cemburu…
emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan takut kehilangan sesuatu - kalau dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia… kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan dariapda gabungan beberapa emosi seperti marah, malu dan juga kecewa…Ohhh, dan ya, cemburu bukan dengki, lain maknanya ya???senyum…
ini juga boleh diibaratkan sebagai salah satu elemen dalam perhubungan…tidak kira dalam hubungan cinta, hubungan kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja…kita tidak dapat menolak bahawa sifat cemburu itu adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri…cemburu memang wujud, sama ader sedikit, sederhana, ataupun banyak sehingga dikatakan membabi buta...
cemburu…
dalam kuantiti yang sedikit…
biasanya begini boleh melancarkan hubungan…sebagai contoh, jika ader pasangan bercinta, sedikit rasa cemburu mungkin akan mewarnai hubungan tersebut…cemburu mungkin dalam erti kata sengaja mahu bermanja ataupun jika masih sedang belajar, berlumba-lumba sesama sendiri untuk mencipta kejayaan bersama…cemburu pada tahap ini biasanya akan saling menggalakkan pasangan dan tidak membawa kepada sesuatu yang memudaratkan…
cemburu…
dalam nisbah yang sederhana…
pertengkaran sudah tidak dapat dielakkan…ader sahaja yang mahu dicetuskan walaupun ternyata timbul dari salah faham…tercuit sedikit, hati sudah terguris tetapi tidak disimpan lama…segala permasalahan mahu diselesaikan dengan secepat mungkin bila punya ruang dan peluang…aneh dengan hati sendiri dan keliru dengan keputusan yang mahu dicari walaupun ternyata, cetusan unsur luar dengan kehadiran elemen ketiga menggoyahkan ibarat angin sepoi-sepoi bahasa…
cemburu buta…
dalam skala yang besar…
kebiasaannya mengikut nafsu amarah, terlindung segala kebenaran dan masing-masing mahu menegakkan pendirian walaupun ternyata ader sahaja kesalahan, tetapi tegar mahu terus diabaikan kerana diri merasakan kesalahan itu bukan berpunca daripada mereka… silap sedikit, retak yang muncul akibat cemburu tahap sederhana hanya menunggu masa yang sesuai untuk terbelah dan musnah dalam peringkat seterusnya…membiarkan unsur luar menguasai tanpa mahu duduk berdiskusi lebih memudaratkan situasi…
macam yang saya pernah tulis sebelum ini…kepada siapa kita buka hati kita, kita juga punya kuasa untuk menutup dan mengambilnya kembali…cemburu ini ader sedikit persamaannya dengan cinta secara literasinya…benda yang baik, dalam kuantiti sedikit akan memberikan kesan baik, tetapi jika terlampau banyak, ia akan menyeksakan…
cinta…
satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya…
dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti…
dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat…
tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan…
itu yang saya rasa, pandangan peribadi saya sendiri…
ketagihan???...
itu pasti…
satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya…
dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti…
dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat…
tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan…
itu yang saya rasa, pandangan peribadi saya sendiri…
ketagihan???...
itu pasti…
itu sahaja…
fikirkan yang terbaik buat diri sendiri dan manusia di sekeliling kamu…
aper kah mahu kebahagiaan dikorbankan berpunca daripada nafsu sendiri???...
itu, sila jawab sendiri…
“ menghabiskan masa menelaah sesuatu walaupun entah aper lagi dicari manusia beku “
“ jika ader sesiapa yang cuba menjatuhkan kita, menikam kita dari belakang dan memusnahkan kita, jangan risau…itu sebenarnya telah membuktikan satu perkara lain iaitu kita lebih hebat, lebih bagus dan berada di atas mereka…kan??? “
No comments:
Post a Comment