dan ketabahan – adalah sesuatu yang berkait rapat…senyuman itu tidak akan kamu lihat lagi kerana kamu telah menjauh pergi “
 

Saturday, June 2, 2012

jalani hidup tanpa rasa...

kadangkala peluang itu sudah terhidang depan mata, cuma tidak mahu digunakan…bila dier punya peluang untuk mencari yang lain selepas kekasih yang dier sayang berpaling muka tanpa khabar berita, dier tidak pernah ambil kesempatan…di sebalik sifatnya yang suka menyendiri dan lebih banyak kepada buat hal sendiri, dier malangnya tidak pernah terfikir untuk mengantikan manusia yang sering membuatkan dier terluka dan kecewa…perit, dier pernah mengutuk dirinya yang sentiasa berfikiran terbuka hatta manusia itu membunuhnya bukan sekali dua…tapi, malangnya, dier masih setia menunggu walaupun tanpa khabar berita…

dalam mencari keseronokan lain tanpa perlu dier terbuai dengan kesakitan, banyak peluang untuk dier bersama dengan manusia laia yang dapat dier lihat…hatinya memberontak mahu mencuba, mana tahu dier dapat menghukum kekasihnya (padahal dier sedar yang dier bakal mati disebabkan si kekasih tidak akan memberikan reaksi) – dier akhirnya hanya mampu melihat peluang itu pantas berlalu tanpa dier sempat menyentuhnya…ahhhhhh, dier mungkin lebih rela membiarkan peluang itu pergi berbanding dier meletakkan diri sama beza dengan manusia yang dier kenali mengkhianati cinta…bahagianya, dier tidak pernah menghukum manusia manusia yang sentiasa bikin onar pada jiwanya…lebih banyak dier diam, lebih banyak dier sakit sendirian, lebih kental hatinya bila saat perpisahan itu akan akan tiba (walaupun dier sendiri tahu bila – dier bukan jenis melepaskan cinta sesuka hati – contoh kenapa dier katakan bebal walaupun terlampau banyak kali dikhianati)…

senyum – cekal kan hati…
peluang depan mata…
tetapi dier lepaskan sahaja…
hatinya mahal dan sangat berharga untuk diberikan pada manusia dengan sesuka hati…
dier diam sahaja…sebab dier percaya akan nilai setia (walaupun sesetengah orang menyumpah dier kerana bodoh mahu kekal setia pada manusia yang tidak pernah kenal erti cinta dan hanya tahu mengikut kata hati semata mata) dan dier mahu terus sahaja jadi setia walaupun dier yang bakal musnah di penghujungnya…seorang sahabat akrab pernah bertanya, kenapa dier mahu terus setia…jawapannya mudah sahaja kerana dier tahu betapa sakitnya hati bila cinta itu didustai…

“ jangan ambil mudah pada manusia yang baik dan setia…kerana, satu hari nanti pasti akan ader seseorang yang akan datang untuk mengambil benda yang tidak dihargai dan akan menyayanginya lebih daripada yang kamu mampu untuk bayangi”

Wednesday, May 23, 2012

mimpi, mungkin rindu agaknya...

sebelum tidur semalam, dengan rasa sakit sedikit di lidah dan sakit dalam hati (huru-hara manusia ini) – saya buka satu persatu gambar dan pembacaan saya waktu zaman masih belajar…kebetulan, saya terbaca tentang penerbitan buku yang pernah saya terbitkan satu ketika di waktu bulan begini, sekitar tiga tahun lepas…penerbitan buku accounting untuk pelajar semester baru…terasa amat bermakna kerana impian saya untuk menerbitkan sebuah buku tercapai juga akhirnya…sedang itu juga, saya bertungkus lumus dengan projek master…menggila demi aper yang dipanggil segulung ijazah kedua tertinggi atau lebih dikenali dengan master…

dalam banyak banyak gambar, ader sesuatu yang menangkap mata saya…teman sebilik yang pendiam…perjalanan hidup saya semasa di universiti saling selang seli…semester pertama saya dengan kawan sekursus, semester kedua dengan budak perniagaan, semester ketiga dengan budak perancang bandar, dan akhir tahun dengan arkitek (yer, dan dier arkitek kini)…mungkin antara yang paling pendiam antara tiga orang lain yang tinggal bersama saya yang gila ini…

nama dier aisha…dan saya rasa, nama itu sesuai dengan orang nya…penyabar…mungkin sebab saya cakap banyak, suka memekak kuat kuat ketika menghafal formula dan terima kasih pada kerjaya yang saya pilih, saya memang sesuaidengan kerja bercakap…tapi kini, ahhhhhh (tidak mengapa kerana bukan itu yang saya mahu cerita kan sekarang)…kadangkala segan sebab bising dengan banyak cakap dan saya kelauar bilik – pergi bising di bilik sebelah (seorang kakak dari yunan dan seorang kakak dari terengganu – dan kedua kedua mereka sudah berkahwin)…aisha lebih mesra dipanggil dengan nama penuh – aisha…mengajar saya banyak benda dalam diam…dalam diam dier, dier buat kan saya jadi manusia lain bila dalam bilik dan bila saya dibilik bilik kuliah…dan dengan dier, saya mula kenal jiwa yang saya buna gsayu ketika dahulu…
 
aisha teliti, dan saya suka tengok dier bekerja dalam bilik…tekun…ader orang kata, kita kena sebilik dengan orang yang sama kursus dengan kita – jadi kita punya daya saing akan lebih tinggi dan sikap berlumba itu akan dalam keadaan maksima…tapi saya sebilik dengan dier yang lain kursus, saya lebih tekun saya rasa, walaupun saya agak suka bercakap…aisha orang nya bijak – jadi saya mahu jadi standing juga, walaupun ukuran penilaian kami berbeza…

kini sudah beberapa tahun berlalu – sejak saya jumpa aisha…terima kasih pada teknologi sebab kami masih lagi dapat berhubung…saya masih lagi dapat baca tulisan dier, saya masih lagi dapat menerjah gambar dier, berdoa agak ader pertemuan dengan dier sebab acap kali saya turun ke ibu negara, saya tidak berkesempatan untuk bertemunya…dalam banyak banyak benda yang saya rindu dengan aisha, saya rasa, saya rindu duduk makan dengan dier…sebab banding dengan saya, dier makan dengan sopan dan memang terserlah sifat kewanitaan nya…dan saya agak kurang sedikit, bukan sebab gelojoh…tapi kasar mungkin dan kalut bagai kata kawan kawan yang kenal dengan saya...saya manja sebenar nya, tapi manja itu mahal dan tidak semua mampu untuk dapat kan kemanjaan saya…agak kelakar mungkin dengan kenyataan ini…
malam tadi saya mimpi dier…saya harap bila saya berkesempatan nanti, saya jumpe dier…sebelum sel sel badan saya mengkhianati saya seperti sebelum ini, saya harap akan ader pertemuan…dan saya, bila saya mimpi bertemu dengan kawan lama, saya tahu aper makna nya itu…

saya sudah terlalu rindu…

“ kadangkala saya rasa saya bukan kawan yang baik…sebab saya tidak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kawan kawan saya yang hebat…tapi saya bersyukur, sekurang kurang nya, mereka hadir dalam hidup saya – memberi saya sebab lebih kuat untuk terus jadi manusia “

Tuesday, May 22, 2012

tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu...

manusia macam dier sudah terlampau lali dengan kesakitan yang dier terima daripada manusia yang dier cinta walaupun dier tidak pernah jumpa perkataan gembira…satu peringkat dier sudah jadi manusia tanpa perasaan dan hanya mengikut alunan perasaan dalam perhubungan…

kalau si kekasih mencari dier, dier akan melayan…
kalau dier mencari dan dier tidak dihiraukan, dier hanya fakir hidup perlu diteruskan…

kalau si kekasih tidak mencari, dier akan duduk diam kesepian…
kalau dier tidak mencari, dan si kekasih muncul, dier akan betulkan cepat perasaan…

dengan brebuat demikian, hubungan yang sekian lama dibina, mampu meneruskan jangka hayat walaupun dier sendiri tidak mengerti (lagi) – aper kah itu cinta walaupun sekadar memuaskan kehidupan untuk dier mempunyai seseorang untuk disayangi…bila difikirkan kembali, itu mungkin setakat ader manusia untuk disayangi sedangkan dier sendiri masih mencari ruang dan tidak dapat menjawab persoalan sama ader dier disayangi oleh sesiapa atas dunia ini…keanehan tentang itu hanya dapat dier hadam seorang diri…

walang jiwa dier, mane ader siapa mahu mengerti…hanya dier yang tadah telinga, tahan kantuk mata melayan seorang demi seorang bercerita…bila tiba gilira dier???...duduk termangu merenung paparan kosong – memuaskan nafsu sendiri dengan mencari sumber hiburan dengan galak…kosong perasaan air mata mengalir deras menonton cerita jenaka…

air mata dier pernah tumpah untuk manusia itu…bukan sekali dua – bukan disebabkan gembira…semuanya disebabkan berita yang tidak pernah indah untuk dier sebagai manusia…pedulikan dengan jelingan manusia yang hanya terfikir mengapa manusia kuat seperti dier boleh rapuh hanya disebabkan rasa suka yang boleh dibeli dengan harta (bagi sesetengah manusia), rasa cinta yang boleh ditempah dengan paras rupa (bagi sesetengah manusia juga) – tapi dier hanya perlukan manusia yang setia bersama dan bukan menabur janji palsu bersulamkan kecurangan semata…
sewaktu melepaskan manusia yang dier sayangi, dier tahan air mata jangan tumpah ke pipi…sakit mana sekalipun dier lepaskan manusia itu pergi, dier lebih rela daripada menahan teguh sekuat hati tapi akhirnya dier yang mati menahan derita tidak bertepi…mungkin ini bukan jalan terbaik dalam hidup, tapi selagi dier mampu hidup tanpa ader kesal dalam hati, mengapa tiak bukakan peluang si kekasih itu bercinta dengan manusia lain yang sudah mengambil tempatnya secara terangan – terangan???...

dier adalah manusia yang tidak akan bika kebahagiaan atas air mata orang lain, walaupun air mata dier sendiri mengalir deras mengenangkan dier perlu melepaskan manusia yang dier sayangi demi manusia kosong yang merobek hati dan jiwanya…cukup sudah dier dikatakan marga oleh manusia sekeliling dier, dier enggan si pesaing buka mulut untuk mencerca…bukan kah derita sudah menjadik teman hidup dier yang apling setia???...

berpisah???...
bukan itu pilihan dier, tapi harus pujuk hati untuk menerima kenyataan…
“ jangan jadi manusia yang paling rugi kerana melepaskan manusia yang sangat sayang kan kita…peluang tidak datang selalu…sekali pun peluang itu datang berulang, pasti ia nya tidak mungkin sama lagi seperti kali pertama “

Monday, May 21, 2012

lembut, lemah...

luar nampak kasar…segalanya tidak ader yang lembut, hatta mungkin seulas bibir yang sentiasa mengukirkan senyuman entah palsu atau ikhlas…dier tidak dapat menidakkan fakta sehingga hari ini, saat dier masih menarik nafas perlahan atas dunia – ader manusia yang tidak dapat menafsirkan jantinanya…mereka mungkin keliru dengan kekasaran dier yang lahir sebagai seorang wanita tetapi hidup sebagai seorang jejaka…aneh, dier mungkin lelaki yang menghuni jasad perempuan tanpa dier sendiri sedari…
aneh bukan…


malangnya, kekasaran dier, kegarangan dier masih ader kelemahan…dier paling takut umtuk mengecilkan hati manusia lain hatta hati dier sendiri yagn menjadi taruhan cedera…dalam kasar, dier masih ader kelembutan dan kemanjaan yang dier enggan tunjukkan pada manusia tetapi sekali sekala – mungkin terdedah tanpa dier sedar bahawa dier sedang diperhati…sekali terdedah, dier akan sembunyikan diri, hilang menyepi bagaikan tidak ader aper yang terjadi…
kemarahan dier disalurkan ditempat yang dier sedari kalau boleh enggan tolehkan wajah dosa…licik barangkali dier sembunyikan segala kesakitan supaya depan manusia dier dapat teruskan lakonan…kesakitan dimaamh diam diam dan air mata enggan dihamburkan tangisan…siapa dier mahu meraung atas dunia tatkala masih ramai lagi mangsakebuluran perang yang ditindas di sana sini???...dier enggan menangis lalu kemarahan disalurkan tanpa kenal erti berhenti walaupun seketika…dier tidak mahu simpan bunga bunga kusam terlalu lama...
manusia itu pandang dier dengan wajah yang tidak percaya, dan dier ketawa geli hati kerana dier terhamburkan sikap nakal dier pada manusia yang dier renung penuh kasih sayang selama ini…kesakitan tatkala dier pegang erat botol air berselirat dengan wayar mesin yang berdetik kuat buatkan dier hilang diri tetapi masih mahu teruskan suatu hubungan yang mungkin akan membunuh dier bila bila masa, dan bukannya putus bekalan dadah yang membantu dier terus hidup atas dunia ini…ohhhhhh, kasar kasar dier, rupanya masih ader sikap lembut yang dier tidak dapat hadam sehinggan kini…

lembut hati…

“ pernah kamu jumpa orang yang akan berlari bawah hujan untuk sembunyikan tangisan???...kamu sedang baca tulisan dier saat ini ”