menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, July 10, 2012

maaf maaf maaf...

bagi sesetengah manusia, ader terlampau banyak perkara yang mahu mereka katakana dalam usaha untuk meminta maaf…memohon kemaafan daripada manusia sebenarnya sangat sukar – sebab manusia, seperti yang kita ketahui hati yang sangat pelbagai…dan uniknya, manusia itu tidak pernah sama antara satu sama lain walaupun mereka mungkin dilahirkan daripada rahim yang sama…

maaf…
seorang kekasih yang tidak dapat menyediakan diri pada pasangannya…mungkin ader kesilapan mana mana di dalam perhubungan yang menyebabkan aper yang dirancangkan tidak terlaksana…dier percaya dalam mana mana perhubungan sekalipun, kedua dua pihak mesti memberikan kerjasama…kalau hanya satu pihak berusaha, dan sati pihak lagi merosakkan usaha tersebut (sudahlah tak berusaha memperbaiki) – memang tak akan pergi kemana…

maaf…
dari seorang hamba kepada penciptaNya…moga kita bukan manusia sombong yang tidak pernah mengangkat tangan, memohon keampunan atas segala kesilapan yang kita lakukan…bohonglah jika kita manusia yang suci dari segala kesilapan…sedikit sebanyak – kecil atau besar, pasti kita akan terbuat kan???...

maaf…
seorang rakan kepada rakan yang lain…ahhhhh, dalam bergurau kita tak terlepas dalam membuatkan kawan kawan terasa dengan aper yang kita perkatakan…mungkin ader yang terguris dan kita tidak pernah tahu, dan aper salahnya minta maaf bukan???...
maaf…
seorang anak mungkin akan kata begitu pada ibu bapa yang membesarkan jika ader kesilapan yang dilakukan…maaf tentang banyak benda – bukankah manusia yang paling rapat dengan kita itulah yang banyak kita lakukan kesalahan???...

Maaf Puan Mulia…
Maaf Ketua Keluarga Hebat…

“ anakmu ini hanya mampu jadi seorang tenaga pengajar intitusi tinggi dan tidak Gabenor Bank Negara seperti yang anakmu cita cita kan dahulu “

2 comments: