penderitaan…
kesakitan
dan penderitaan yang dialami oleh seseorang itu mengubah mereka kepada sesuatu yang
mereka sendiri tidak mampu kenal walaupun mereka yang memiliki jasad di mana
nyawa bersemaditanpa diketahui dimana kedudukannya…
senyum
pahit…
penderitaan
yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran – seperti pecahnya
kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah…kita
memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan…jika hati
kita masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan,
maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan…banyak di
antara yang kamu menderita adalah pilihan kamu sendiri – ubat pahit kehidupan agar
manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa…percayalah tabib kehidupan dan
teguk habis ramuan pahit itu cekal dan tanpa bicara…
kasih
sayang yang diperlekehkan…
maruah
yang diinjak…
jiwa
yang rosak teruk akibat susah senang yang tidak dihargai…
bahagia
yang hanya sementara…
itu
hanya sebahagian daripada penyebab kenapa manusia boleh berubah secara drastik menjadi
makhluk menakutkan dan berupaya membuat sesuatu lebih daripada kebiasaan mereka…lari
dari tabiat yang mereka sendiri tidak pernah impikan…kesakitan dan derita yang
mereka biarkan menimbun dan menggunung dan tiada tempat mahu dilepaskan, menjadi
ledakan itu hanya menunggu detikan masa dan pemula pembakaran sahaja…sedikit
sebab sahaja menuggu masa ia meletup…
iya
kan ???...
kebiasaan
manusia selalu dikaitkan dengan jantina…
perempuan
akan jatuh hati dengan aper yang mereka dengar…
lelaki
pula tertarik dengan paras rupa…
jadi
aper yang membuatkan perempuan lebih suka menghabiskan masa dengan bersolek dan
berdandan dan lelaki pula menipu dengan ayat ayat manis…
begitukah???...
jadi
siapakah yang lebih kuat memendam rasa???...
siapa
pula yang menjadikan tekanan perasaan itu sebagai dendam???...
masalah
dengan lelaki adalah mereka membuatkan perempuan menyangka mereka jatuh cinta
sedangkan mereka hanya sekadar suka berkawan dan masalah dengan perempuan pula,
mereka menjadikan lelaki menyangka mereka tidak jatuh cinta sedangkan, hati
sudah membuak menahan perasaan…aneh bukan???...perasaan manusia adalah sesuatu
yang menarik untuk dibaca dan dikaji walaupun kenyataannya, kesakitan itu
bukanlah sesuatu yang menyeronokkan…
kalau
kita tidak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang
lain, jadilah pemadam untuk menghilangkan kesengsaraan dan kesedihan mereka…bukan
sebaliknya kita menjadi pensel mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan
kegembiraan mereka…itu sangat daif namanya…hidup ini ader hukum karma nya, tunggu sahaja giliran kamu nanti…pasti akan berbalas jua…
padam
segala dendam…
padam
segala derita dan hapuskan semua tanpa perlu mengalirkan airmata…
kalau
perlu pergi untuk menghilangkan diri sementara, pergilah dan carilah semangat
yang baru demi mengelakkan kita jadi pendendam dan membuatkan manusia lain sengsara
dengan nafsu serakah dan amarah yang kita pendam…

kecewa???...
istilah
itu tidak akan dapat lari dari diri…
cuma,
berapa lama dapat membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan
buatan???...
itu
satu persoalan yang berlegar dalam hati…
diam,
biarkan suasana sepi…
manusia
macam dier ader satu kelemahan yang sangat menyakitkan…dier paling takut kalau
dier membuatkan orang disekeliling rasa marah dan terasa hati dengan dier…sungguh,
dier memang takut bila dier terjebak dalam satu keadaan atau situasi dimana
dier todak boleh menang langsung demi menjaga manusia lain di tepi dier…kelakar
bukan???...
satu
proses pelarian…
bukan…
ini
satu proses kehidupan…
dier
memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan…
bertanggungjawab
dalam aper sahaja yang dier lakukan…
berikan
yang terbaik sementara dier masih punya kesempatan…
ukir
senyuman…
lepaskan
nafas perlahan…
tiada
lagi sebarang jawapan…
“kebenaran dan kenyataan
sangat sukar untuk ditelan…ataupun ader kah kerana terlalu menyakitkan, diri
membiarkan ianya ditelan masa dan menahan segalanya”
“tiada siapa mahu tahu ini, tetapi
kadangkala manusia yang sangat kamu dambakan adalah manusia terbaik yang tidak
perlu muncul dalam hidup”
“dier menipu ketakutan dier
memutuskan hubungan dengan segala keraguan dier, mengikat hubungan dengan
kepercayaan serta ketakutan, dan berkahwin dengan impian dan cita cita dier
sendiri”
“aper yang kamu tahu tentang
mimpidan impian seorang manusia beku???...tidak…kamu tidak pernah tahu bahkan
lebih suka menggelarkan dier manusia yang tidak tahu bersosial…dier terima
dengan senyuman sebab dier anggap kamu manusia bijaksana”
“sudah berkali saya katakan,
perkataaan “dier” di dalam setiap penulisan saya adalah kata ganti bagi diri
saya sendiri…kalau kamu peminat setia blog dan tulisan saya, kamu akan tahu
maksud nya dan tidak akan bertanya lagi berulang ulang kali”
No comments:
Post a Comment