menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, June 11, 2012

peluang dan cabaran, nilainya cuma satu...

memang betul kadangkala peluang hanya datang sekali dalam hidup…peluang yang datang kemudiannya mungkin tidak akan sama seperti yang kita mahukan…malangnya, aper yang kita mahukan biasanya tidak akan muncul kembali – kecuali atas sebab tertentu yang kita sendiri mungkin tidak akan jangka…manusia lemah mana dapat tahu benda yang menjadi rahsia Yang Maha Esa bukan???...

begitulah juga dalam perhubungan…kadangkala, peluang yang datang dalam membina bahagia itu hanya sekali…manusia yang setia itu barangkali hanya akan muncul sekali sahaja – di antara yang sudah terlampau banyak kalian curahkan rasa suka…barangkali, rasa sayang selama ini hanya palsu dan sekadar permainan tidak dijangka memandangkan dalam proses pencarian siapa paling layak bertakhta di jiwa…mungkin hanya dier yang mampu mencairkan hati yang penuh dengan noda ( dan permainan saling bertukar cinta itu ) kemungkinan tidak sedar dan terus mempermainkan manusia sedemikian rupa…

peluang hanya datang sekali ( mungkin )…kesabaran manusia dalam memberikan peluang yang sangat nipis…yer, kalau di bicarakan tentang peluang yang Tuhan diberikan untuk manusia, pastinya itu sudah jadi kisah lain…tetapi dengan manusia yang banyak kelemahan, lebih lebih lagi yang melibatkan perasaan dan emosi, manusia perlu prihatin sebenarnya…ader kah peluang itu sudah habis manusia gunakan…

“ setiap manusia ader peluang masing masing, bezanya cuma bagaimana manusia itu sendiri menggunakan peluang yang ader…peluang datang dari perbagai persepsi manusia, hadapilah peluang dengan akal yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa “

keperitan menjadikan manusia pendendam...

penderitaan…
kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh seseorang itu mengubah mereka kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak mampu kenal walaupun mereka yang memiliki jasad di mana nyawa bersemaditanpa diketahui dimana kedudukannya…
senyum pahit…

penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran – seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah…kita memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan…jika hati kita masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan…banyak di antara yang kamu menderita adalah pilihan kamu sendiri – ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa…percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu cekal dan tanpa bicara…

cinta tidak berbalas…
kasih sayang yang diperlekehkan…
maruah yang diinjak…
jiwa yang rosak teruk akibat susah senang yang tidak dihargai…
bahagia yang hanya sementara…

itu hanya sebahagian daripada penyebab kenapa manusia boleh berubah secara drastik menjadi makhluk menakutkan dan berupaya membuat sesuatu lebih daripada kebiasaan mereka…lari dari tabiat yang mereka sendiri tidak pernah impikan…kesakitan dan derita yang mereka biarkan menimbun dan menggunung dan tiada tempat mahu dilepaskan, menjadi ledakan itu hanya menunggu detikan masa dan pemula pembakaran sahaja…sedikit sebab sahaja menuggu masa ia meletup…
iya kan???...

kebiasaan manusia selalu dikaitkan dengan jantina…
perempuan akan jatuh hati dengan aper yang mereka dengar…
lelaki pula tertarik dengan paras rupa…
jadi aper yang membuatkan perempuan lebih suka menghabiskan masa dengan bersolek dan berdandan dan lelaki pula menipu dengan ayat ayat manis…
begitukah???...

jadi siapakah yang lebih kuat memendam rasa???...
siapa pula yang menjadikan tekanan perasaan itu sebagai dendam???...

masalah dengan lelaki adalah mereka membuatkan perempuan menyangka mereka jatuh cinta sedangkan mereka hanya sekadar suka berkawan dan masalah dengan perempuan pula, mereka menjadikan lelaki menyangka mereka tidak jatuh cinta sedangkan, hati sudah membuak menahan perasaan…aneh bukan???...perasaan manusia adalah sesuatu yang menarik untuk dibaca dan dikaji walaupun kenyataannya, kesakitan itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan…
kalau kita tidak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam untuk menghilangkan kesengsaraan dan kesedihan mereka…bukan sebaliknya kita menjadi pensel mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka…itu sangat daif namanya…hidup ini ader hukum karma nya, tunggu sahaja giliran kamu nanti…pasti akan berbalas jua…

padam segala dendam…
padam segala derita dan hapuskan semua tanpa perlu mengalirkan airmata…
kalau perlu pergi untuk menghilangkan diri sementara, pergilah dan carilah semangat yang baru demi mengelakkan kita jadi pendendam dan membuatkan manusia lain sengsara dengan nafsu serakah dan amarah yang kita pendam…

kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata…terbang melayang tatkala tangan mahu mengenggam dengan pantas…mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini…
kecewa???...
istilah itu tidak akan dapat lari dari diri…
cuma, berapa lama dapat membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan buatan???...
itu satu persoalan yang berlegar dalam hati…
diam, biarkan suasana sepi…

manusia macam dier ader satu kelemahan yang sangat menyakitkan…dier paling takut kalau dier membuatkan orang disekeliling rasa marah dan terasa hati dengan dier…sungguh, dier memang takut bila dier terjebak dalam satu keadaan atau situasi dimana dier todak boleh menang langsung demi menjaga manusia lain di tepi dier…kelakar bukan???...

satu proses pelarian…
bukan…
ini satu proses kehidupan…
dier memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan…
bertanggungjawab dalam aper sahaja yang dier lakukan…
berikan yang terbaik sementara dier masih punya kesempatan…
ukir senyuman…
lepaskan nafas perlahan…
tiada lagi sebarang jawapan…
“kebenaran dan kenyataan sangat sukar untuk ditelan…ataupun ader kah kerana terlalu menyakitkan, diri membiarkan ianya ditelan masa dan menahan segalanya”

“tiada siapa mahu tahu ini, tetapi kadangkala manusia yang sangat kamu dambakan adalah manusia terbaik yang tidak perlu muncul dalam hidup”

“dier menipu ketakutan dier memutuskan hubungan dengan segala keraguan dier, mengikat hubungan dengan kepercayaan serta ketakutan, dan berkahwin dengan impian dan cita cita dier sendiri”

“aper yang kamu tahu tentang mimpidan impian seorang manusia beku???...tidak…kamu tidak pernah tahu bahkan lebih suka menggelarkan dier manusia yang tidak tahu bersosial…dier terima dengan senyuman sebab dier anggap kamu manusia bijaksana”

“sudah berkali saya katakan, perkataaan “dier” di dalam setiap penulisan saya adalah kata ganti bagi diri saya sendiri…kalau kamu peminat setia blog dan tulisan saya, kamu akan tahu maksud nya dan tidak akan bertanya lagi berulang ulang kali”
 

Monday, June 4, 2012

di sebalik duka hati, pasti terselit jua rahmat tuhan...

kadangkala ader orang yang dier enggan simpan lagi dalam fikiran…kalau fikiran itu mampu dibuang semudah dier memadam papan putih ataupun fail yang menimbun di dalam komputer peribadi, pasti nya sudah senak perut tong sampah yang mengandungi fikiran sedih dan jahat itu barangkali…kenyataannya, aper yang harus selalu di ingat pada manusia yang hadir dalam hidup tanpa mengira aper kah ia membawa kebaikan atau tidak sebenarnya mampu membunuh jika kenangan yang ditinggalkan mengandungi racun yang tidak mampu dibuang begitu sahaja…

terkilan, bila hati sudah terlampau teruk cedera, manusia yang di sayangi sudah tiada lagi dalam bayangan mata…kesedihan yang di berikan buat dier menutup mata setiap kali kesakitan itu menjelma…sudah hilang segala raungan dier bila mana kamu datang dan pergi meninggalkan luka dalam yang langsung tidak mahu dier kenangi…bukan dier tidak sayang, mahu dilepaskan tetapi sukar nya yang sudah tidak macam dulu lagi…sikap nya yang dulu buat kan dier jatuh cinta padanya…

setiap kali dier menimbus diri, dan bercadang mahu mati dari sisinya, kamu akan datang dan belai dengan kata – kata yang membuatkan dier senyum hingga ker telinga…hilang segala derita sementara bagaikan manusia sakit diberikan ubat penyembuh – penenang jiwa…malangnya, kesakitan yang dier terima selepas itu tidak mampu ditanggung oleh buaian manis sedemikian rupa…

sehinggalah dier jumpa entah siapa yang dier sendiri tidak tahu latar belakangnya – senyuman kamu sudah mampu buat dier berdebar tidak tentu hala walaupun dier sendiri sedar senyuman itu bukan untuk dier …kadangkala dier cuma berharap keadaan begitu akan sama dengan manusia yang dier suka, tapi ternyata impian dier tidak pernah terlaksana…

maka, dier biarkan dengupan jantung dier mengkhianati dan menikmati senyuman manusia yang entah siapa itu…mungkin kamu jelmaan manusia yang dier impikan – tapi mungkin sahaja hanya ilusi yang bakal membunuh tanpa dier sedari…

“ tetapi malangnya, melepaskan seseorang tidaklah sesukar melepaskan kenangan tentang mereka dalam hidup kita…kerana apabila mereka pergi, yang tinggal hanyalah kenangan sama ader baik atau buruk, pahit atau manis – itu sahaja bukti mereka pernah hadir dalam hidup kita “
 

Sunday, June 3, 2012

susahnya mengekang air mata dari mengalir keluar...

dan mulai detik itu…
dier tahu dier kena bersedia untuk kehilangan seseorang yang amat dier sayangi…hubungan yang dulu nya berjaya dibina dengan pelbagai rintangan kini sudah menjadi semakin hambar...

hari itu kamu yang buat dier tersenyum bila dilanda masalah…
hari itu kamu yang dier intai kalau punya masa…
hari itu kamu yang hiburkan dier kalau kamu rasa dier resah…

tapi mulai detik itu, segalanya berubah…
hari yang paling bermakna dalam hubungan kita – menjadi hari terakhir kita bertemu dan bersua muka…
siapa dapat menyangka itu akan terjadi…
sekelip mata berubah dan dier tahu, dier kena lebih tabah…

kesedihan dier kamu pernah lihat…
kegembiraan dier kamu juga pernah lihat…
kelibat dier, kelibat kamu – kita pernah bertentang muka dan berjanji akan setia dengan hubungan yang dibina atas dasar cinta dan suka sama suka…
dan entah mengapa dier merasakan, diri nya terlalu kosong…
 
tiada rasa mahu menulis dan berhubungan dengan sesiapa lagi…

dan dier tidak akan lupakan aper kebaikan yang telah kamu berikan pada dier…cara kamu menegur dier, menasihati dier dengan baik hingga dier terbuka semula untuk berkawan supaya hidup dier lebih terisi dan sentiasa gembira…entah, dan sekarang hati dier kosong kembali…dan segala aper yang dier rancangkan, dier aturkan, dier buang ketepi…dier benci jadi lemah, dan dier benci dengan diri bila itu terjadi…
diam…
entahlah…
biarkan waktu terhenti…
sebab dier tidak akan menangis bila kehilangan lagi…

“ kehilangan dan ketabahan – adalah sesuatu yang berkait rapat…senyuman itu tidak akan kamu lihat lagi kerana kamu telah menjauh pergi “
 

Saturday, June 2, 2012

jalani hidup tanpa rasa...

kadangkala peluang itu sudah terhidang depan mata, cuma tidak mahu digunakan…bila dier punya peluang untuk mencari yang lain selepas kekasih yang dier sayang berpaling muka tanpa khabar berita, dier tidak pernah ambil kesempatan…di sebalik sifatnya yang suka menyendiri dan lebih banyak kepada buat hal sendiri, dier malangnya tidak pernah terfikir untuk mengantikan manusia yang sering membuatkan dier terluka dan kecewa…perit, dier pernah mengutuk dirinya yang sentiasa berfikiran terbuka hatta manusia itu membunuhnya bukan sekali dua…tapi, malangnya, dier masih setia menunggu walaupun tanpa khabar berita…

dalam mencari keseronokan lain tanpa perlu dier terbuai dengan kesakitan, banyak peluang untuk dier bersama dengan manusia laia yang dapat dier lihat…hatinya memberontak mahu mencuba, mana tahu dier dapat menghukum kekasihnya (padahal dier sedar yang dier bakal mati disebabkan si kekasih tidak akan memberikan reaksi) – dier akhirnya hanya mampu melihat peluang itu pantas berlalu tanpa dier sempat menyentuhnya…ahhhhhh, dier mungkin lebih rela membiarkan peluang itu pergi berbanding dier meletakkan diri sama beza dengan manusia yang dier kenali mengkhianati cinta…bahagianya, dier tidak pernah menghukum manusia manusia yang sentiasa bikin onar pada jiwanya…lebih banyak dier diam, lebih banyak dier sakit sendirian, lebih kental hatinya bila saat perpisahan itu akan akan tiba (walaupun dier sendiri tahu bila – dier bukan jenis melepaskan cinta sesuka hati – contoh kenapa dier katakan bebal walaupun terlampau banyak kali dikhianati)…

senyum – cekal kan hati…
peluang depan mata…
tetapi dier lepaskan sahaja…
hatinya mahal dan sangat berharga untuk diberikan pada manusia dengan sesuka hati…
dier diam sahaja…sebab dier percaya akan nilai setia (walaupun sesetengah orang menyumpah dier kerana bodoh mahu kekal setia pada manusia yang tidak pernah kenal erti cinta dan hanya tahu mengikut kata hati semata mata) dan dier mahu terus sahaja jadi setia walaupun dier yang bakal musnah di penghujungnya…seorang sahabat akrab pernah bertanya, kenapa dier mahu terus setia…jawapannya mudah sahaja kerana dier tahu betapa sakitnya hati bila cinta itu didustai…

“ jangan ambil mudah pada manusia yang baik dan setia…kerana, satu hari nanti pasti akan ader seseorang yang akan datang untuk mengambil benda yang tidak dihargai dan akan menyayanginya lebih daripada yang kamu mampu untuk bayangi”