semakin
bertambah usia, semakin meningkat satu demi satu takah kerjaya, semakin banyak
jugalah undangan ker majlis perkahwinan…boleh dikatakan bilangan kad kahwin
yang sampai ker rumah, adalah berkadar langsung dengan penambahan usia…lebih
lebih lagi musim mengawan pertengahan tahun hampir tiba, lebih banyak yang
menimbun diatas meja peribadi…tahniah buat sahabat sahabat seperjuangan yang
sudah pun mendirikan rumah tangga, hargai lah aper yang kamu ader yer sahabat –
kerana tidak semua bernasib baik macam kamu yang punya manusia yang mencintai…
lelaki
dan perempuan sama sahaja…dalam bercinta, kedua duanya mahukan yang terbaik
dalam memastikan bahawa jalan crita hidup mereka tiada percikan duka…tiada
sengketa ataupun air mata serta raungan dari mana mana atma…ehhhhh, peritnya
kamu punya terlampau banyak drama…sebab tue kita tak mampu kata aper aper
apabila rancangan di televisyen menghidangkan terlampau banyak iklan…iklan itu
sebagai penghibur tatkala mata mula bengkak menahan air mata ataupun hati yang
panas minta hati dipujuk…
itu
hakikat manusia…percayalah…kita sebagai manusia memang ader sedikit kelemahan
mengharapkan lebih pada manusia lain dalam sesuatu perkara…bukan kerana kita
tamak, tetapi kerana kita tahu kita mampu buat yang terbaik dan lebih kepada
manusia yang kita sayang…ahhhhh, tengok sahaja mana mana pasangan bercinta di
dalam filem ataupun drama (tak pastilah kalau dalam kehidupan reality sekarang
pun ader), tapi pertuturan begini pasti ader kalau kamu ingat ingat balik
cerita lama…
teruna : untuk kekasih tercinta, lautan api juga sanggup
direnangi…
dara : benarkah cinta…
teruna : jangan kata bukit belakang rumah, gunung tertinggi dunia
pasti akan mampu ditawan…
dara : cinta benar pada kita…
teruna : pastinya demi kasih sayang kita…
lebih
kurang begitulah…akan memberikan banyak apabila mereka menyenangi seseorang,
apabila perpisahan terjadi, cuba
bayangkan yang kalian ader menyimpan sebuah computer kesayangan (contohnya
Samsung galaxy tab) di dalam bilik…tiba tiba jiran sebelah meluru masuk dan
menghempas computer tersebut…aper perasaan kamu???...nahhhhh, mungkin itu
contoh paling mudah bagi menyatakan betapa sakitnya hati manusia yang kamu
lukai walaupun hakikatnya kamu mungkin tidak sengaja…
mungkinlah...
dan
bila seseorang dengan megahnya menyatakan bahawa cinta dan kasih sayang
terhadap seseorang itu punya tarikh luput, satu benda sahaja yang terbayang
dalam kepala ini…cinta dan kasih sayang manusia ibarat makanan dalam tin…bila
dah tiba tarikh luput, kita ambil tin tersebut dan baling dalam tong sampah…
gedegang!!!...
bila
kita meletakkan sesuatu itu di tempat yang tidak sepatutnya, ader kah kita
menyedari bahawa kita sedang menempah kesakitan yang bukan sedikit???...bukan
sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada manusia di sekeliling kita…ahhhhh,
jadi manusia jangan terlalu ego sangat boleh???...
manusia
memang pelik…

aneh…
manusia…
masa…
satu
bentuk pengkhianatan yang langsung tidak boleh dimaafkan…menjalani kehidupan
dan memerhatikan dalam diam serta memanjatkan doa kesyukuran dapat mendengarkan
suatu perkhabaran rupanya adalah balasa dosa silam…dosa kerana tidak pernah
mahu menunggu dan terbang meninggalkan…hanyut terbang bersama salju tebal dan
meninggalkan kepingan putih mahu
menunggu dan terbang meninggalkan…hanyut terbang bersama salju tebal dan
meninggalkan kepingan putih yang tidak berguguran…menanti hiba penuh
ketidakpastian dan hanya bersandarkan kepada pengamatan rakan…ternyata, yang
dikejar tidak kesampaian, yang dilepaskan membunuh kesepian…
hidup
ini kadangkala terlampau banyak warna…
penuh
dan sesak hingga kita mahu memilih satu warna sahaja…
warna
yang menggambarkan siapa diri kita…
benda
yang melambangkan perasaan kita…
“ dier tidak kalah apabila dier berada di
bawah, tetapi dier hanya akan kalah kalau dier tidak pernah mahu bangkit semula
menghadapi dunia nyata…ini bukan ego atau ayat sionis seorang manusia, cuma berapa
lama kamu mahu biarkan diri terbaring dan menangisi sesuatu yang tidak akan
pernah pulang ke pangkuan??? “
No comments:
Post a Comment