kadangkala
ader orang yang dier enggan simpan lagi dalam fikiran…kalau fikiran itu mampu
dibuang semudah dier memadam papan putih ataupun fail yang menimbun di dalam komputer
peribadi, pasti nya sudah senak perut tong sampah yang mengandungi fikiran
sedih dan jahat itu barangkali…kenyataannya, aper yang harus selalu di ingat
pada manusia yang hadir dalam hidup tanpa mengira aper kah ia membawa kebaikan
atau tidak sebenarnya mampu membunuh jika kenangan yang ditinggalkan
mengandungi racun yang tidak mampu dibuang begitu sahaja…


setiap
kali dier menimbus diri, dan bercadang mahu mati dari sisinya, kamu akan datang
dan belai dengan kata – kata yang membuatkan dier senyum hingga ker telinga…hilang
segala derita sementara bagaikan manusia sakit diberikan ubat penyembuh –
penenang jiwa…malangnya, kesakitan yang dier terima selepas itu tidak mampu
ditanggung oleh buaian manis sedemikian rupa…
sehinggalah
dier jumpa entah siapa yang dier sendiri tidak tahu latar belakangnya –
senyuman kamu sudah mampu buat dier berdebar tidak tentu hala walaupun dier
sendiri sedar senyuman itu bukan untuk dier …kadangkala dier cuma berharap
keadaan begitu akan sama dengan manusia yang dier suka, tapi ternyata impian dier
tidak pernah terlaksana…
maka,
dier biarkan dengupan jantung dier mengkhianati dan menikmati senyuman manusia
yang entah siapa itu…mungkin kamu jelmaan manusia yang dier impikan – tapi mungkin
sahaja hanya ilusi yang bakal membunuh tanpa dier sedari…
“ tetapi malangnya,
melepaskan seseorang tidaklah sesukar melepaskan kenangan tentang mereka dalam
hidup kita…kerana apabila mereka pergi, yang tinggal hanyalah kenangan sama
ader baik atau buruk, pahit atau manis – itu sahaja bukti mereka pernah hadir
dalam hidup kita “
No comments:
Post a Comment