menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, June 3, 2012

susahnya mengekang air mata dari mengalir keluar...

dan mulai detik itu…
dier tahu dier kena bersedia untuk kehilangan seseorang yang amat dier sayangi…hubungan yang dulu nya berjaya dibina dengan pelbagai rintangan kini sudah menjadi semakin hambar...

hari itu kamu yang buat dier tersenyum bila dilanda masalah…
hari itu kamu yang dier intai kalau punya masa…
hari itu kamu yang hiburkan dier kalau kamu rasa dier resah…

tapi mulai detik itu, segalanya berubah…
hari yang paling bermakna dalam hubungan kita – menjadi hari terakhir kita bertemu dan bersua muka…
siapa dapat menyangka itu akan terjadi…
sekelip mata berubah dan dier tahu, dier kena lebih tabah…

kesedihan dier kamu pernah lihat…
kegembiraan dier kamu juga pernah lihat…
kelibat dier, kelibat kamu – kita pernah bertentang muka dan berjanji akan setia dengan hubungan yang dibina atas dasar cinta dan suka sama suka…
dan entah mengapa dier merasakan, diri nya terlalu kosong…
 
tiada rasa mahu menulis dan berhubungan dengan sesiapa lagi…

dan dier tidak akan lupakan aper kebaikan yang telah kamu berikan pada dier…cara kamu menegur dier, menasihati dier dengan baik hingga dier terbuka semula untuk berkawan supaya hidup dier lebih terisi dan sentiasa gembira…entah, dan sekarang hati dier kosong kembali…dan segala aper yang dier rancangkan, dier aturkan, dier buang ketepi…dier benci jadi lemah, dan dier benci dengan diri bila itu terjadi…
diam…
entahlah…
biarkan waktu terhenti…
sebab dier tidak akan menangis bila kehilangan lagi…

“ kehilangan dan ketabahan – adalah sesuatu yang berkait rapat…senyuman itu tidak akan kamu lihat lagi kerana kamu telah menjauh pergi “
 

No comments:

Post a Comment