menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, August 3, 2011

hidup ini ibarat roda...



tulisan manusia beku…
jujurnya saya adalah gadis yang jauh sekali dari maksud kesempurnaan itu sendiri…saya tahu maksud sempurna dan pastinya sebagai manusia biasa yang punya sifat tamak pada semesta, saya dingin dalam mencarik aper yang dimaksudkan dengan kesempurnaan… natijahnya???...itu semua adalah kecelakaan yang membawa kepada zahir sebuah kehidupan…tiada siapa yang sempurna kecuali Tuhan Yang Satu…itu saya dan sesiapa yang membaca pasti sudah tahu…dalam kegembiraan pastinya ader kesedihan…

mencarik kebahagiaan sendiri pastinya dambaan bagi setiap manusia yang punya keinginan untuk kekal sejahtera…tipulah kalau sesiapa tidak mahu bahagia…sorotan kisah manusia setiap hari yang mendatang dan menjadi bahan bacaan kadangkala membuatkan diri ini tertanya-tanya aper kah suatu hari nanti bakal terjawab segala rahsia tulisan takdir selepas nyawa ditiupkan ke alam manusia…semoga rahsia yang masih kekal terpelihara itu akan membawa ke suatu tahap yang bisa buat hati melimpah ruah dengan nilai yang mulia…

satu demi satu layangan pena penuh tulisan berbunga mengunjungi saya…anehnya ia sudah bermula sejak di tahun akhir pengajian dan berterusan sehingga ke hari ini… bahkan, bilangan yang bertambah sejajar dengan peningkatan usia serta kematangan manusia lain disekeliling saya…karya seni yang biasanya penuh makna dan ayat yang memikat hati untuk mengalukan kedatangan manusia beku ini ke majlis walimatul urus meraikan mempelai yang menyulam janji…

tidak…
belum lagi hati manusia ini berasa sedih menerima undangan satu persatu…selalunya sedih menjelma bila menyedari tidak dapat memenuhi undangan teman-teman yang masih mengingati walaupun perkenalan singkat dan tidaklah begitu mesra…teman – teman seperjuangan, teman – teman seangkatan dan jugak teman – teman sekuliah… ahhh, ingatan itu masih yang terbaik bukan???...dan ternyata, ingatan itulah yang membawa kepada kerja keras untuk saya mengingat kembali kehadiran seorang kawan yang ternyata pernah terselit di dalam perjalanan hidup saya suatu ketika dahulu…kawan sebilik semasa saya di pusat pengajian dulu…berkongsi suka duka bersama…gelak tawa bersama serta kesedihan yang menekan perasaan dengan tuntutan sebagai seorang mahasiswa…persinggahan yang bersifat sementara…syukur, saya masih mengingati walaupun terpaksa diceritakan beberapa kali…

coklat…
hidup ini macam sekotak coklat…
coklat itu lebih murah daripada terapi dan kita tidak perlu mengadakan temujanji…
dan saya, bukan mahu bicara tentang coklat…
tetapi kaitannya dengan sebuah cerita, seorang manusia…
 
pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku… mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadik kan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka…dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ader hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia…

nah!!!...
saya sudah nyatakan bahawa saya sendiri tidak sempurna…kalau mahu menegur sekalipun, kalian pastinya dengan sewenangnya akan mencemuh dan berkata, “ siapa kamu nak tunjuk jaguh di alam maya???...entah-entah kamu cuma seorang gadis hodoh biasa-biasa sahaja “
ahhh, saya tidak akan tahu bukan???...

tapi, konsep karma itu selalu terjadik…
yer, kamu semua boleh kata saya kejam, keji dan sebagainya…tetapi mungkin disebabkan saya sudah terlampau banyak berjumpa dengan manusia dalam hidup saya serta akan berjumpa pelbagai jenis manusia setiap hari…saya memang tidak menerima benda begitu dalam hidup saya…bila orang kata hidup ini ibarat pusingan roda, atau tayar atau planet sekalipun, terimalah hakikat bahawa secara saintifiknya…benda yang berada di atas akan turun ke bawah jugak bila tiba dan saatnya…hukum alam serta nasihat agama jugak telah terselit peringatan ini semua…dan saya, hanya cuma dapat berkias untuk menyampaikannya…

kawan, tidak ader yang salah dengan cinta…
kamu semua berhak memilih sesiapa sahaja…
tapi, dalam perjalanan mengejar erti bahagia, jangan jadi manusia tamak dan berbahaya…
berapa banyak hati manusia yang kamu semua injak dengan megah???...
kesal saya kawan…
kesal…

satu dalam sejuta…
gunakan sebagai kata pemikat hati sang pencinta…
pertama, kedua, ketiga dan entah keberapa…
masih modal yang sama…
kaku…
beku…
sayu…
pilu…

kamu semua boleh ketawa gagah dan megah…
tapi jangan lupa satu perkara…
hidup ini ibarat roda…
hukum karma…

“ jangan pernah menangis lebih banyak daripada kamu tersenyum kerana itulah yang membezakan kamu dengan manusia lain di sekeliling kamu “ 

No comments:

Post a Comment