menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, July 3, 2012

tidak sama kembali seperti dulu...

sesetengah benda yang kita lalui – tidak akan berulang kembali dan kalaupun ia berulang semula, perasaan untuk kali pertama semestinya tidak akan sama seperti yang dialami sebelumnya…kalau mendengarkan lagu yang berputar di radio sahaja sudah mampu mengalirkan air mata, mungkin barangkali bukan disebabkan lagu itu yang menyentuh jiwa, tetapi manusia pertama yang terlintas dalam fikiran kamu yang menyebabkan hal sedemikian rupa berlaku…
“ itulah kali pertama kami bertemu “
“ jadi bagaimana ??? “

“ mungkin ader manis, ader pahitnya “
“ kesal ??? “

“kenapalah sebelum dier melangkah keluar, pertemuan itu tidak diakhiri dengan baik ???”
“ maksudnya??? “

“ mungkin dengan satu pelukan selamat tinggal “
“ terlalu mendesak barangkali jiwa kamu “

“ kalaupun dengan pelukan, pastinya ia kenangan baik persahabatan “
“ sebab tanpa rasa “

“ kadangkala ader sebab kukuh kenapa saya sukar keluar dengan orang yang sedemikian rupa “
“ rasa selamat “

“ yer, kerana selera cinta manusia itu tidak sama “

2 comments:

  1. kan ?
    dgr lagu je dah meleleh.. adehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa, btul tue...nak nak plak lagu jiwang, mau nye nangis...

      Delete