menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, January 9, 2012

kadangkala perasaan itu sukar digambarkan...

saya tahu manusia sukar lihat saya - manusia yang tidak punya aper-aper di atas dunia, apatah lagi sedikit paras rupa menjadi taruhan manusia lain memilih untuk memulakan persahabatan, tapi disebabkansudah pandai menerima hakikat sejak sekian lama, saya mahu buat endah tidak endah sahaja...walaupun harus diakui, hati sedikit tercalar dan saya hanya layak memendam rasa...betapa sukar mahu memujuk hati, menerima bulat-bulat aper sahaja orang kata, meminta maaf atas kesalahan yang bukan saya punya dan berpura gembira supaya orang di sekeliling tidak nampak saya terluka dengan sikap mereka...kalau lah hati ini boleh dikeluarkan dan ianya ibarat cermin ataupun kaca, pasti nya boleh dilihat kesan retak, kesan pecah, kesan ditampal dan tidak termasuk calar balar akibat bertahan dengan keadaan sekeliling...

banyak benda yang secara jujurnya sangat melibatkan hati dan perasaan...cume perlu cantumkan kepingan hati, jeruk perasaan dengan harapan mahu bertahan, tapi pada satu peringkat ianya mahu dilepaskan walaupun diri sendiri tahu, ia bukan sahaja bakal melukakan orang lain, tetapi diri sendiri juga...kalau diberi pilihan, ianya mungkin tidak sanggup melukakan hati manusia lain disekeliling, tapi penderitaan yang ditanggung menyebabkan tekad itu bulat, mahu melepaskan diri dari kesengsaraan...persoalannya, berapa ramai yang berani untuk keluar daripada itu semua???...sanggup menutup mata dan jiwa demi kelangsungan hidup sendiri???...

manusia boleh ketawa, silakan...
manusia boleh menghina, mulakan...
manusia boleh membuat aper sahaja, relakan...

kadangkala, memilih untuk menanggung sendiri penderitaan yang dialami bukanlah untuk menyatakan yang diri sendiri sekuat mana, tetapi cuma tidak mahu orang lain terpalit dalam kisah duka diri sendiri...hati sering berdoa, semoga diri mampu menghadapi segalanya dengan tabah, tidak kira bagaimana pengakhiran sebuah ceritera – pujuk diri agar mampu untuk memulakan segalanya semula walaupun payah...

dan, aper yang perlu dilakukan???...mulakan semuanya semula bila diri terhenti di suatu persimpangan, tersesat, diri akan kembali berfikir bagaimana mahu mengatasinya...walaupun ianya akan mengambil sedikit masa, membuang sedikit tenaga, tetapi tumpuan mahu mencari tempat yang sepatutnya, tidak menghalang diri untuk meneruskan perjalanan walau dipenuhi dengan dugaan serta cabaran...

perasaan boleh dikelaskan kepada beberapa cerapan...ader perasaan sedih, perasaan suka dan kadangkala diri sendiri tidak pasti aperkah perasaan itu...dalam mengambarkan perasaan suka, melalukan perkara bodoh yang mampu mengguris hati manusian yang pada orang lain bahawa diri sedang diulit perasaan bahagia sendirian ataupun menyakinkan diri bahawa biarlah segalanya berjalan dengan rahsia supaya tiada siapa yang mampu mengacau kesempurnaan kehidupan yang didambakan...

aneh...
manusia itu unik...
manusia itu pelik...
tetapi hanya manusia yang memahami manusia secara seluruhnya...

kasih sayang dan cinta itu kadangkala macam menunggu di stesen kereta api...kadangkala kereta api akan sampai, tp bukan ke destinasi seperti yang dimahukan...kadangkala, kereta api terlepas walaupun telah lama menunggu...kadangkala tersalah membeli tiket...menunggu terlalu lama, tetapi kereta api tidak juga kunjung tiba mengikut jadual...bila terlalu lama menunggu, mula putus asa tetapi akhirnya kereta api tiba...
ader kah diri manusia yang akan terus menunggu???...
ataupu manusia yang enggan menahan lagi perasaan dan terus berdiri meluahkan hati yang terbuku???...
saya suka awak...
saya cinta awak...
saya tidak perlu berjuta alas an untuk mencintai awak...
kehadiran awak dalam hidup saya sudah memadamkan segala alasan yang saya boleh cipta demi cinta awak...
mungkin kadangkala saya bersikap sambil lewa, dingin ibarat musim salju tetapi awak tetap manusia yang saya tunggu setiap hari dan bukan nya secara rawak...
awak manusia yang saya ingati bukan setakat dalam pemikiran tetapi dalam setiap doa yang saya panjatkan pada Maha Esa...
awak mungkin ketawa bila menyedari semua ini, tetapi ini lah kenyataan nya...

senyum lah demi kebahagiaan...
berkorbanlah demi kesempurnaan...
hidup kita, kita yang tentukan...
“menunggu sepanjang hari bukanlah satu kebodohan kerana disitulah aper dimahukan sedang diuji...kadangkala orang yang  disayangi itu suka menguji...kejab dier muncul, kejab dier menghilangkan diri...bila diri ini terasa diperlukan, dier hilang bersembunyi...bila diri ini konon nya tidak mahu ambil kisah, dier memunculkan diri...senyumlah, kerana senyuman yang muncul di wajah akan sentiasa kekal sepanjang hari”
 

Sunday, January 8, 2012

hidup terkurung di dalam kepompong...


teratak keluarga ibarat sangkar emas yang hanya ader dua penjaga...untuk melepasinya tanpa arah tujuan yang pasti, yang tidak melibatkan kerjaya hanya akan membuatkan saya terpuruk semakin jauh ke dalam dunia yang saya sahaja yang tahu...hidup yang hanya di dalam kepompong yang di bina dari kecil, cuma ditemani buku-buku dan gitar yang memang sudah menjadi  teman setia...
senyum...
saya sudah terbiasa di dalam kepompong utuh jagaan pemilik yang berkuasa penuh...tiada aper yang mampu dilakukan untuk keluar dan terbang bebas menikmati keunikan dunia...demi menjaga hati semua, saya relakan sahaja begini...

ketawa...
metamorphosis adalah sesuatu yang mustahil akan bermula...senyap dan sunyi dunia saya bila saya tidak dapat berhubung dengan manusia lain secara maya...saya bina dunia saya sendiri, mengikut acuan yang saya ciptakan, dengan rangkaian yang saya senangi dalam usaha-usaha untuk memenangi hati semua...senyum...


maaf...
maaf...
maaf...
saya mungkin (dan kedengaran pasti) tidak akan dapat menyertai kamu-kamu bermain dan berhibur seperti yang lain-lain nya...kamu-kamu yang menyuntik warna dalam kehidupan saya yang sementara dan penuh kisah duka penuh warna ini...senyum...


kini, semua nya sudah berakhir...usia sudah mencecah dua puluh enam, usia yang cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan...mula terfikir kenapa harus hidup terkurung di dalam kepompong...semua nya atas kerana dua sebab...ingin jadikan saya manusia yang sempurna dan ingin jadikan saya manusia berjaya...

terima kasih buat dua penjaga mutlak saya, kehidupan yang dulu nya dianggap rimas...kini rupa nya kehidupan itulah yang sempurna...kepompong bukan hanya disempitkan dengan perkataan sepi, tetapi ianya membawa lebih dari sejuta makna dari aper yang difikirkan...
dilepaskan dari kepompong bukan nya bererti lepas lah tanggungjawab...tetapi tanggungjawab itu diserahkan kepada satu lagi pemilik yang akan menjadi khalifah kepada hidup yang akan diabadikan sampai ke hujung nyawa...

“hidup ini bagaikan kepingan gambar...boleh dilihat semula aper yang dimahukan dari kenangan, tetapi ianya tidak boleh mengambil gambar tersebut semula dengan keadaan yang sama”

Saturday, January 7, 2012

adakah awak memandang langit yang sama dengan saya...


indahnya langit takkala terbitnya mentari...
langit itu masih tetap sama dengan warna berseri...
masih tulus takkala saya mula berani percikan warna...
kenikmatannya tidak pernah sirna...
bahkan makin bercahaya...

empunya marga...
langit masih tulus dan ikhlas merenung kembali saat saya lukis nama kamu guna jemari...
dongeng yang dibaca menerjah minda, menari indah...
seumpama mawar putih sudah bertukar merah...
kata-kata kamu menyunting rasa bahagia...
 
kenangan beku masa saya selak satu persatu...
kamu punya tempat yang cukup istimewa...
selagi saya punya daya, mendongak kearah langit...
akan saya ukir wajah kamu...
 
hening pagi, matahari mencuri menyelinap masuk di celahan awan...
renung keluar dan terbias wajah kesayangan saya...
milik empunya yang mesra...
menatap langit sendirian...
kelam malam membaluti segala perasaan...
senyap dalam dakapan...
tertaut dek ciuman...
kening kanan menerima kucupan...

langit masih ikhlas...
langit masih rupawan...
kaki langit masih jauh untuk saya lari kehadapan...
busana jiwa kamu percikkan penuh hemah...
bisikan cinta perlahan penuh lembut menyejukkan hati pilu...
kekuatan kamu salurkan hanya dengan sebaris perkataan...

cinta tidak berupaya menatap satu sama lain...
tetapi memandang keluar langit arah yang sama...
kalau hati kita saling merindu, pandanglah langit kerana disitu kita akan menjadi satu...

“ ia luahan rasa tinta yang membuak mengigatkan kepada manusia penghuni jiwa “

Wednesday, December 28, 2011

ini kisah kita...

ini kisah kita...
ini cinta kita...
ini cerita kita...
tiada lagi duka nestapa...
tiada lagi deraian airmata...
tiada lagi yang menyinga...
segala derita mampu kita hadapi bersama...
akhirnya semua keluarga seiklas menerima...
kita kini mencipta bahagia...
awak...
saya tak selalu ucap sayang...
tapi jiwa saya sentiasa melayang...
wajah awak selalu terbayang...
saya bagaikan mabuk kepayang...
awak...
saya tak selalu ucap rindu...
bukan nya sebab hati saya sekeras batu...
tapi percayalah, setipa kali saya beradu...
senyuman awak yang saya buru...
semuanya kerana satu...
kerana cinta kita sentiasa disitu...

awak...
dalam berjauhan, kita menyulam cinta...
dalam berjauhan, kita temui bahagia...
dalam berjauhan, kita menghargai rasa suka...
dalam berjauhan, kita sering menghitung masa...
supaya kita dapat bersua...
sama-sama meluahkan rasa...

awak...
awak tempat saya luahkan segala benda...
awak tempat saya bercerita tentang segala-gala...
awak mampu menjadi pendengar setia...
awak bahkan menasihatkan saya cara bagaimana mahu hapus derita...
walaupun kadangkala awak yang terpaksa menanggung aksara...
kerana awak tidak sanggup lihat saya berduka...
sentiasa mahu saya menjalani hidup dengan rasa cinta...
walaupun dengan jelas, lelah awak yang tersiksa...

awak...
setiap hari saya panjatkan doa tanpa lelah...
agar masa derpan kita sentiasa cerah...
moga hidup kita akan berubah...
supaya kita mampu bangkit tanpa berserah...
tanpa rasa gundah...
kedapa dugaan demi dugaan yang mencelah...
kerana itu hukum karma yang telah diselah...

awak...
kita harus mampu bertahan...
kerana impian kita setinggi awan...
jiwa kita harus sehebat Nabi Isa a.s seorang pahlawan...
supaya kita mampu menepis segala penderitaan...
menjawab semua soalan dengan jawapan...
hidup kita , kita yang tentukan...

awak...
saya masih lagi seorang yang awak kenal dulu...
saya masih lagi seorang yang ulat buku...
saya masih lagi seorang yang gelikan ulat bulu...
saya masih lagi seorang yang pemalu...
tapi saya cuma mahu awak tahu...
dalam semua perkara, awak yang saya utamakan dahulu...

awak...
masa berlalu begitu pantas...
saya kini bergelar tunangan awak dengan carta teratas...
mahu selalu ader dihati awak seperti belangkas...
hidup saya kini terbatas...
kerana saya milik awak seorang...
dengan janji dan sumpah setia bukan sekadar diatas kertas...
percayalah, hidup, cinta dan sayang saya hanya untuk awak hingga berakhirnya nafas...

“akui bertuah kerana dapat bersama awak untuk selamanya...terima kasih sayang...”

Wednesday, December 14, 2011

setiap orang mempunyai kisah cinta yang berbeza...


awak…
sudah masa nya untuk buka mata…
awak dan dier patut duduk bincang bersama…
aper kah kebaikan dalam meneruskan hubungan bersama???...
aper kah denagn berpura tabah dapat selesaikan segala???...
aper kah senyuman dan lakonan sudah tidak bermakna???...
demi kasih sayang yang masih tersisa…

awak…
kisah jiwa yang penuh suka duka…
terkadang awak melebihkan keluarga, dier boleh terima…
lagipun, itu tanggungjawab yang sangat berharga…
bahkan dier sememangnya bangga…
sebab awak mampu buat semua…
sehingga awak buang dier…
ahhhhh, dier bagaikan mahu putus nyawa…

awak…
kisah jiwa penuh cerita…
awak melebihkan kawan daripada dier…
ader majlis penting, kepentingan dier awak terlupa…
padahal itu majlis penting yang bakal menyatukan awak dan dier serta melibatkan keluarga…
anehnya awak tidak rasa aper – aper…
sekadar suruh dier redha sahaja…
ahhhhh, dier sudah macam mahu putus asa…

awak…
kisah cinta setiap orang berbeza…
dier sedar itu semua…
dier tunggu awak setiap hari untuk luang masa…
tapi awak tidak muncul seperti yang awak sudah pasang kata…
awak keluar dengan orang lain silih berganti bagai tukat baju…
awak kata itu semua kawan sahaja…
tapi awak mainkan peranan menggoda…
dier risau, aper kah layanan seorang kawan patut terima???...
hatta dier sebagai kekasih tidak merasa…
awak…
kisah semua orang tidak sama…
awak jadikan dier sebagai medan tunjuk tenaga…
tersilap sedikit, dier sudah jadi mangsa…
tangan awak hayun bagaikan mahu menggoncang dunia…
tunjuk lagak hanya untuk pastikan dier akur tanpa suara…
dier menggangguk diam dan ikut semata…
katanya dier tetap cinta…
katanya dier tetap suka…
sebab awak nyatakan itu semua tanda awak tidak hipokrit atau berpura…
awak jadi diri sendiri, tapi serupa aper…
aper manusia tiada harga???...

awak…
hanya sebab dier tidak berpelajaran tinggi, awak pandang sebelah mata…
awak kata perbelanjaan entah mampu tidak dier menyara…
awak konon nya mahu dier belajar demi bahagia…
tapi awak gunakan itu sebagai alasan untuk lari dari dier…
dengan kenyataan bahawa mahu menunggu dier lama…
dan bila habis belajar, entah bila mahu bekerja…
ahhhhh awak, hebatkah sangat diri awak sebagai manusia???...
awak…
kenapa mahu cepat sangat terasa???...
tidak bolehkah awak buka hati dan anggap itu cuma gurauan sahaja???...
dier sebenarnya mahu bermanja…
mahu tarik perhatian agar awak lihat dier…
tapi awak anggap sebaliknya…
awak membentak dan mahu rahsia segala…
mana janji awak pada dier mahu berkongsi rahsia???...
hanya disebabkan dier penat dan tidak faham cerita???...
awak buang dier bagaikan tidak berharga…
jadi mana kebaikan sebelum ini yang dier mendengar setia???...
hilang dan sirna???...

awak…
kisah semua orang memang tidak serupa…
terpulang pada awak dan dier…
bagaimana mahu berikan yang terbaik dalam mencari bahagia…
moga jalan yang dirancang penuh gembira…
moga tercapai aper yang awak dan dier mahu bina…

"doa juga merupakan satu usaha...jangan pernah berhenti untuk berdoa"