menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, July 4, 2012

kekecewaan yang bukan sedikit...

setiap manusia ader kelemahan…tiada manusia yang sempurna walaupun mengejar kesempurnaan adalah impian setiap daripada kita…tipulah kalau kita tidak mendambakan kehidupan bahagia dan kegembiraan sentiasa…yer, manusia memang tamak dalam mencari kegembiraan kerana penderitaan adalah perkara terakhir yang boleh difikirkan apabila berdepan dengan situasi yang mencengkam jiwa…tetapi, suatu perkara yang perlu diingat adalah, kelemahan bila diatasi akan menjadikan kita manusia yang lebih baik – lebih kuat untuk menghadapi aper sahaja…

kita mungkin pernah kecewa dengan semua benda dalam hidup…sama ader percintaan, persahabatan, peperiksaan, hubungan dengan keluarga, manusia manusia disekeliling kita – hatta dengan diri sendiri yang tidak mampu menjadi manusia yang boleh berbangga sebagai seorang khalifah atas dunia…tapi, sejauh mana kita pernah berhenti untuk belajar dan terima kelemahan sebagai sesuatu yang berharga dan memperbaikinya ???...
yer, diri dipertemukan dengan manusia manusia yang perbagai jenis dalam hidup dan setiap daripada mereka membentuk siapa diri saat ini…perlu dikatakan diri cukup bertuah mempunyai seorang sahabat yang sangat memgambil berat ( dan yer, dier baca blog ini )…memberikan kata kata semangat supaya tabah menghadapi aper sahaja…yer, dier sumber inspirasi untuk diri kekal senyum atas dunia – menerima segala kelemahan dalam diri sebagai suatu kekuatan untuk terus melangkah…dier sahabat sehidup semati…

terima kasih kepada sahabat sehidup semati yang buat diri sedar bahawa diri masih punya harapan dalam hidup untuk menjadi lebih baik dan yer – diri tiba tiba rasa perjalanan membesar dan menimba ilmu bersama sahabat sehidup semati buatkan diri lebih menyukai aper yang diri ader dengan gembira…
“ cinta sejati adalah mengetahui kelemahan seseorang dan tidak mengambil kesempatan terhadap mereka…tahu kekurangan mereka dan menerima mereka seadanya tanpa perlu menghakimi kononnya kita terlampau sempurna “

3 comments: