hari
yang sepatutnya menggembirakan bertukar jadi satu hari penuh dengan duka hati,
dunia terasa kabur…kabur dunia yang setiap kali berlaku, setiap kali itulah
dier tahan air mata agar tidak tumpahdan sabar dengan kerenah yang pelbagai
rasa…memang sepatutnya dier simpan dan tahan sahaja, tapi kuat mana kah dier
mahu kemam segala kesakitan selama bertahun tahun dari remaja hingga dier
dewasa kini???...benda yang sama berulang setiap kali dan dier tersepit lagi
diantara manusia manusia yang dier sayang…
dari
berdua, kami pernah bergaduh, bermasam muka, tidak bertegur sape dan sehingga
dier pergi dan kembali semula sejak sekian lama, kami kembali lagi berdua di
bawah satu ikatan yang sama…kadangkala kami hidup baik baik sahaja seperti
manusia lain…kadangkala hidup berantakan – penuh warna drama hingga dier
menjadi manusia yang kurang emosi, gunakan logik akal dan kurangkan drama dalam
hidup dier yang tidak sempurna…itulah hubungan kami, persahabatan yang sudah
terlalu lama – terlalu akrab sehingga kini walaupun masing masing sudah punya
hala tuju hidup sendiri…kami berlainan jantina, tapi kami serasi tanpa sebarang
perasaan cinta...itu lah “S”, dan sekarang S telah pon mendirikan rumah tangga
bersama isterinya tersayang…

tapi,
sampai bila dier nak menolah benda yang dituntut oleh agama???...macam S cakap
pada dier, aper benda sekalipun, dier kena bali pada agama…sudah tentu…sebab
bila dier pernah tak percaya akan wujudnya institusi keluarga, dier cari seba
paling kukuh untuk dier percaya pada benda yang disuruh oleh agama…lagi pula,
dier sebagai pendidik institusi pendidikan tinggi, kalau benda begitu pun dier
tak dapat nak didik diri dier – mungkin lebih baik dier tampar diri sendiri
kn???...
betapa
sakit dier hadapi benda begini seorang diri – dier tahu yang S akan ader untuk
dier (selain dari Allah tentunya) seorang sahabat baik yang dier jujurnya tak
kisah nak kongsi semua benda dengan S…yer, kadangkala benda ini mungkin
kedengaran sangat peribadi, tapi dengan siapa lagi dier mahu kongsi kesakitan –
sekurang kurangnya, S akan cadangkan dier beberapa penyelesaian (dan S sangat
tahu yang dier lebih banyak gunakan logical berbanding dengan emosi)…
berbual
dengan S (guna telefon gengam sebenarnya) – buatkan dier lepaskan segala
masalah yang bertimpa dan dier hadap seorang diri saat ini…mungkin sesetengah
orang akan mengecam dier dengan aper yang dier lakukan, tapi dier percaya,
dengan berkongsi, buka sedikit ruang untuk dengar, tahu pendapat lain sekurang
kurangnya, buat dier lega…dengar pendapat (walaupun mungkin dier tak buat pada
masa sekarang) – dier tahu yang dier ader pilihan (mungkin) yang lenih baik
pada masa akan datang…benda yang selama ini membuatkan dier tersepit,
terperangkap tanpa jalan penyelesaian – dengan buka ruang bicara dengan sahabat
yagn jujur – dalam erti kata, S akan memberikan pendapat tanpa menyebelahi mana
mana pihak, dier rasa hidup dier lebih bermakna…
(agak caca marba penulisan
manusia beku ini - kali ini…sengaja dier menulis begini supaya hanya yang
tertentu sahaja yang dapat mengupas makna tersirat disebalik setiap perkataan…kamu
kamu yang mengenali manusia beku ini dengan rapat sahaja dapat meneka aper kah
maksud yang ingin disampaikan kerana kamu kamu memahami kisah dier)
No comments:
Post a Comment