menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, June 12, 2012

penunggu dan menunggu tidak sama ertinya...

ader sesetengah manusia yang tidak perlu ditunggu kehadiran mereka…mereka hanya datang bila memerlukan sesuatu ataupun manusia lain dijadikan sebagai tempat terakhir bagi meluahkan serta aper sahaja…selain daripada itu, manusia lain disekeliling mereka hanyalah satu tempat persinggahan yang sedia ader…

macam tempat rehat dilebuh raya, semua tahu ianya ader, tapi kita tidak akan sentiasa berhenti ditempat yang sama…kadangkala, kita berhenti bila perlu ataupun teruskan sahaja perjalanan jika berhenti bukan satu keperluan…manusia sedemikian adalah begitu…penantian manusia lain ( yang mungkin penuh cinta, kasih sayang ataupun mendambakan kebahagiaan ) – pada mereka adalah sesuatu yang tidak bermakna…itu bukan keperluan mereka yang perlu ditunaikan…mereka hanya datang ( atau kembali ) – jika mereka memerlukan sesuatu daripada si penanti…kalau tiada, untuk aper mereka kembali???...

malangnya, manusia sedemikian wujud terlampau banyak atas dunia…sifat curang sudah jadi pakaian mereka dan untuk menambahkan lagi rasa kurang sempurna itu, mereka tidak pernah meninggalkan pakaian lama yang mereka suka…sebab kadangkala yang baru, mereka menjemu kerana mengikut peredaran masa…yang lama, tidak hilang gaya dan rasa walaupun mungkin sudah dimamah usia…

begitu juga dengan perasaan mereka…
“ penantian amat menyeksakan…perasaan yang dialami oleh si penanti tidak sama dengan perasaan yang dialami oleh si pembuat penanti…kamu faham akan maksud ini bukan…tunggu sahaja hukum karma, itu janji Tuhan yang pastinya “
 

No comments:

Post a Comment