setiap
kehidupan manusia, disandangkan pada sisi Allah S.W.T…Allah S.W.T jualah anak
kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahui apa yang
ada didarat dan juga dilaut…dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia
mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak
gugur yang basah dan yang kering, melainkan ada tertulis di dalam kitab (Luh
Mahfuz) yang terang lagi nyata…

betapa
luas dan telitinya pengetahuan Allah S.W.T dalam setiap urusan…
jadi,
apakah yang membuatkan kita rasa kita mampu untuk bersembunyi dari Allah S.W.T
ketika melalukan sebarang kesalahan atau dosa walaupun di dalam bilik gelap
yang berkunci…
Allah
S.W.T tahu segala-galanya, bahkan rahsia hati kita yang paling dalam pun Allah
S.W.T mengetahuinya…
“andaikata daun saya gugur
dahulu sebelum gugurnya daun kamu di syurga, jangan pernah menyesal dengan
takdir Allah S.W.T kerana perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik buat kita…Allah
S.W.T tidak pernah silap untuk mengatur segalanya…jaga amanah Allah S.W.T yang
dikurniakan kepada kita dengan sebaiknya kerana Arjuna hati kita sentiasa dalam
hati sampai bila-bila…itu saja harta peninggalan saya buat kamu”
No comments:
Post a Comment