menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, June 26, 2012

terbang bebas...

hidup yang kita mahukan seringkali hanya tinggal impian…bukan kita tidak berusaha kearah yang kita impikan, tetapi mungkin usaha itu tidak mengcukupi, tidak berhasil dan belum ader rezeki (yer, semuanya jawapan tipikal) dan kemungkinan untuk manusia macam kita-kita semua untuk berputus asa adalah amat tinggi…mana ader manusia yang tidak kecewa apabila yang mereka usahakan atau kerjakan secara bersungguh-sungguh tiada hasil pada penghujungnya – tetapi akhirnya, kita perlu kembali kepada kenyataan bahawa kekecewaan itu nilai yang ditentukan oleh manusia itu sendiri…

kecewa dengan maruah yang di injak…
kecewa dengan perpisahan yang tiada sepatah kata…
kecewa dengan nilai kasih sayang yang disalah ertikan…
kecewa dengan kebenaran yang di sampaikan dengan tidak benar…
kecewa dengan janji yang dimungkiri…

tetapi, hanya kita sahaja yang tahu, berapa lama mahu tenggelam dalam rasa kecewa – menanam diri sendiri dalam kenyataan menyakitkan bahawa usaha tidak berbaloi dan macam macam lagi…bukankah lebih baik bangkit dan ukir senyuman untuk diri sendiri???...
“ sampai bila awak mahu menunggu??? “
“ sampai saya penat “

“ bila pula awak akan penat “
“ entah, saya tak tahu “

“ kenapa awak tak mahu dapatkan hak awak kembali “
 “awak tahu aper kegembiraan sebenar main layang layang??? “

 “main layang layang??? “
“ yer “

“ saya tak faham aper yang awak maksudkan “
“ main layang layang menggembirakan bukan sebab ia bebas terbang di udara “

 “jadi sebab aper??? “
“ sebab ia terikat kuat pada tali yang mengawalnya…sejauh mana ia pergi, tali itu tetap akan dapat menariknya kembali kecuali ia putus ataupun rosak “

“ layang layang akan jatuh “
 “jatuh pun ia akan tetap kembali ke sisi…ke bumi “

 “saya tak faham “
 “saya tak perlukan awak untuk faham “
 
“ sebab tiada siapa yang akan memahami penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali diri mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa ”

2 comments:

  1. Allah jua yg memahami diri kita =')

    ReplyDelete
  2. btul tue, allah jugak tmpat utk kita mengadu nasib kn...sob sob sob...

    ReplyDelete