satu
demi satu dilalui dengan menahan kekuatan daripada di gunakan di tempat yang
tidak sepatutnya…cuba
memahami bahawa dalam memilih jalan hidup yang sedikit berbeza dengan orang
lain, aku perlu tabah dalam memilih apa yang aku mahu atau aku percaya…
sehingga
kebenaran itu dibukakan buat aku --- aku cuma diam dan kirimkan doa agar
segalanya bakal baik-baik sahaja…barangkali aku sudah terlalu tegar atau tepu
dengan segala benda yang dihadapi buat masa ini…bila punya ruang untuk aku
rehat, aku rebahkan diri di pembaringan dan enggan mahu ambil tahu tentang
apa-apa.
biarlah…

senyuman
yang paling berharga sudah lama hilang ditelan masa…yang tinggal barangkali
senyuman paksa demi meneruskan kelangsungan hidup…sudah lama tidak ketawa
kerana benar-benar gembira…tidak dapat dijangka dengan wujudnya manusia yang
perlu dihadap sepanjang usia --- keletihan itu lebih sukar dibendung…perasaan berbaur
dengan rasa hormat yang semakin menipis tetapi berusaha untuk dikekalkan…positif
itu penting tetapi bila diuji berulangkali – ah, alangkah pemadam juga menipis
bila dilanyak setiap kali, apatah lagi hati manusia kan?
ujian
apakah yang bakal menjelma lagi…
entah
kuat atau lemah nak menghadapi benda begini…
buat
masa ini ---
kekalkan
senyuman dan doa perasaan negatif mati…
dan
biarkan mulut itu berhenti…
“aku punya hak atas manusia
itu --- orang itu…salahkan kalau minta izin dari aku dahulu? salahkah kalau
bertanya dari aku dahulu? kenapa mesti melangkaui dari batas hak itu? --- aku
punya banyak hati mahu dijaga…bersuara takut disalah ertikan, bilang aku
berkira barangkali --- kedekut --- …diam aku sendiri yang sakit…entahlah,
sampai bila aku harus mengalah…perlu berbesar hati untuk semua orang, tapi
adakah semua orang juga berbesar hati untuk aku? doa yang baik-baik saja “
“mengalah bukan beerti kalah…mengalah
itu tandanya kamu punya hati yang kuat”
No comments:
Post a Comment