kadangkala
peluang itu sudah terhidang depan mata, cuma tidak mahu digunakan…bila dier
punya peluang untuk mencari yang lain selepas kekasih yang dier sayang berpaling
muka tanpa khabar berita, dier tidak pernah ambil kesempatan…di sebalik
sifatnya yang suka menyendiri dan lebih banyak kepada buat hal sendiri, dier
malangnya tidak pernah terfikir untuk mengantikan manusia yang sering
membuatkan dier terluka dan kecewa…perit, dier pernah mengutuk dirinya yang
sentiasa berfikiran terbuka hatta manusia itu membunuhnya bukan sekali dua…tapi,
malangnya, dier masih setia menunggu walaupun tanpa khabar berita…

senyum
– cekal kan
hati…
peluang
depan mata…
tetapi
dier lepaskan sahaja…
hatinya
mahal dan sangat berharga untuk diberikan pada manusia dengan sesuka hati…
dier
diam sahaja…sebab dier percaya akan nilai setia (walaupun sesetengah orang
menyumpah dier kerana bodoh mahu kekal setia pada manusia yang tidak pernah
kenal erti cinta dan hanya tahu mengikut kata hati semata mata) dan dier mahu
terus sahaja jadi setia walaupun dier yang bakal musnah di penghujungnya…seorang
sahabat akrab pernah bertanya, kenapa dier mahu terus setia…jawapannya mudah
sahaja kerana dier tahu betapa sakitnya hati bila cinta itu didustai…
“ jangan ambil mudah pada
manusia yang baik dan setia…kerana, satu hari nanti pasti akan ader seseorang
yang akan datang untuk mengambil benda yang tidak dihargai dan akan
menyayanginya lebih daripada yang kamu mampu untuk bayangi”
No comments:
Post a Comment