menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, August 9, 2011

saya perlukan kamu sayang...

senyum…
sejak kebelakangan ini, saya sll membawa talifon genggam saya kemana sahaja saya berada hanya untuk menunggu buah hati kesayangan muncul di atas talian…seringkali, tanda itu hanya berwarna gelap, tiada cahaya disitu…satu simbol yang menyatakan dye tiada di situ atau dye mungkin memerlukan waktu untuk bersendiri…waktu untuk berseorangan, itu memang lumrah manusia bukan…

mungkin jugak…
kadangkala tidak perlu menunggu sebenarnya, disebabkan orang yang kita tunggu itu akan muncul jugak tetapi tidak tahu bila…aper yang pasti, dye tetap akan muncul…cume, beri kan dye waktu untuk diri nya sendiri…itu sahaja, senang bukan…

ketawa…
kadangkala manusia ader yang bertindak untuk mengembirakan hati nya sendiri…benda yang tidak sepatut dibuat, dilakukan jugak demi memuaskan hati dan kehendak diri… acapkali, ianya bukan sesuatu keperluan…tetapi tetap dilaksanakan…tidak salah bukan untuk berbuat begitu, asal kan hati sendiri terhibur…
tidak…
sebagai seorang yang sudah matang…
saya sepatutnya menghormati dan harus memberikan sedikit kebebasan untuk diri nya sendiri bukan…
mengapa saya harus menggongkong hidup nya…
mengatur setiap langkah nya…
dan mengatur setiap perjalanan hidup nya…
itu cuma akan membuat kan dye rimas bukan…
dye jugak manusia biasa yang memerlukan semua itu…
benar…

rasa memerlukan dan diperlukan…
rasa itu tetap sentiasa ader didalam diri…
sentiasa bermain difikiran…
menjengah setiap masa yang sedang berlalu supaya setiap saat terisi oleh rasa itu…
ketawa…
yang saya tahu, saya sudah terbiasa berkongsi setiap suka duka saya bersamanya…gelak tawa bersama, bergurau bersama…sume nya dikongsi bersama…

setiap manusia memerlukan seseorang atau sesuatu dalam hidup mereka…yang pastinya, semua orang memerlukan Yang Maha Kuasa dalam hidup mereka…itu kenyataan yang tiada siapa dapat menidakkan…benar bukan…
senyum…

bila saya lihat wajah dan senyuman di atas beberapa kepingan gambar beku masa di hadapan mata, saya tahu…saya amat memerlukan dye didalam hidup ini…kewujudan dye suatu masa dahulu, masih berbunga – bunga dihati saya sampai sekarang…rasa itu tidak pernah berubah sedikit pun…tetap masih ditahap rasa yang sama…lamaran nya untuk menjadik kan saya sebagai teman hidup nya suatu tika dahulu, masih berbekas dihati saya…tetap saya ingat sampai sekarang…setiap perkataan yang diungkap kan pada ketika itu, tetap menjadik bait – bait nukilan saya pada ketika ini…

baris – baris kata nya, yang paling saya suka adalah “ percaya kan saya “…
tak pernah saya lupa sampai sekarang…
perkataan itu lah yang menguat kan lagi rasa cinta saya kepada dye hari demi hari…

“ mahu jadik berani…mahu sangat dapat menyatakan aper yang saya suke tentang nya kepada nya…mahu sangat buat sesuatu yang sangat bermakna pada diri sendiri ”


No comments:

Post a Comment