bila
kita bersedia untuk memudahkan segala benda, jangan pernah untuk membanding
beza dengan orang lain…jadilah diri kita yang sebenar dalam mencapai kebaikan
yang kita tahu dan kita sedar dengan sebaiknya…di saat segalanya selesai dan
terjawab, itulah ketikanya kita mendapat penghargaan dan pengiktirafan yang
bukan sedikit daripada orang sekeliling kita…
sedar
ataupun tidak, sesetengah daripada manusia sekeliling kita hanya berbual,
mencari kita hanya mereka menghadapi masalah, memerlukan sesuatu dan apabila
hajat mereka tercapai, secara ajaibnya, mereka akan menghilang begitu
sahaja…ya, bila kehidupan mereka sudah bertambah baik, mereka hilang begitu
sahaja…

sekejab…
kenapa
aku tulis benda-benda begini sekarang?
oh,
sebab aku sedang memberikan tumpuan kepada pembacaan aku…memang begini kalau
aku sudah tenggelam dalam dunia yang aku sukai…aku selalu terfikir, indahnya
kalau ada orang beri aku hadiah buku…berikan aku satu set buku dari rangkaian
penulis yang aku gemari ataupun apa sahaja bahan bacaan yang aku suka kelek ke
sana ke mari…dan ya, buat yang sudah lama mengenali aku, memang aku suka cium
bau buku, nikmati sedikit demi sedikit dan memandangkan aku seorang yang
membaca dengan pantas, aku sudah habis enam buah buku dalam minggu ini…semuanya
aku beli secara atas talian…
mungkin
ada parut yang tinggal kesan daripada kita terjatuh itu…
tetapi
tahukah kita bahawa parut yang tinggal itu bukan kesan sebagai tanda peringatan
betapa sengsara dan sakitnya kita, tetapi ia sebagai peringatan, betapa kuatnya
kita melalui dan menghadapi kesakitan pasa suatu masa dahulu…ya, kalau kita
pernah lari dari rumah, cedera dan sebagainya, kita tetap kembali pada rumah
yang kita tinggalkan.
tidak…
tulisan
ini bukan mahu mengajak kalian semua lari dari rumah, cuma mahu kita fikirkan
sesuatu perkara…adakah kita akan kembali pada rumah yang kita tinggalkan?
Adakah kita mahu cuba
sesuatu yang melampaui keupayaan tanpa mahu menoleh ke belakang dan melihat apa
yang pernah kita naungi selama ini?
aku
memilih untuk duduk diam sebentar…
mahu
melihat kembali bagaimana aku memulakan segalanya…
dari
sekecil-kecil perkara…
ya…
sebolehnya,
aku menulis yang pendek-pendek sahaja seperti dahulu layaknya…saat aku mula
bertatih kembali, mengenal betapa bahasa kebangsaan aku mula terhakis apabila
kesibukan membuatkan pertuturan dan pergaulan aku dengan bahasa ibunda sudah
jadi entah apa-apa…ya, kembali kepada di mana aku bermula dan aku sedang mahu
menulis sedemikian rupa…maaf kalau rumahnya penuh cacat cela…nah, aku kan masih
lagi segumpal manusia yang punya cita-cita?
”lari dari rumah?
tidaklah…
itu cuma pengaruh dari
bacaan aku saja…
tangan yang pernah menyeka
kesakitan aku pada suatu ketika dahulu adalah lebih bermakna dan penting
daripada beberapa tangan tidak terkira yang datang memberikan tepukan gemuruh
dengan apa yang aku nikmati sekarang”
No comments:
Post a Comment